30/11/2020
Apa yang ada dalam Minyak Habbatussauda?
.
Dalam habbatussauda ada thymoquinone, omega 6, 9 dan cymene.
Dalam Habbatussauda mempunyai bahan aktif yang dipanggil thymoquinone
Thymoquinone ini kaya dengan antioksida.
Peranan utama antioksida adalah melawan radikal bebas, radikal bebas ini terhasil daripada pemakanan yang tidak sihat seperti makanan berproses, makanan segera dan persekitaran seperti asap rokok.
Antioksida ini yang akan melindungi daripada kerosakan sel dalam badan.
Sifat anti-radang p**a melindungi sel tau organ daripada berlakunya keradangan. Sifat anti-keradangan ini dapat menurunkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan diabetes.
Antara punca keradangan:
- Meningkat usia
- Berat badan yang berlebihan
- Merokok
- Makanan yang tinggi lemak dan gula
- Tekanan
- Tidur yang tidak mencukupi
Kedua, ada 50% asid linoleic yang mengandungi omega 6 iaitu lemak asid yang penting (essential) kerana badan tidak dapat menghasilkan omega 6.
Fungsi omega 6 adalah membantu menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL
Ketiga, ada asid oleic iaitu omega 9 (non-essential) kerana badan sendiri boleh hasilkan omega 9. Tetapi pengambilan omega 9 akan beri kesan yang positif kepada kesihatan.
Omega 6 dan 9 ini juga bersifat anti radang.
Keempat cymene p**a komponen yang boleh melawan kesakitan dan keradangan dalam badan
Secara kesimp**an, dalam habbatussauda mempunyai sifat yang sangat penting seperti antioksida dan sifat anti radang bagi memberikan kesan terapeutik kepada kesihatan.
Jadi, makanan yang tinggi antioksida dan bersifat anti radang ini sangat penting bagi mengurangkan risiko penyakit kronik.
Sumber:
https://www.healthline.com/nutrition/black-seed-oil