Diary Ibu Mengandung & Si Comel

Diary Ibu Mengandung & Si Comel Dunia info utk mereka yg bergelar ibubapa. Kami kongsikan tip2 dan info2 kehamilan, mengandung, bersa
(3670)

Kami kongsikan tip2 dan info2 kehamilan, mengandung, bersalin, penjagaan simanja & soal jawab. Moga perkongsian dpt mendatangakn kebaikan bersama. 10q

Penaja : KICO

๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ ๐‚๐€๐‘๐’๐„๐€๐“ ๐‘๐Œ๐Ÿ๐Ÿ“๐ŸŽ. ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ/๐ˆ๐๐’๐„๐๐“๐ˆ๐… ๐Œ๐˜๐‚๐‘๐’ ๐Ÿ.๐ŸŽ ๐ค๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐ข.๐‘ฑ๐’๐’Ž ๐’Ž๐’๐’‰๐’๐’/๐’”๐’†๐’Ž๐’‚๐’Œ -- > https://bit.ly/subsidiMyCRS20231. Insenti...
15/06/2023

๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ ๐‚๐€๐‘๐’๐„๐€๐“ ๐‘๐Œ๐Ÿ๐Ÿ“๐ŸŽ.
๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ/๐ˆ๐๐’๐„๐๐“๐ˆ๐… ๐Œ๐˜๐‚๐‘๐’ ๐Ÿ.๐ŸŽ ๐ค๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐ข.
๐‘ฑ๐’๐’Ž ๐’Ž๐’๐’‰๐’๐’/๐’”๐’†๐’Ž๐’‚๐’Œ -- > https://bit.ly/subsidiMyCRS2023
1. Insentif RM150 pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak
2. Jumlah peruntukan RM12 juta.
3. Kelayakan penerima โ€“ B40 & M40 (pendapatan rm10,000 ke bawah.)
--> Harga kurang RM150 :๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—”
--> Harga melebihi RM150 : Insentif RM150, lebihan ditanggung oleh pembeli / penerima.
Jom mohon sekarang.
Terima kasih kepada yang sudi sebarkan info ini ke group2 wasap, fb dll utk beri info kepada orang lain untuk kebaikkan bersama.

๐Ÿฑ ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—ž๐—” ๐—ฆ๐—”๐—ž๐—œ๐—ง ๐—›๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—กSetiap isteri pasti mahukan suami menemani mereka ketika...
09/02/2021

๐Ÿฑ ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—ž๐—” ๐—ฆ๐—”๐—ž๐—œ๐—ง ๐—›๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก
Setiap isteri pasti mahukan suami menemani mereka ketika hendak bersalin. Sakit ketika saat hendak bersalin memang amat menyakitkan hingga menyebabkan ada ibu hamil yang menitiskan air mata.
Sebenarnya kehadiran si suami sangat diharapkan oleh isteri kerana boleh memberikan kata-kata semangat serta membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.
Walaupun suami juga mengalami perasaan gemuruh dan takut ketika itu, tetapi anda perlu kuatkan semangat kerana isteri sedang bertarung nyawa untuk dua nyawa.
Sekurang-kurangnya dapatlah wanita yang sedang sakit hendak bersalin meluahkan dan berkongsi kesakitan yang dialami dengan orang paling terdekat iaitu suami.
Sebagai suami, janganlah disebabkan anda tidak merasakan kesakitan tersebut jadi anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Bila isteri mengadu sakit ketika kontraksi, janganlah cuma menyuruh mereka bersabar sedangkan anda leka dengan gajet. Ada beberapa perkara yang ada boleh lakukan untuk bantu tenangkan mereka.
Jom tengok 5 tips apa yang patut encik-encik suami semua lakukan bagi membantu meringkankan kesakitan isteri ketika kontraksi bersalin menyerang.
๐Ÿญ. ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—š๐—”๐—”๐—ก
Urutan lembut yang penuh kasih sayang dapat melegakan isteri. Tiada ubat tahan sakit yang boleh mengalahkan sentuhan kasih sayang daripada suami ketika sakit hendak bersalin.
Urutan boleh melepaskan hormon endorfin yang menjadi pelega sakit kontraksi yang sedang dialami. Cara mengurut tak perlulah berurut seperti orang sakit terseliuh.
Cukup sekadar mengurut di bahagian bahu isteri untuk melegakan stress di bahu dan membantu bernafas lebih teratur.
Selain itu, suami juga boleh mengurut kaki dari buku lali ke jari kaki, atau membuat lingkaran dengan ibu jari di seluruh tapak kaki.
Urutan pada kaki sebenarnya membantu memanaskan kaki yang sejuk. Urutan tangan melibatkan pergelangan dan tapak tangan p**a membantu menenangkan.
๐Ÿฎ. ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—”๐—ง๐—”-๐—ž๐—”๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ
Semakin hampir waktu hendak melahirkan bayi, semakin sakit mereka rasakan. Masa ini memang tak boleh nak bercakap dah. Kata-kata semangat daripada suami membuatkan isteri lebih bersemangat dan memberi ekstra tenaga.
Bagi yang Muslim, boleh berzikir dan membaca ayat-ayat Al-Quran untuk menenangkan isteri. Berikan tangan anda untuk digenggam isteri. Begitu juga semasa meneran, dorong isteri untuk meneran sehabis baik supaya si kecil mudah dan selamat dilahirkan.
๐Ÿฏ. ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—™๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก
Bagi pasangan suami isteri yang telah mengikuti kelas bersalin, jangan lupa praktikkan apa yang dipelajari. Teknik pernafasan yang betul dapat mengurangkan kesakitan dan memudahkan kelahiran bayi.
Ingatkan isteri anda, kerana ketika sakit dia cenderung untuk lupa segala apa yang dipelajari.
๐Ÿฐ. ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—œ๐—ก๐—จ๐— 
Jika suami boleh berada di bilik bersalin menemankan isteri, sediakan bekalan minuman dan snek (seperti kurma atau roti) yang cukup sebagai bekalan untuk isteri.
Suami perlu tahu makanan yang membantu isteri untuk mudahkan proses bersalin. Kurma dapat memberi tenaga kepada isteri kerana ia sangat diperlukan pada waktu tersebut. Anda boleh membantu isteri minum air sedikit demi sedikit untuk melegakan kesakitan yang mereka alami.
๐Ÿฑ. ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—š๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ฌ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ
Kebanyakan ayah atau bakal ayah tidak tahu apa yang patut dilakukan semasa berada di bilik bersalin. Tidak dinafikan ramai yang terkedu terutamanya bagi yang kali pertama. Jangan panik kerana lagi anda panik, lagi stres isteri anda.
Jadi, sediakan kelengkapan yang lengkap seperti pakaian bayi dari beg yang anda bawa. Jadi buat persediaan awal sekiranya tarikh bersalin sudah hampir. Sekurang-kurangnya ada sumbangan yang anda berikan semasa isteri sedang bergelut dengan kesakitan hendak bersalin!
Walaupun kesakitan melahirkan anak hanya dilalui oleh isteri tetapi penglibatan suami untuk sama-sama melalui susah payah tersebut memberikan kekuatan kepada isteri. Berikan kekuatan tersebut kepada isteri anda.
Jom share utk pengetahuan bersama.
Credit : Siraplimau

Assalamualikum semua.. Kali ni DIMSC kongsi macam mana cara nak cepatkan bukaan rahim..Moga dpt bantu mommies utk bersal...
08/02/2021

Assalamualikum semua..
Kali ni DIMSC kongsi macam mana cara nak cepatkan bukaan rahim..
Moga dpt bantu mommies utk bersalin dengan selamat.
jangan lupa utk share yer.. Utk pengetahuan bersama
Jom baca
Credit ; thezuriat

๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—จ ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ก๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”, ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—”, ๐—ง๐—”๐—ž ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐——๐—œ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—˜๐—›Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa...
07/02/2021

๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—จ ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ก๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”, ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—”, ๐—ง๐—”๐—ž ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐——๐—œ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—˜๐—›
Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengambil berat tentang anak, ia termasuklah perilaku anak dan tabiat biasa yang anak lakukan.

Perilaku anak akan menjadi tabiat jika ia dibiarkan berterusan. Jika baik, tidak salah untuk dibiarkan ia menjadi tabiat tetapi jika tidak baik, ibu ayah patut hentikan daripada terus menjadi tabiat anak
Ada beberapa perkara atau perilaku anak yang mungkin nampak biasa pada pandangan anda atau nampak kecil pada anda tetapi ia sebenarnya perlu dihentikan sebelum menjadi tabiat anak.
Menjadi ibu bapa memang bukan suatu perkara mudah. Semua perkara terutama mengenai anak perlu kita ambil perhatian. Ibarat mencorak kain putih, sudah pasti ia bukan satu tugas mudah untuk mencorak dengan baik dan cantik jika tidak dibuat dengan penuh teliti dan penuh tumpuan.
Bukan mahu menakutkan, tetapi itulah asam garam hidup sebagai seorang ibu bapa yang mana setiap masa kita banyak memikirkan mengenai anak dan masa depannya.
Sudah pasti perilaku anak antara perkara yang patut menjadi perhatian ibu bapa kerana daripada perilaku ini ia akan membentuk satu tabiat yang mana jika ia tidak baik, maka tidak baiklah tabiat yang akan anak kita ada.
Menurut portal parents.com, ada beberapa perilaku biasa anak yang perlu kita ambil perhatian, yang mana ia perlu ditegah dan dicegah dari awal supaya tidak menjadi tabiat anak.
๐Ÿญ. ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ธ ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ
Tidak kira dalam apa juga situasi, menyampuk apabila orang bercakap adalah perilaku yang sangat tidak sopan dilakukan oleh sesiapa saja baik dewasa mahupun kanak-kanak.
Jadi jika anda perasan anak anda begini, tegahlah mereka daripada awal. Terangkan kepada mereka sebaiknya kenapa perkara itu tidak boleh dilakukan dan kenapa ia tidak sopan.
Ajar anak untuk menunggu giliran apabila mahu bercakap atau mahu menyampaikan idea atau buah fikirannya. Ini akan mengajar anak untuk bersabar dan menunggu waktu sesuai untuk bercakap dan tidak secara sewenang-wenangnya menyampuk percakapan orang lebih tua.
๐Ÿฎ. ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚ ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ
Ada budak memang sedikit kasar, tetapi ada yang lain mereka mungkin tidak boleh terima kekasaran. Jadi anda perlu tegur anak anda jika dia jenis yang main terlalu kasar.
Jika ia menjadi tabiat, ada kemungkinan anak anda s**ar untuk mendapat kawan dan tiada kanak-kanak lain ingin main dengannya kerana dia terlalu kasar.
Ajar dia untuk bertolak ansur dengan orang lain, berkongsi, tidak merampas barang milik orang lain dan sebagainya.
๐Ÿฏ. ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ๐—น.
Ini adalah satu tabiat yang perlu diambil perhatian. Pernah anda alami kan anak sengaja buat tak dengar bila anda panggil? Tegur mereka dan terangkan kenapa ia tidak elok dan tidak sopan.
Ini akan menjadi kebiasaan jika ia dibiarkan dan akhirnya akan menjadi tabiat mereka untuk sengaja buat-buat tidak dengar bila orang panggil.
๐Ÿฐ. ๐—•๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ
Berdikari memang penting untuk anak, tetapi ajar mereka untuk minta kebenaran jika mahu buat sesuatu. Kita tidak mahu bila pergi rumah orang nanti, dia buka sendiri televisyen atau sebagainya.
Ajar mereka untuk menghormati privasi dan harta orang lain. Ajar mereka untuk minta izin dan kebenaran sebelum membuat sesuatu walaupun di rumah sendiri.
๐Ÿฑ. ๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ
Ada anak yang mungkin s**a buat rolling eyes jika mereka tidak setuju dengan sesuatu. Kadang kala ia memang nampak comel tetapi jika menjadi tabiat, ia mungkin sedikit tidak sopan membuat perkara begitu terutama jika orang lebih dewasa.
Nampak biasa sajakan? Tetapi perkara itu banyak mempengaruhi perilaku anak dan tidak elok jika dibiarkan menjadi satu tabiat yang tidak sopan untuk mereka jika dibawa ke peringkat usia lain.
Anda sebagai ibu bapa patut menegur mereka jika ada perkara tidak sopan yang dilakukan.
Credit : TheAsianparent

Ini yang Harus Kita Lakukan Saat Berat Badan Janin BerlebihanBayi dengan tubuh yang gemuk biasanya membuat kita jadi gem...
21/12/2020

Ini yang Harus Kita Lakukan Saat Berat Badan Janin Berlebihan
Bayi dengan tubuh yang gemuk biasanya membuat kita jadi gemas. Biasanya bayi yang gemuk berawal dari berat badannya yang juga berlebuh saat masih menjadi janin.

Wanita yang memiliki kenaikan berat badan terlalu besar dalam kehamilan lebih cenderung memiliki janin dengan bobot berlebihan. Janin dengan berat berlebih bisa membuat bayi cenderung mengalami obesitas seiring bertambahnya usia.

Apakah dampak kenaikan berat badan ibu hamil pada janin?
Kenaikan berat badan selama kehamilan tentu merupakan faktor yang berkontribusi terhadap epidemi obesitas pada bayi, tetapi itu hanya satu faktor, demikian menurut peneliti Dr. Jami Josefson, MD, seorang ahli endokrinologi anak-anak di Childrenโ€™s Memorial Hospital di Chicago dan asisten profesor di Northwestern University Feinberg School of Medicine.

Berat badan janin berlebihan dapat meningkatkan risiko komplikasi kelahiran seperti persalinan Caesar dan kelahiran prematur.

Bahkan jika Moms mulai hamil dengan kelebihan berat badan atau obesitas dapat secara signifikan meningkatkan risiko masalah kesehatan seperti gestasional diabetes dan preeklampsia.

Mengatasi kenaikan berat badan janin
Berikut adalah tips penting untuk mengatasi kenaikan berat badan janin yang aman dan sehat.

1. Mempertahakan berat badan ideal
Lauren Hyman, seorang ob-gyn di West Hills, California, menyatakan bahwa hal terpenting yang bisa Moms lakukan sebelum hamil selain mengkonsumsi vitamin prenatal, adalah memulai kehamilan dengan berat badan yang ideal.

2. Makan dengan porsi kecil namun sering
Fokuslah hanya pada makanan sehat yang mengandung rendah karbohidrat dan protein, buah, dan sayuran bergizi tinggi. Jika ingin ngemil, pilihlah snack sehat di sela-sela waktu makan.

"Mengonsumsi makanan ringan yang sehat dan mengandung protein, serat, dan beberapa lemak sehat setiap tiga jam akan membantu ibu hamil tidak makan berlebihan,โ€ saran ahli diet Frances Largeman-Roth, Feed the Belly: The Pregnant Mom's Healthy Eating Guide.
3. Minum cukup air putih
Penting sekali untuk menghindari dehidrasi selama kehamilan dengan cara minum cukup air putih. Cara ini bermanfaat untuk membantu Moms merasa kenyang di antara jam makan dan cemilan.

Minum air juga mencegah konstipasi (sembelit), salah satu efek samping yang kurang menyenangkan saat hamil.

Institute of Medicine menyarankan wanita hamil untuk minum minimal 10 gelas air setiap hari. Largeman-Roth merekomendasikan tiga liter air setiap hari, dengan menaikkan asupan airnya dengan menyimpan gelas atau botol infused water.
4. Trik cerdik saat ngidam
Kuncinya adalah memuaskan dorongan ngidam namun tetap mendapatkan protein dan lemak sehat yang Moms dan bayi butuhkan serta membantu tetap kenyang.

"Sedikit trik yang saya gunakan adalah menggabungkan salah satu makanan kurang sehat yang membuat saya ngidam dengan sesuatu yang sehat," kata Largeman-Roth.
5. Lakukan jogging
Menurut Jeanne Conry, mantan presiden Kongres Obstetri dan Ginekologi Amerika, aktivitas paling aman yang bisa dilakukan wanita hamil adalah jogging atau berjalan kaki.

Seorang ob-gyn di Boston Dr. Laura Riley, direktur medis persalinan dan kelahiran di Massachusetts General Hospital, menyatakan bahwa jogging tidak hanya penting untuk mengatasi kenaikan berat badan.

Ibu hamil akan mengalami lebih sedikit rasa sakit dan nyeri pada akhir kehamilan jika tetap aktif.
Jom kongsi dgn kawan.. Moga bermanfaat bersama.
Suka-> Diary Ibu Mengandung & Si Comel

16/12/2020

Jom belajar cari mandikan bayi ;-).
Selamat mencuba.

Alahai comelnya baby ni, mungkin ini the most cutiest baby in the world haa ๐Ÿ˜˜
18/08/2020

Alahai comelnya baby ni, mungkin ini the most cutiest baby in the world haa ๐Ÿ˜˜

Dear suami-suami.Ini bukan benang pancing ๐Ÿ˜ŽIni namanya benang yang dipakai untuk menjahit bekas robekan jalan lahir anak...
09/02/2020

Dear suami-suami.
Ini bukan benang pancing ๐Ÿ˜Ž
Ini namanya benang yang dipakai untuk menjahit bekas robekan jalan lahir anak anda saat isteri anda melahirkannya.๐Ÿ˜
Tak hanya diluar, tapi juga didalam.๐Ÿ˜‘
Apalagi kalau robekannya tak teratur. Jahitannya dah macam ukiran. Dan anda masih komplen apa jasa isteri?? ๐Ÿ˜’
Berapa banyak anak anda?๐Ÿค”
Satu?๐Ÿค”
Dua?๐Ÿค”
Adakah anda melayan isteri dengan baik?๐Ÿค”
Dengan penuh kasih sayang?๐Ÿค”
Kalau tidak,
Sini saya jahit macam kat mulut anda.๐Ÿ˜Œ
Biar tau rasanya apa.๐Ÿ˜Œ
Jadi jangan semena-mena mulutnya cakap kasar ke isteri.๐Ÿ˜
Atau ke telapak tangan, hinggap berbekas ke badan isteri.๐Ÿ˜
Kalau ada cara buat pahala yang mudah,
Cuma cukup dengan berkata dan berperilaku baik pada isteri dalam melayaninya,
Kenapa tak mau?๐Ÿ˜•
Kamu fikir badannya terbuat dari besi?๐Ÿ˜Œ
Kamu Berani hadapi neraka yang berisi api?๐Ÿ˜Œ

LIKE :
โ€”> KICO Baby Center - Kidz Collection Corner.
โ€”> Kekabu KICO - Pengeluar Tilam Kekabu Bayi Home-Made #1 Malaysia

Kredit : Kita Funmakers.

Address

Pasir Mas
17030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diary Ibu Mengandung & Si Comel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Diary Ibu Mengandung & Si Comel:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram