16/08/2023
Pernakah tiba tiba jari telunjuk anda rasa melekat dan terasa sakit ketika hendak meluruskan jari, ketahuilah bahawa mungkin anda mengalami simptom simptom Jari Picu atau 'Trigger Finger'.
JARI PICU KESAN GANGGUAN TENDON ATAU 'TRIGGER FINGER'.
1. Apakah itu?
Disebabkan gangguan daripada kesan benjolan pada urat tendon seterusnya mengganggu pergerakan pada jari. Pergerakan jari tidak lancar atau terlekat.
2. Punca Jari Picu
Antara punca Jari Picu ia lah pergerakkan yang berulang kali dan kecederaan. Tekanan serta penyakit degeneratif tulang juga menyumbang kepada peningkatan insiden Trigger Finger di tangan yang dominan.
3. Gejala Jari Picu
a) Sakit di pangkal jari atau ibu jari yang terjejas, sangkut di dalam kedudukan yang bengkok
b) Bunyi ‘pop’ apabila meluruskan jari.
c) Satu nodul (pertumbuhan yang kecil atau ketulan tisu) pada pangkal jari atau ibu jari yang terjejas
d) kekejangan jari atau ibu jari yang terjejas, terutamanya pada waktu pagi. Lama kelamaan ia mungkin sukar untuk meluruskan jari atau ibu jari dan ia terus dalam kedudukan yang bengkok.
4. Diagnosis
Keadaan jari yang berbunyi dan sangkut dalam posisi bengkok sudah boleh diagnosis sebagai Jari Picu. Walau bagaimanapun, diagnosis Jari Picu boleh disahkan oleh ahli fisioterapi atau doktor, yang akan memeriksa jari dan tangan anda dengan sempurna.
Buat tempahan janji temu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Jika anda mengalami mana-mana simptom Jari Picu, hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Perkhidmatan Ortopedik kami di Hospital Canselor Tuanku Muhriz PPUKM.
Aras Bawah, Blok Klinikal,
Hospital Canselor Tuanku Muhriz,
Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak,
Cheras 56000 Kuala Lumpur.
URUSAN KLINIK TANGAN
Isnin
Sesi Petang : 2.00 petang – 5.00 petang
Selasa
Sesi Pagi : 8.00 pagi – 12.15 tengahari
Pertanyaan dan temujanji
03-91457330 / 7333