02/09/2021
‼️ANDA SAKIT LUTUT? : MUNGKIN OSTEOARTRITIS‼️
✅ Berjuta orang hadapi sakit yang sama. Osteoartritis (OA) mungkin penyebab paling biasa pada penyakit sendi penyambung dan sendi tulang belakang tapi paling famous dekat Malaysia ialah OA sendi lutut.
✅ OA dikenali sebagai penyakit ‘degeneratif’ (penyakit berkaitan peningkatan usia). Senang cerita, makin tua umur kita makin tinggi lah potensi dapat penyakit ini sebab ia haus dan lusuh selepas tempoh lama. OA ini terjadi bila rawan mula terhakis. Lepas tu, mulalah tulang bergeser antara satu sama lain dan menyebabkan kesakitan.
✅ Rawan boleh dibina semula dan ditumbuhkan secara semula jadi. Namun dalam penyakit OA, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia dibina semula.
✅ Antara punca penyakit OA ialah kurang ambil khasiat dalam pemakanan. Jadi, dengan sokongan nutrisi betul, pesakit OA boleh membina dan menumbuhkan semula rawan yang lusuh.
✅ Dua jenis komponen semulajadi tisu sendi dipanggil "Glukosamin" dan "Kondroitin". Satu komponen bertugas baiki dan bina tisu rawan, manakala yang satu lagi jadi pertahanan rawan dari rosak.
✅ CARA ATASI OA
1. Mengambil suplemen glukosamin dan kondroitin.
2. Penggunaan Minyak Zaitun
3. Penggunaan Vitamin E
Saya amat cadangkan kaedah 2 dan 3 kerana tiada kesan sampingan.
♦️1. Penggunaan minyak zaitun♦️
Kajian dari UKM iaitu Dr Kok-Yong Chin dan Dr Kok-Lung Pang membuat kesimp**an, minyak zaitun dapat menghalang kerosakan tulang rawan (cartilage) akibat masalah penyakit osteoarthritis. Ini kerana minyak zaitun mempunyai bahan *hydroxytyrosol* yang dapat mengubah kebiasaan SIRT-1 dalam memperbaiki mekanisme *autophagy* dan kelangsungan sel *chondrocytes*.
Elemen *oleocantahals* dalam minyak zaitun juga bertindak sebagai ejen anti keradangan (seperti tindakan ubat tahan sakit).
Kedua saintis itu juga berkata minyak zaitun memperbaiki fungsi sendi dan mengurangkan rasa sakit, bagi pesakit osteoarthritis yang menggunakannya dengan meminumnya dan menyapukan pada lutut.
Dalam kajian lain, dua orang saintis Parkinson L dan Cicerale S mencadangkan pengambilan 30-50 g minyak zaitun dalam sehari. (Bersamaan 4-6 sudu makan dalam sehari).
♦️ 2. Penggunaan Vitamin E ♦️
Kajian dari UKMMC, Dr Kok-Yong Chin dan pembantu Dr Soelaiman Ima-Nirwana, menyebut *oxidative stress* adalah salah satu punca utama kerosakan tulang rawan (cartilage). Osteoarthritis juga dapat dirawat dengan pengambilan vitamin E yang bertindak sebagai antioksida yang berkesan.
HABBATUSSAUDA adalah makanan tambahan yang sangat tepat kerana mengandungi antioksidan yang sangat tinggi dan adalan ejen semulajadi vitamin E.
Pengambilan minyak zaitun dan vitamin E sangat bagus juga untuk pesakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan tahap kolestrol yang tinggi.
Penggunaan minyak zaitun dan Habbatussauda bukanlah bersifat ubat, tetapi suplemen untuk merawat dan mencegah masalah sakit lutut akibat osteoarthritis secara beransur-ansur.
Sumber:
1. http://www.hmetro.com.my/articles/suplemenmampuhilangsakitosteoartritis/Article
2. Saintis Parkinson L dan Cicerale S ( tajuk *The health benefiting mechanism of virgin olive oil phenolic compounds*) journal *Molecules* (2016, 21:1734)
3. Journal *Nutriens 2017 Oct; 9(10):1060* bertajuk *Perspektif Effects of Olive and Its Derivatives on Osteoarthritis: From Bench to Bedside* oleh saintis tempatan dari UKM Medical Centre dan Fakulti Sains Kesihatan, UKM iaitu Dr Kok-Yong Chin dan Dr Kok-Lung Pang.
4. Dr Kok-Yong Chin dan pembantu Dr Soelaiman Ima-Nirwana, dari Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan, UKMMC, Malaysia. Journal *Front Pharmacy. 2018; 9:946* bertajuk *"The Role of Vitamin E in Preventing and Treating Osteoarthritis-a review of Current Evidence"*.
Nak sihat, PM saya 👇👇👇
https://wa.link/tw1air