Hospital Pontian, Johor

Hospital Pontian, Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Pontian, Johor, Medical and health, Hospital Pontian, Pontian.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga kerja Hospital Pontian serta seluruh u...
20/03/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga kerja Hospital Pontian serta seluruh umat Islam di Malaysia.

Semoga Aidilfitri yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan serta mengeratkan lagi silaturahim sesama kita

Ikhlas daripada
Pengarah Hospital & Seluruh Warga Kerja
Hospital Pontian





20/03/2026

šŸŒ™ SALAM AIDILFITRI DARIPADA HOSPITAL PONTIAN šŸŒ™

MAJLIS IFTAR PERDANA HOSPITAL PONTIAN 1447H / 2026Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Iftar Perdana H...
19/03/2026

MAJLIS IFTAR PERDANA HOSPITAL PONTIAN 1447H / 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Iftar Perdana Hospital Pontian pada 17 Mac 2026 bersamaan 27 Ramadan 1447H bertempat di Dewan Sri Tanjung.

Program ini menghimpunkan warga kerja Hospital Pontian dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan, di samping menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan yang mulia. Pengisian majlis turut melibatkan bacaan tahlil serta solat berjemaah, sebagai tanda kesyukuran dan doa memohon keberkatan buat seluruh warga hospital.

Semoga program seumpama ini dapat terus mengeratkan silaturrahim serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja.

ā€œHospital Pontian Teguh Berdiri, Terus Berbakti, Tetap Dihatiā€


PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERINGKAT HOSPITAL PONTIAN 1447H / 2026Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program K...
19/03/2026

PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERINGKAT HOSPITAL PONTIAN 1447H / 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Khatam Al-Quran Peringkat Hospital Pontian pada 17 Mac 2026 bersamaan 27 Ramadan 1447H.

Program ini merupakan pengisian rohani sepanjang bulan Ramadan yang melibatkan warga kerja Hospital Pontian dalam usaha menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran serta menghayati keberkatan bulan yang mulia ini.

Semoga segala amalan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan serta kesejahteraan buat semua.

ā€œHospital Pontian Teguh Berdiri, Terus Berbakti, Tetap Dihatiā€


*SALAM TAKZIAH*Seluruh warga kerja Hospital Pontian merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Puan Fazlind...
16/03/2026

*SALAM TAKZIAH*

Seluruh warga kerja Hospital Pontian merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Puan Fazlinda binti Mohd Yusof, Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Hospital Pontian yang telah kembali ke rahmatullah pada 15 Mac 2026 (Ahad).

Allahyarhamah telah memulakan perkhidmatan beliau di Hospital Pontian sejak 17 September 2009 dan telah menghembuskan nafas terakhir beliau juga di Hospital Pontian. Segala jasa serta khidmat bakti beliau akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga hospital.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

ā€œHospital Pontian Teguh Berdiri, Terus Berbakti, Tetap Dihatiā€


*Program Penyerahan Bungkusan Hari Raya Kepada PesakitHospital Kerajaan Daerah PontianTahun 2026M / 1447H*Alhamdulillah ...
13/03/2026

*Program Penyerahan Bungkusan Hari Raya Kepada Pesakit
Hospital Kerajaan Daerah Pontian
Tahun 2026M / 1447H*

Alhamdulillah pada hari ini 13 Mac 2026 telah berlangsung dengan jayanya Program Penyerahan Bungkusan Hari Raya kepada pesakit di Hospital Daerah Pontian yang dianjurkan bersama Pejabat Kadi Daerah Pontian yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Kamaludin Bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian.

Penyerahan bungkusan Hari Raya kepada para pesakit telah diketuai oleh Tuan Pegawai Daerah Pontian dan isteri serta barisan ketua jabatan yang turut hadir dari Pejabat Kadi Daerah Pontian, Majlis Agama Islam Johor dan Pentadbir Tanah Daerah Pontian.

Semoga sumbangan kecil ini dapat menceriakan para pesakit yang sedang menerima rawatan serta memberi sedikit kegembiraan menjelang sambutan Hari Raya.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.





*Program Bubur Lambuk Hospital Mesra Ibadah Kluster Johor Selatan 2026* Program ini telah diadakan pada hari ini 6 Mac 2...
06/03/2026

*Program Bubur Lambuk Hospital Mesra Ibadah Kluster Johor Selatan 2026*

Program ini telah diadakan pada hari ini 6 Mac 2026 bersamaan 18 Ramadan 1447H bertempat di Hospital Pontian bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor & Kluster Johor Selatan yang telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr Haji Mokhtar Bin Pungut@Hj Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Program ini dianjurkan sebagai salah satu pengisian aktiviti sepanjang bulan Ramadan bagi menyemarakkan konsep Hospital Mesra Ibadah, di samping memupuk semangat kerjasama, kebersamaan dan ukhuwah dalam kalangan warga kerja kesihatan.

Melalui program ini, aktiviti penyediaan bubur lambuk dilaksanakan secara gotong-royong sebelum diagihkan kepada semua kakitangan dan pesakit sebagai tanda keprihatinan dan perkongsian keberkatan bulan Ramadan.

Semoga penganjuran program seumpama ini dapat terus memperkukuh nilai kebersamaan serta budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga kesihatan.





*Program Bubur Lambuk Perdana Peringkat Daerah Pontian 2026* Program ini telah diadakan dengan jayanya pada 5 Mac 2026 b...
06/03/2026

*Program Bubur Lambuk Perdana Peringkat Daerah Pontian 2026*

Program ini telah diadakan dengan jayanya pada 5 Mac 2026 bersamaan 17 Ramadan 1447H bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Pontian.

Program ini merupakan inisiatif yang menghimpunkan jabatan-jabatan kerajaan serta badan-badan berkanun di Daerah Pontian dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan melalui aktiviti gotong-royong penyediaan bubur lambuk.

Penganjuran program ini bukan sahaja menyemarakkan suasana Ramadan, malah turut memperkukuh hubungan kerjasama, semangat kebersamaan serta silaturahim antara agensi kerajaan di daerah ini.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam memperkukuh lagi semangat muafakat dan kerjasama antara agensi demi kesejahteraan masyarakat.




06/03/2026

PERASMIAN PROGRAM BUBUR LAMBUK HOSPITAL MESRA IBADAH KLUSTER SELATAN JOHOR TAHUN 2026

Address

Hospital Pontian
Pontian
82000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Pontian, Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Pontian, Johor:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram