Wellness Hub Muallim

Wellness Hub Muallim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wellness Hub Muallim, Health & Wellness Website, Wellness Hub Muallim, Jln Raja Itam, Tanjong Malim, Perak.

Wellness Hub merupakan pusat sehenti (one stop centre) yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan dan kesihatan yang komprehensif dan bersepadu kepada komuniti setempat.

Alhamdulillah, Program Kunjungan dari Pejabat Kesihatan Daerah Manjung bersama COMBI ke Wellness Hub Muallim pada 11 Apr...
13/04/2026

Alhamdulillah, Program Kunjungan dari Pejabat Kesihatan Daerah Manjung bersama COMBI ke Wellness Hub Muallim pada 11 April 2026 (Sabtu) telah berlangsung dengan lancar dan jayanya.

Delegasi dari Pejabat Kesihatan Daerah Manjung diketuai oleh Dr. Norbaizura Binti Saidin, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, bersama Puan Wong Lay Keong, Pengerusi COMBI Manjung.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mohd Syazwan, Pembantu Kesihatan Awam, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Sandrakalaa a/p Sewaguru selaku Penyelaras Wellness Hub Muallim.

Seterusnya, para peserta telah menyertai aktiviti Senaman Chairobic yang dikendalikan oleh Puan Aszizi Bt Ishak, Fisioterapis KKTM, yang memberi penekanan kepada kepentingan aktiviti fizikal dalam mengekalkan kesihatan.

Program diteruskan dengan Taklimat Kebersihan Persekitaran yang disampaikan oleh Puan Salawati Bt Mohd Razali, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran PKD Muallim. Seterusnya, Taklimat Perkhidmatan Wellness Hub Muallim turut disampaikan oleh Puan Sandrakalaa a/p Sewaguru bagi memberi pendedahan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan.

Ucapan turut disampaikan oleh Puan Nuzul, Pegawai Pendidikan Kesihatan dari PKD Manjung yang merakamkan penghargaan serta menyokong usaha penganjuran program seumpama ini.

Para peserta juga berpeluang melawat fasiliti Wellness Hub Muallim serta menjalani saringan kesihatan menggunakan analisis InBody bagi menilai komposisi tubuh badan sebagai langkah awal ke arah amalan gaya hidup sihat.

Sebagai tanda penghargaan, sesi penyampaian sijil turut diadakan sebelum program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari dan bersurai.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Ucapan terima kasih juga kepada ahli COMBI Felda Sungai Behrang yang hadir mewakili COMBI Daerah Muallim atas sokongan dan komitmen yang diberikan.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkukuh tahap kesihatan komuniti secara berterusan.

πŸ”₯πŸ’ƒ ZUMBA BESTIE CLASS 2026 – MEMANG PADU!πŸ’ƒπŸ”₯10 April 2026 (Jumaat) menjadi saksi kemeriahan Zumba Bestie Class bersama Zi...
13/04/2026

πŸ”₯πŸ’ƒ ZUMBA BESTIE CLASS 2026 – MEMANG PADU!πŸ’ƒπŸ”₯

10 April 2026 (Jumaat) menjadi saksi kemeriahan Zumba Bestie Class bersama Zin Qinna yang berlangsung di Ruang Senam Serambi Santai Sihat Wellness Hub Muallim dari jam 5.30 petang hingga 6.30 petang.

Seramai 20 peserta telah turun padang, membuktikan semangat luar biasa dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan rentak muzik yang bertenaga dan gerakan yang padu, setiap peserta memberikan komitmen terbaik berpeluh, tersenyum dan enjoy sampai habis sesi! πŸ”₯

Bukan sekadar senaman, tapi platform untuk lepaskan stres, tambah tenaga dan eratkan silaturahim sesama komuniti. Memang bestie vibes habis! πŸ’―

Teruskan sokongan anda ,jom kekal aktif, sihat dan bersemangat bersama Wellness Hub Muallim! πŸ’ͺ🌿

6 April 2026Aerodance warga emas di Wellness Hub Muallim.Pagi penuh ceria di Muallim! β˜€οΈWarga emas turun padang, menari ...
10/04/2026

6 April 2026
Aerodance warga emas di Wellness Hub Muallim.

Pagi penuh ceria di Muallim! β˜€οΈ
Warga emas turun padang, menari Aero Dance dengan penuh semangat dan gaya tersendiri πŸ’ƒβœ¨

Setiap langkah bukan sekadar gerakan, tapi simbol kesihatan, kegembiraan dan kebersamaan 🀍

Terus aktif, terus bahagia! πŸ™Œ

Latihan Kecergasan Program Intervensi Pengurusan Berat Badan IFitEr Komuniti Muallim  Siri 1/2026.Tarikh : 9 April 2026 ...
10/04/2026

Latihan Kecergasan Program Intervensi Pengurusan Berat Badan IFitEr Komuniti Muallim Siri 1/2026.

Tarikh : 9 April 2026 (Khamis).
Tempat : Wellness Hub Muallim.
Bil. Kehadiran : 15 peserta.
Aktiviti :
1. Kardiovaskular
Lari 12minit

2.Upper Body
- bent over row
- shoulder tap

3.Lower Body
- heel touch
- glute bridge

4.Core
- leg raise
- mountain climber






Sertai Zumba Bestie Class di Wellness Hub Muallim bersama Zin Qinna! 🎢πŸ”₯Ajak kawan-kawan sekali, lagi best kita berzumba ...
08/04/2026

Sertai Zumba Bestie Class di Wellness Hub Muallim bersama Zin Qinna! 🎢πŸ”₯
Ajak kawan-kawan sekali, lagi best kita berzumba ramai-ramai!
πŸ“… 10 April 2026 (Jumaat)
⏰ 5.30 – 6.30 petang
πŸ“ Wellness Hub Muallim, Jln Raja Itam, Tg Malim
Tak kira beginner atau dah biasa, semua dialu-alukan! πŸ’ͺ😊
Jom keluarkan peluh sambil enjoy muzik dan gerakan Zumba!
πŸ“²Jom daftar sekarang!
πŸ“ž 016-2444248 (Sandra)

πŸ’ƒ Nak sihat? Nak seronok? πŸ˜„Jom join!πŸ”₯ KELAS ZUMBA BESTIE πŸ”₯Gerak, gelak & bakar kalori bersama!πŸ“… 3 April 2026 (Jumaat)⏰ 5...
01/04/2026

πŸ’ƒ Nak sihat? Nak seronok? πŸ˜„
Jom join!

πŸ”₯ KELAS ZUMBA BESTIE πŸ”₯
Gerak, gelak & bakar kalori bersama!

πŸ“… 3 April 2026 (Jumaat)
⏰ 5.30 – 6.30 petang
πŸ“ Wellness Hub Muallim

πŸ‘―β€β™€οΈ Ajak kawan sekali , lagi ramai lagi meriah!
πŸ’₯ Tak perlu pengalaman, semua boleh join!
FREE JE ?????

πŸ“² Daftar segera!

Saringan InBody bagi menilai komposisi tubuh sebagai panduan awal ke arah amalan gaya hidup sihat telah berjaya dilaksan...
26/03/2026

Saringan InBody bagi menilai komposisi tubuh sebagai panduan awal ke arah amalan gaya hidup sihat telah berjaya dilaksanakan sempena Program Semarak Aidilfitri Street pada 18 Mac 2026 (Rabu).

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yang hadir, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemantauan kesihatan dan pengamalan gaya hidup sihat.

26/03/2026
Salam Warga Muallim! πŸ‘‹ Nak tahu cara paling mudah dan cepat untuk menempah slot temu janji di Wellness Hub Muallim? πŸ₯Kin...
25/03/2026

Salam Warga Muallim! πŸ‘‹ Nak tahu cara paling mudah dan cepat untuk menempah slot temu janji di Wellness Hub Muallim? πŸ₯

Kini anda boleh booking slot perkhidmatan kesejahteraan kami terus melalui aplikasi MySejahtera! πŸ“² Tak perlu lagi menunggu lama.

Ikuti panduan 5 langkah mudah seperti di dalam infografik:

1️⃣ πŸ—“οΈ Tekan 'APPOINTMENT'.
2️⃣ πŸ‘€ Pilih profil 'NAMA ANDA'.
3️⃣ πŸ₯ Pilih 'HEALTH WELLNESS SERVICES'.
4️⃣ πŸ“ Pilih Fasiliti: 'WELLNESS HUB MUALLIM'.
5️⃣ βœ… Pilih tarikh dan masa slot yang anda inginkan.

Jom mulakan langkah ke arah gaya hidup yang lebih sihat! Tempah slot anda sekarang dan jumpa kami di Wellness Hub Muallim. πŸ’ͺπŸ’¨

Wellness Hub Muallim, di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia & Agenda Nasional Malaysia Sihat.

Salam warga Muallim! πŸ‘‹ Nak tahu cara mudah untuk dapatkan khidmat kesihatan di Wellness Hub Muallim? πŸ₯Kini semuanya di h...
25/03/2026

Salam warga Muallim! πŸ‘‹ Nak tahu cara mudah untuk dapatkan khidmat kesihatan di Wellness Hub Muallim? πŸ₯

Kini semuanya di hujung jari (atau pun boleh datang terus)! Ada 2 cara mudah untuk anda sertai kami:

1️⃣ Walk-in sahaja: Terus ke Wellness Hub dan berjumpa dengan pegawai kami yang sedia membantu.
2️⃣ Imbas Kod QR MySejahtera: Tempah slot anda dengan lebih cepat dan teratur melalui aplikasi MySejahtera.

Jom mulakan langkah ke arah gaya hidup lebih sihat hari ini! πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
πŸ“ž 016 244 4248 (Sandra)

25/03/2026

Moh Dengorkan Bual Bicara Fit Sihat di Saluran Radio Perak FM

Tarikh: 24 Mac 2026
Masa : 10.10 pagi

25/03/2026

JOM CUBA RESIPI AIR SIHAT DI HARI RAYA! ✨

Lengkapkan hidangan raya anda dengan minuman yang bukan sahaja menyegarkan, malah lebih sihat. Air limau pudina dan timun ini sesuai diminum ketika cuaca panas untuk membantu kekal hidrasi sepanjang sambutan.

Rendah kalori, kurang gula dan kaya dengan vitamin C β€” pilihan yang lebih baik untuk anda dan tetamu. Penyediaannya juga mudah, bahan pun ringkas, memang sesuai dijadikan hidangan di hari raya.

Nota: Boleh ubah suai mengikut citarasa, namun disarankan agar tidak terlalu manis πŸ˜‰

Selamat mencuba! πŸŒΏπŸ‹

Address

Wellness Hub Muallim, Jln Raja Itam, Tanjong Malim
Perak
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
15:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Muallim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share