14/04/2026
Majlis Perasmian Klinik Subha (Membakut) telah berlangsung dengan jayanya pada 11 April 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap ADUN N.31 Membakut, atas kesudian merasmikan majlis ini.
Turut kami hargai kehadiran:
โข Janang Gayuh Yang Berhormat Datuk Haji Ruslan bin Haji Muharam DHRM, Pembantu Menteri I Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN N.34 Lumadan
โข Tuan Johari Ali Jeo, Pembantu Pegawai Daerah Membakut
โข Tuan Mohd Ainol bin Mohd Dun, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort
โข ASP Ng Chai Sing, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Beaufort
โข Dr. Adora Moyou, Pegawai Kesihatan Beaufort
โข Wakil Ketua Balai Bomba Beaufort
โข Serta semua tetamu kehormat yang hadir
Penghargaan juga kepada Rafflesia Medical Centre Sabah atas penyertaan dan sokongan dengan membuka booth sepanjang majlis berlangsung.
Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada semua rakan vendor yang telah bekerjasama dalam menjayakan majlis ini, merangkumi penyediaan katering, persembahan, sistem bunyi, logistik, hiasan, keselamatan serta rakaman gambar dan video sepanjang majlis.
Penghargaan khas juga kepada seluruh pasukan Klinik Subha (Membakut), Klinik Subha, Beaufort dan Kinabalu Medic Spine & Rehabilitation Centre atas komitmen, kerjasama dan usaha yang luar biasa dalam menjayakan majlis ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis kami, termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan yang turut hadir memberi sokongan.
Sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini, kami memohon maaf dan berterima kasih atas sokongan anda.
Waktu Operasi Klinik Subha (Membakut):
Isnin โ Sabtu: 8.00 pagi โ 8.00 malam
Ahad: Tutup
๐๐๐ฏ๐๐ป๐ด๐ถ ๐ธ๐ฎ๐บ๐ถ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฎ๐ธ๐น๐๐บ๐ฎ๐ ๐น๐ฎ๐ป๐ท๐๐:
๐ 087-887788 | 016-2985212
๐ฌ WhatsApp: https://wa.me/60162985212