Dr Zahir Orthopedic

Dr Zahir Orthopedic Selamat Datang Ke Page Dr Zahir Orthopedic.Saya bertugas di KPJ Pasir Gudang Johor Bahru.Sila Like & Follow Saya
(2)

28/03/2026

Kalau nak tengok kebesaran Allah… tengok alam.

Daun teh pun perlu hidup di tempat yang bersih.
Udara bersih, persekitaran bersih… barulah dia segar, subur.

Kita p**a macam mana?

Hari-hari masuk benda bukan-bukan dalam badan…
Gula, makanan proses,
Lepas tu bila badan mula ‘buat hal’, kita tanya kenapa.

Hakikatnya… badan kita ni ikut apa yang kita bagi.

Kau bagi yang baik, dia bagi balik tenaga.
Kau bagi yang rosak, dia bagi balik penyakit.

Saya sebagai doktor bukan nak marah…
Cuma nak ingatkan.

Jaga badan macam kita jaga alam.
Jangan tunggu rosak baru nak baiki.

Sebab kesihatan ni bukan magic…
Dia hasil daripada apa yang kita buat setiap hari.

24/03/2026

Trend sekarang ni… semua jadi atlet hujung minggu 😆

Pagi-pagi lari marathon, petang terus hiking… bukan sebab minat sangat pun, tapi sebab nak medal + nak story cantik 🤳

‘Lifestyle sihat’ katanya…
Tapi umur dah 40, lutut tu dah bukan macam umur 20 weh…

Dulu panjat tangga dua tingkat pun steady,
Sekarang turun bukit sikit… bunyi lutut dah macam popcorn 🍿

Nak sihat memang bagus 👍
Tapi kalau paksa badan tanpa persediaan,
yang sihat boleh jadi sakit…

Lutut kita ni bukan spare part kereta, rosak tak boleh tukar terus 🚫

Jadi sebelum kejar medal,
tanya dulu lutut tu… “kau okay tak?”

Sihat tu bukan berlumba dengan orang lain,tapi jaga badan untuk jangka masa panjang 💪

23/03/2026

Raya ke 3 di kampung halaman

22/03/2026

Suasana malam raya ke 2 di kampung saya

Siapa pakai merah Raya Pertama kita geng😊Tahun ini saya beraya di Batu Pahat bersama keluarga tercinta,suasana kampung, ...
21/03/2026

Siapa pakai merah Raya Pertama kita geng😊

Tahun ini saya beraya di Batu Pahat bersama keluarga tercinta,suasana kampung, gelak tawa, dan momen yang paling bermakna bila dapat berkumpul bersama insan tersayang.

Tapi sebelum kuih raya masuk round ke-10… saya nak ambil peluang ni mohon maaf kalau selama ni ada terkasar bahasa, tersilap gurau, atau buat korang terasa tanpa sengaja.

Raya raya juga, makan tu kena beringat ya… jangan sampai baju raya fit pagi, petang dah jadi sendat 🤭

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin daripada saya dan keluarga 🌙

21/03/2026

Dalam kita meraikan kemenangan di hari raya, jangan lupa untuk menjaga diri berpada-padalah dalam menikmati juadah. Kesihatan itu adalah anugerah yang sangat berharga daripada Allah, jangan sampai kita lalai menjaganya.

Semoga Syawal ini membawa ketenangan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin 🌙✨

24/02/2026

Marilah kita sama-sama bayar zakat fitrah awal

Kerana zakat fitrah adalah penyuci diri sebelum kita menutup Ramadan.
Kerana ia menyempurnakan puasa kita yang mungkin ada kekurangan.
Kerana di pagi Aidilfitri, kita mahu semua orang dapat bergembira tanpa rasa kekurangan.

Bayar awal, supaya bantuan sampai lebih cepat kepada yang memerlukan.
Bayar awal, supaya hati kita lebih tenang menanti Syawal.
Bayar awal, tanda syukur atas nikmat Ramadan yang Allah beri.

Jangan tunggu saat akhir.
Ayuh tunaikan zakat fitrah awal, agar Aidilfitri lebih bermakna untuk semua.

24/01/2026

No nasi.
No sugar.
Kurangkan makanan & minuman proses.

Saya kongsikan ini bukan untuk menakutkan,
tapi sebab saya sendiri lihat kesannya setiap hari.

Realitinya jadi doktor,
masa sentiasa tak cukup untuk semua orang.
Namun hidup ini memang satu perjuangan.

Dan apa sahaja yang kita perjuangkan biarlah dengan niat yang ikhlas.
Kerana dari keikhlasan, lahir tanggungjawab
untuk menjaga diri sebelum terlambat.

22/01/2026

Siapa ada gout perlu tengok dan share kepada orang yang sedang mengalami masalah Gout ini

09/01/2026

Pesakit selalu nak hasil yang mustahil.
Tulang dah patah, sendi dah rosak bertahun,
lepas pembedahan nak jadi macam tak pernah cedera.

Realitinya mudah.
Doktor bukan Tuhan.
Yang patah takkan jadi original semula.

Pembedahan bukan untuk jadikan badan sempurna,
tapi untuk kurangkan sakit, betulkan fungsi, dan bagi peluang hidup lebih baik.

Bila hasil tak capai jangkaan,
doktor yang disalahkan.

Sedangkan penyakit itu datang dari masa, usia dan keadaan badan sendiri.

Hormatilah doktor.
Kami buat yang terbaik dengan ilmu dan amanah,
bukan janji benda yang tak mungkin.

03/01/2026

Apa yang kita ada kini jangan hanya mengkritik…Mencari masalah memang mudah tapi Menyelesaikan Permasalahan Itu adalah Kehebatan

Inilah yang dinamakan perjuangan

31/12/2025

Derita slip disc ini bukan sehari dua.
Terbaring lama, sakit yang mencengkam,
hingga hampir hilang harapan untuk berjalan semula.

Hari ini, selepas pembedahan,
langkah itu kembali… walau perlahan, bertongkat,
namun senyuman pesakit lebih kuat daripada segalanya.

Sebagai seorang doktor,
tiada bayaran yang lebih mahal
selain melihat pesakit yang dulu hampir lumpuh,
kini mampu bangun dan melangkah semula.

Saya gembira, bukan kerana kejayaan pembedahan,
tetapi kerana harapan itu hidup kembali di wajah pesakit saya

Address

KPJ Pasir Gudang
Pasir Gudang
81300

Telephone

+60182983001

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Zahir Orthopedic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category