Pusat Kesihatan USIM

  • Home
  • Pusat Kesihatan USIM

Pusat Kesihatan USIM Pusat Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Jamaah Mohd dan Pn. Pusat Haemodialisis ini dibangunkan bagi menjaga kebajikan warga USIM yang memerlukan.

Unit Kesihatan Pelajar merupakan salah satu kemudahan yang disediakan kepada kakitangan dan pelajar KUIM/Universiti Sains Islam Malaysia bermula pada tahun 2006. Pada peringkat awalnya, Unit Kesihatan Pelajar ini hanya terdiri daripada 2 orang Jururawat U29 iaitu Pn,. Rosmaria Outar@Autar serta seorang pemandu Ambulans yang mana unit ini beroperasi di Bangunan Hal Ehwal Pelajar Sementara di kabin pada tahun 2006 dan kemudiannya dipindahkan ke Pusat Kemudahan Pelajar (PKP) pada April 2007. Oleh kerana pada ketika itu, hanya 2 orang Jururawat yang bertugas tanpa Pegawai Perubatan, rawatan yang disediakan hanyalah tertumpu kepada rawatan-rawatan biasa seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan demam, sakit perut. Bagi kes-kes kecemasan yang tidak dapat dirawat, perkhidmatan ambulans akan digunakan bagi menghantar pesakit ke Klinik Kesihatan Nilai atau hospital berhampiran bagi tujuan rujukan. Pada Ogos 2007, Unit Kesihatan Pelajar semakin berkembang dengan menerima Pegawai Perubatan yang pertama iaitu Dr. Junaidah Abd Wahab, serta seorang Pembantu Perubatan dan seorang Attendan Kesihatan. Bermula daripada itu, penyelarasan perkhidmatan Unit Kesihatan Pelajar telah menjadi lebih sistematik dan perkhidmatan telah diperluaskan dengan menyediakan perkhidmatan “standby” untuk program-program yang dianjurkan oleh universiti, perkhidmatan kecemasan, perolehan ubat yang lebih berbagai jenis dan penghantaran kes-kes yang dirujuk ke hospital menjadi lebih sistematik. Kemasukan Pembantu Perubatan turut menyumbangkan kepada perkhidmatan yang lebih luas dengan adanya penglibatan dalam menganjurkan program untuk pelajar, pemeriksaan premis makanan dan pemeriksaan kebersihan kolej kediaman. Bermula Jun 2008, Unit Kesihatan Pelajar, sekali lagi telah dipindahkan ke bangunan tetap Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang mana kemudahan dan infranstruktur yang ada adalah jauh lebih selesa daripada yang sebelum ini. Bangunan ini mempunyai ruang-ruang khas seperti kaunter pendaftaran pesakit luar, ruang menunggu yang selesa, bilik rawatan Pegawai Perubatan, ruang kecemasan, farmasi, makmal, wad dan ruang
pentadbiran. Dengan kemudahan-kemudahan seumpama ini, rawatan dan perkhidmatan yang diberi menjadi lebih selesa kepada pelanggan/pesakit yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sehingga kini, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kebajikan kakitangan dan pelajar, Unit Kesihatan Pelajar telah dilengkapi dengan beberapa kemudahan yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan dan memberi perawatan yang cekap dan efektif kepada pelanggannya dengan menyediakan prasarana yang cukup dan persekitaran yang kondusif untuk perawatan serta mengamalkan proses kerja yang sistematik dan dalam masa yang sama memberi Pendidikan Kesihatan yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani, mental dan fizikal. Sistem E-Klinikal yang telah dilancarkan pada 07 Oktober 2009 juga telah banyak membantu mempercepatkan proses pendaftaran, konsultansi dan farmasi kepada pesakit jauh lebih efektif berbanding sebelumnya. Peralatan canggih seperti mesih FBC di makmal juga, memberikan implikasi yang sungguh memberangsangkan kerana ujian darah dapat dijalankan dengan keputusan yang tepat dapat diperolehi tanpa perlu dirujuk ke hospital. Dan terkini Unit Kesihatan Pelajar, USIM sedang di dalam usaha memperluas dan memperkembangkan perkhidmatannya kepada rawatan Haemodialisis. Penyumbang pertama bagi merealisasikan perkhidmatan ini ialah pihak Majlis Ugama Islam Pahang yang telah mendermakan sebuah mesin Haemodialisis sebagai langkah permulaan dan 3 buah mesin Haemodialisis lagi dibeli oleh Unit Kesihatan Pelajar, USIM. Mesyuarat pertama berkaitan penubuhan pusat ini telah diadakan pada 23 Februari 2009. Satu lawatan kerja melibatkan delegasi USIM ke Pusat Haemodialisis, Selangor Medical Centre telah diadakan pada 16 Mac 2009 dan pada 10 April 2009 ke Pusat Haemodialisis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai langkah permulaan dalam persiapan untuk menyediakan rawatan Haemodialisis ini, seorang jururawat (Pn. Jamaah Mohd) telah dihantar untuk mengikuti Kursus Pos Basik pada 15 Julai 2009 sehingga 14 Januari 2010. Dalam tempoh masa yang sama, kerja-kerja bagi menggerakkan proses penubuhan ini telah dijalankan termasuk menyediakan Garis Panduan Rawatan Pusat Haemodialisis yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada Julai 2010. Unit Kesihatan Pelajar kini terus berkembang dengan pertambahan kakitangan yang pada awalnya hanya mempunyai 2 orang Jururawat kepada 11 orang kakitangan yang terdiri daripada 1 Pegawai Perubatan, 1 Penolong Pegawai Perubatan, 1 Penolong Pegawai Farmasi, 3 orang Jururawat, 1 Penolong Pegawai Tadbir, 1 Pembantu Tadbir, 1 Attendan Kesihatan dan 2 orang pemandu ambulans. Perkhidmatan Pegawai Perubatan Locum turut disediakan bagi Pegawai Perubatan sedia ada merawat pesakit yang puratanya mencecah 40 orang pesakit dalam tempoh satu hari bekerja.

Malam-malam bila dah nak lena, tiba-tiba anda dengar bunyi paling menyampah dalam dunia.Ngiiiiiiing.Nyamuk bukan saja na...
06/02/2026

Malam-malam bila dah nak lena, tiba-tiba anda dengar bunyi paling menyampah dalam dunia.

Ngiiiiiiing.

Nyamuk bukan saja nak gigit.
Dia macam sengaja datang “whisper” dekat telinga.

Sebenarnya, nyamuk jadi bising dekat telinga sebab itu cara dia “cari” kita.

Nyamuk tertarik pada karbon dioksida yang kita hembus masa bernafas. Kawasan kepala dan muka paling aktif keluarkan nafas, sebab itu nyamuk banyak berlegar dekat situ.

Nyamuk juga cari haba badan.
Leher, muka, sekitar telinga selalunya lebih panas, jadi dia guna haba untuk cari tempat sesuai hinggap.

Dan bila nyamuk terbang rapat dengan telinga, bunyi sayap dia jadi kuat.
Bukan sebab dia besar, tapi sebab telinga kita menangkap getaran itu bila ia terlalu dekat.

Yang datang menyerang biasanya nyamuk betina.
Dia sedang “scan” kulit, cari tempat terbaik untuk menghisap darah.

Lagi sakit hati bila anda dah nak pukul, nyamuk hilang entah ke mana.

Pukul punya pukul, yang kena p**i sendiri.
Pedih, merah, nyamuknya lepas, ego pun jatuh sekali.

Jadi kalau nak tidur lena, buat 4 benda ini malam ini juga.

1. Pasang kipas, hala angin ke katil kerana nyamuk susah terbang bila angin kuat.

2 Pakai losen atau semburan penghalau nyamuk pada buku lali dan tangan sebab itu tempat nyamuk selalu mula hinggap.

3. Tutup tingkap atau guna jaring, terutama lepas Maghrib sampai awal pagi.

4. Dan paling penting, buang semua air bertakung, walau sedikit, sebab itu “kilang” nyamuk.

Bunyi kecil itu bukan sekadar ganggu tidur.
Ia tanda ada nyamuk yang sedang mencari ruang untuk menyakitkan.

Malam ini, jangan bagi peluang.


UBAT DARAH TINGGI DAN KOPITelan ubat darah tinggi, lepas tu terus hirup Kopi O. Anda sebenarnya sedang mensia-siakan uba...
06/02/2026

UBAT DARAH TINGGI DAN KOPI

Telan ubat darah tinggi, lepas tu terus hirup Kopi O. Anda sebenarnya sedang mensia-siakan ubat itu.
Pagi Ahad macam ni memang sedap pekena kopi panas waktu sarapan. Tapi bagi pesakit hipertensi yang kena makan ubat setiap pagi, tolong hati-hati dengan tabiat ini.

Kenapa tak elok minum kopi serentak dengan ubat darah tinggi?

1. Lawan Arus
Ubat darah tinggi (seperti Amlodipine) berfungsi untuk kembangkan salur darah supaya tekanan turun.
Tapi Kafein dalam kopi p**a sifatnya mengecutkan salur darah dan memacu jantung laju yang menaikkan tekanan darah.
Jadi bila ambil serentak, efek ubat tu jadi 'cancel'. Ubat suruh turun, kopi suruh naik. Badan anda jadi keliru.

2. Gangguan Penyerapan
Sifat asid dan tannin dalam kopi boleh mengganggu perut daripada menyerap ubat sepenuhnya.
Maksudnya, kalau dos ubat tu 5mg, mungkin badan cuma dapat serap 3mg saja. Bakinya keluar sia-sia.

Akibatnya?
Bila check tekanan darah nanti, bacaan masih tinggi walaupun dah makan ubat. Mula lah rasa pening atau berdebar tak tentu pasal.

Jadi apa perlu buat?

Tak perlu berhenti minum kopi. Cuma ubah masa. Jarakkan sekurang-kurangnya 2 jam.
Kalau makan ubat pukul 8 pagi, pukul 10 pagi baru minum kopi. Bagi masa untuk ubat tu masuk dalam darah dan bekerja dulu.
Ubat mahal, makan hari-hari, tapi kalau cara makan salah, rugi kesihatan kita.



Tahniah & selamat maju jaya! 🎉Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Khairul Auni Adli bin Mohamad Aini atas pel...
04/02/2026

Tahniah & selamat maju jaya! 🎉
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Khairul Auni Adli bin Mohamad Aini atas pelantikan sebagai Pegawai Farmasi, Pusat Kesihatan Universiti berkuat kuasa 3 Februari 2026.

Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik. 💊✨

Ikhlas daripada
Pengarah & Warga Pusat Kesihatan Universiti, USIM

Selamat Menyambut Hari Kanser Sedunia. Tema tahun ini adalah In Our Hands: The Power of Unity. Tema ini diangkat dengan ...
03/02/2026

Selamat Menyambut Hari Kanser Sedunia. Tema tahun ini adalah In Our Hands: The Power of Unity. Tema ini diangkat dengan tujuan meningkatkan kebersamaan dalam penjagaan kanser bagi setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia.
Rakyat Malaysia diseru untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan yang sihat, kekal aktif secara fizikal, tidak merokok dan tidak mengambil alkohol.
Jalani saringan kanser bagi tujuan pengesanan kanser lebih awal kerana pengesanan kanser pada tahap awal dapat menyelamatkan nyawa.



Petugas Kecemasan Sukan Asasi Malaysia (SAM) 20261/2/2026(Ahad)UPNM
01/02/2026

Petugas Kecemasan Sukan Asasi Malaysia (SAM) 2026
1/2/2026(Ahad)
UPNM

Majlis Aspiarisasi PKU 202531/1/2026(Sabtu)Hotel Sama-Sama, KliaTerima kasih meraikan dan menghargai kami❤️❤️
31/01/2026

Majlis Aspiarisasi PKU 2025
31/1/2026(Sabtu)
Hotel Sama-Sama, Klia
Terima kasih meraikan dan menghargai kami❤️❤️

Selamat Menyambut Hari Kusta Sedunia.Kusta boleh dirawat dan disembuhkan jika dikesan awal. Hentikan stigma, tingkatkan ...
27/01/2026

Selamat Menyambut Hari Kusta Sedunia.

Kusta boleh dirawat dan disembuhkan jika dikesan awal. Hentikan stigma, tingkatkan kesedaran demi kesejahteraan semua.


Merafak Sembah dan Mempersembahkan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan ke-78 buat DYMM Yang Di-Pertua...
14/01/2026

Merafak Sembah dan Mempersembahkan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan ke-78 buat DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Sembah Takzim daripada seluruh warga USIM.


📣📣PROMOSI SARINGAN UJIAN DARAH PENUH MADANI AFIAT@USIM Siri 1: “Tahun Baru, Kesihatan Baru”🩸 Percuma khas untuk Warga US...
10/01/2026

📣📣PROMOSI SARINGAN UJIAN DARAH PENUH MADANI AFIAT@USIM Siri 1: “Tahun Baru, Kesihatan Baru”

🩸 Percuma khas untuk Warga USIM!

🩸🩸Lakukan pemeriksaan kesihatan awal dengan menjalankan ujian darah bagi memantau tahap kesihatan anda.

📅 12 Januari – 9 Februari 2026
⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Pusat Kesihatan Universiti, USIM

📲 Daftar sekarang dengan imbas kod QR!

✅Anjuran Pusat Kesihatan Universiti dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan Badan Kebaikan Kakitangan USIM

Jaga kesihatan, tanda prihatin pada diri!

🩸Program Derma Darah Azam Tahun Baru dan Ambang Ramadan Bersempena 20th Annual Nationwide Pre-Ramadan Blood Donation Cam...
07/01/2026

🩸Program Derma Darah Azam Tahun Baru dan Ambang Ramadan Bersempena 20th Annual Nationwide Pre-Ramadan Blood Donation Campaign 2026🩸
📌Tarikh: 7/1/2026
🕒 Masa : 10:00am - 3.00pm
📍 Lokasi: Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM)
Jumlah kehadiran: 130 orang
Jumlah beg darah: 97 bag
Reject: 33 org

Sedang berlangsung🩸Program Derma Darah Azam Tahun Baru dan Ambang Ramadan Bersempena 20th Annual Nationwide Pre-Ramadan ...
07/01/2026

Sedang berlangsung
🩸Program Derma Darah Azam Tahun Baru dan Ambang Ramadan Bersempena 20th Annual Nationwide Pre-Ramadan Blood Donation Campaign 2026🩸

📍Jom sertai Program Derma Darah dan bantu mereka yang memerlukan!📍
📌Dari seorang insan biasa, anda mampu menjadi penyelamat luar biasa.🩸
Setitis darah anda boleh memberi harapan kepada mereka yang memerlukan.📌

📆 Tarikh: 7 Januari 2026 (RABU)
🕒 Masa : 10:00am - 3.00pm
📍 Lokasi: Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM)

🤗Terbuka kepada semua warga USIM

Address

Nilai

71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Tuesday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Wednesday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Thursday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6067986121

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram