12/11/2022
Kenapa kena stop ambil gula putih?
Sebab gula putih punca keradangan berlaku dalam badan. Kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada keradangan.
Bukan pesakit kencing manis je yang kena stop ambil gula putih, tapi jugak termasuk pesakit darah tinggi, radang gastrik, GERD, ekzema, psoriasis, gegata (urticaria), asthma, anxiety, depression, alzheimer dan banyak lagi.
Gula putih puncanya kenapa banyak usaha kita ambil rawatan tak berjaya. Ia menghalang penyembuhan berlaku kerana ia menimbulkan keradangan dalam badan, dan keradangan melemahkan immune system.
Bila immune system rendah, badan tak mampu nak sembuh. Tak mampu nak bertindakbalas pun dengan ubat atau supplement untuk jalankan kesembuhan.
Ini baru cerita gula putih, belum cerita faktor lain. Tak payah banyak². Cuba satu dulu sebagai langkah pertama.
Gula putih ni ada di mana?
Gula pasir tentunya lah. Selain tu ada dalam minuman ringan (air tin, air kotak, ice blended), makanan ringan (snek, fastfood), minuman 3 in 1 (walaupun nestum atau oat 3 in 1 tu), produk² bakery (roti, kek dan pastry), teh tarik, kopi, milo, minuman coklat malt, susu formula, juga dalam kebanyakan kuih-muih kita.
Jadi, cubalah dulu langkah pertama ni. Tak boleh tinggal semua, tinggalkan sikit-sikit. Jangan anggap ia sebagai pantang sebab sakit. Tapi jadikan ia perubahan gaya hidup. Mulakan gaya hidup baru.
Insya-Allah. Ada kebaikannya 😊.
Isu gula putih ni dah lama tapi masih ramai tak tahu. Kena sentiasa ulang dan ulang. Masih ramai anggap, "Badan kita perlukan gula, kalau tak ada gula langsung pun boleh sakit.".
Okey, yang ini kita bincang lainkali. Cuma clue dia, gula yang dimaksudkan kat situ bukan gula putih. Percayalah 😎.
🌸🌸🌸
Syahidah Adnan
Certified Homeopathic Doctor
Natural & Holistic treatment
https://homeopathyconsult.wasap.my