06/10/2021
"..MITOS/SALAHFAHAM Berkenaan Berbekam/ Al Hijamah/ Cupping.."
Menurut pengalaman (masih belajar) kami sebagai jurubekam aktif selama hampir 10 tahun, banyak pernyataan berkaitan bekam yang kami peroleh daripada pelanggan agak kurang tepat & memerlukan pembetulan.
Perkara-perkara ini agak merisaukan kerana pernyataan & pengetahuan yang salah akan membawa kepada hasil,arah,kefahaman yang salah.
Menjadi tanggungjawab kami sebagai jurubekam untuk membetulkan kesalahfahaman masyarakat terutama kepada yang aktif berbekam untuk mengetahui fakta sebenar berkenaan bekam. Semoga perkongsian ini mendapat keberkatan dari Allah & memberi manfaat kepada semua. Amin.
BAHAGIAN 1 (Darah berketul)
Darah berketul (jelly) terhasil dari proses berbekam adalah antara yang terkenal & selalu mendapat perhatian daripada pelanggan kami. Menurut mereka, itu tandanya darah kita teruk & bermasalah.
Komponen dalam Darah
1- Sel darah merah
2- Sel darah putih
3- Platelet (trombosit)
4- Plasma darah
Penerangan Ringkas Proses Pembekuan Darah
▪️Semasa proses melukakan kulit berlaku (bekam), pengecutan salur darah turut berlaku. ▪️Pembekuan darah akan berlaku bagi menghalang pendarahan berlebihan, mencegah kemasukan bakteria & mengekalkan tekanan darah.
▪️Proses ini melibatkan tindakbalas platelet yang tergumpal, sel yang rosak, & faktor pembeku di dalam plasma darah
Kesimpulannya, darah yang berketul (jelly) adalah NORMAL & proses tindakbalas ini sangat penting kepada tubuh kita.
Disclaimer Alert
Kami di Pusat Bekam Tendong akan menarik balik pernyataan kami & memohon maaf sekiranya ada kajian berilmiah/dalil/bukti saintifik(makmal) yang menyatakan sebaliknya.