25/06/2021
Masih ramai yang keliru tentang perbezaan insurans dan takaful.
Mari saya kongsikan punca UTAMA kenapa takaful halal/harus dan insurans haram meskipun kedua-duanya melabur dalam industri yang patuh syariah.
Jawapannya adalah AKAD. Akad adalah perkara akar/asas yang memainkan peranan penting dalam menentukan halal atau haram dalam takaful dan insurans.
Akad dalam takaful adalah akad TABARRU'. Tabarru' dalam bahasa arab bermaksud sumbangan, kebajikan, atau derma (sedekah).
Bahasa mudahnya akad tabarru' ialah transaksi yang dilakukan dengan tujuan tolong-menolong dalam rangka membuat kebajikan tanpa mengharapkan imbalan.
Dalam takaful kita menggunakan konsep bersedekah/menderma. Bayaran bulanan kita, BUKAN dipanggil bayaran tetapi dipanggil CARUMAN atau SUMBANGAN kerana ianya sedekah atau derma.
Kita menderma dengan harapan kita membantu orang lain sewaktu susah, dan kita berharap orang lain juga membantu kita apabila kita sendiri ditimpa musibah.
Berbeza dengan insurans, insurans menggunakan akad TIJARAH yang mana berkait rapat dengan akad perdagangan (konsep jual beli) yang bertujuan untuk mendapat keuntungan (komersial).
Dalam hukum jual beli, kedua-dua penjual dan pembeli mesti mengetahui jelas keadaan barang dibeli, bila akan dihantar dan sebagainya.
Dalam kes insurans, kita tak tahu bila kita akan dapat โbarangโ atau manfaat tersebut. Dengan sebab inilah insurans diharamkan sebab ada unsur gharar (ketidakpastian).
Belum lagi cerita bab riba dan maisir (perjudian) yang mana kesemuanya adalah mengakibatkan dosa besar jika kita terlibat dengannya.
"Laa, beza akad je pun."
Walaupun nampak remeh sahaja bab AKAD ni tapi sebenarnya ia sangat penting dalam menjadikan sesuatu itu halal atau haram.
Saya beri analogi paling mudah.
Dengan akad nikah, wanita dan lelaki menjadi halal untuk bersama. Tanpa akad nikah, mereka menjadi haram bersama (zina dan berdosa besar). Betul tak?
Sekarang tuan puan, jelas tak perbezaannya? ๐
Nak tak bantu orang sepanjang masa? Duit kita ni sentiasa digunakan untuk bantu orang lain? Hari ni kita bantu orang, esok bila kita ditimpa musibah, orang lain p**a bantu kita. MasyaAllah. ๐
Kalau nak, jom sertai Takaful sekarang!
Nur Amirah
Perunding Takaful
Etiqa Family Takaful Berhad
Business Account