Klinik Mediviron, Bandar Puteri

Klinik Mediviron, Bandar Puteri Medical Clinic in Puchong provide quality medical care from caring and qualified doctors
Supreme Medicare Sdn Bhd. Company no: 907977H

12/11/2025
Illegal For Pharmacists To Administer Vaccines: Health DG
25/10/2025

Illegal For Pharmacists To Administer Vaccines: Health DG

DG Mahathar says pharmacists are barred from administering vaccines, citing Acts 586, 366, and 50. Vaccination can only be carried out by registered medical practitioners. Any workshop implying that pharmacists can legally vaccinate may mislead the public.

19/10/2025

TIADA KIT SELF-TEST INFLUENZA DILULUSKAN OLEH MDA

Perhatian kepada semua pekerja dan majikan.
Akhir-akhir ini, semakin banyak kit ujian kendiri Influenza dijual di pasaran dan secara dalam talian.

Namun perlu diingat, setakat ini tiada kit self-test Influenza yang diluluskan oleh Medical Device Authority (MDA) untuk kegunaan orang awam.

Diagnosis Influenza hanya boleh disahkan oleh doktor, berdasarkan penilaian klinikal dan ujian makmal yang sah.

Anda tidak boleh mengesahkan diri dijangkiti Influenza hanya berdasarkan keputusan kit yang dibeli di Shopee atau dalam talian.

Tiada test kendiri Influenza sebab diagnosis tak cukup hanya dengan keputusan kit.
Doktor perlu buat penilaian menyeluruh termasuk tahap gejala, sejarah kesihatan, dan sama ada perlu ubat antiviral atau rujukan lanjut.

Tanpa pemeriksaan rapi, rawatan boleh jadi tersilap atau tertangguh.

21/09/2025
18/09/2025

Earn 1 CPD Today

03/09/2025

Mary Mallon, seorang gadis Ireland sederhana, merantau ke Amerika pada usia remaja. Dia ditempatkan sebagai tukang masak di rumah-rumah berada New York. Masakannya sedap, reputasinya melonjak tetapi sayangnya, ia datang bersama penyakit tersembunyi.

Mary kelihatan sihat pipinya merah, langkahnya laju, tidak pernah rebah dengan demam. Tetapi di dalam tubuhnya, tersembunyi rahsia yang lebih dahsyat daripada senjata mana-mana penjahat.

Pundi hempedu Mary ibarat sebuah dapur kecil untuk kuman. Di situlah Salmonella typhi bersembunyi, beranak-pinak dalam senyap.

Mary tidak merasa apa-apa tiada sakit kepala, tiada cirit-birit. Sistem imunnya menahan gejala, tetapi tidak pernah berjaya menghapuskan musuh itu.

Setiap kali Mary ke tandas, bakteria itu keluar bersama najisnya. Dan kerana dia jarang mencuci tangan, kuman itu berpindah diam-diam ke senduk, ke adunan, ke salad segar dan aiskrim buatan tangan yang disajikan di meja makan.


Jejak Kematian Rumah-Rumah yang Dihantui Penyakit

Tahun 1906, Dr. George Soper menjejaki satu wabak pelik. Tifoid biasanya menyerang orang miskin, tetapi kali ini menular di kalangan orang berada.

Dr. George Soper mengesan corak menakutkan: di antara 8 keluarga yang diupah Mary bekerja, 7 mengalami wabak tifoid tidak lama selepas kehadirannya, dan sekurang-kurangnya 3 kematian disahkan akibat tifoid

Di Mamaroneck, hanya dua minggu selepas Mary mula memasak, seisi rumah jatuh demam. Di Manhattan, seorang pembantu rumah meninggal. Di Oyster Bay, enam daripada sebelas orang terbaring sakit. Corak aneh berulang: Mary datang, keluarga jatuh sakit, ada yang mati


Penyiasatan Dr. Soper

Doktor George Soper, seperti detektif tanpa pistol, mengesan Mary. Peta kes tifoid di New York menunjukkan namanya berulang di alamat-alamat berbeza.

Dr. Soper: “Mary, saya perlukan sampel najis awak untuk ujian.”

Mary: “Apa?! Saya sihat! Awak tuduh saya bawa penyakit?!”

Dr. Soper: “Ini penting. Nyawa ramai orang terancam.”

Mary: (menghunus pisau daging) “Berambus! Saya takkan bagi apa-apa!”

Namun Mary berkeras.

Mary: “Saya bukan pembawa penyakit! Ini semua fitnah kerajaan!”

Beberapa hari kemudian, dengan bantuan polis dan jururawat, sampel Mary diambil. Ujian makmal mengesahkan pundi hempedunya dipenuhi Salmonella typhi.

Di sinilah rahsia Mary terbongkar.

Mary ialah pembawa sihat (asymptomatic carrier). Sistem imunnya cukup kuat untuk menahan demam dan sawan, tetapi tidak mampu memusnahkan bakteria. Kuman itu memilih bersembunyi di pundi hempedu, membiak dalam senyap, keluar bersama najis setiap hari.

Kerana Mary jarang membasuh tangan, bakteria itu berpindah ke senduk, ke salad segar, ke aiskrim buatan tangan. Mary tidak pernah sakit, tetapi masakannya menjadi racun.


Penjara Tanpa Jeruji Pengasingan dan “Pelepasan” yang Berbahaya

Setelah dijadikan tertuduh utama, Mary dipenjara di North Brother Island. Namun, pada 1910, dia dilepaskan dengan syarat: jangan lagi memasak dan patuhi kebersihan. Tapi cinta terhadap dapur lebih kuat dia tukar nama,
kembali memasak

Hospital Wanita Sloane, 1915: Mary memasak di sana secara sembunyi.

Akibatnya, 25 pesakit dijangkiti, dan jelas: 1 kematian disahkan secara langsung daripadanya . Setelah dijumpai, dia dikurung semula selama 23 tahun hingga akhir hayat.

Akhirnya, Mary dikurung seumur hidup di sebuah pulau.

Sendirian. Terasing.

Tahun 1938, dia meninggal akibat radang paru-paru.

Bedah siasat mendedahkan rahsia terakhir: bakteria masih hidup segar dalam tubuhnya.
Mary tidak pernah benar-benar bebas.

Typhoid Mary.
Wanita yang sihat di mata manusia, tetapi membawa maut dalam diam.
Kisahnya jadi amaran: kadang kala, bahaya datang dari mereka yang kelihatan paling sihat.

Hari ini kita ada pilihan.
👉 Suntikan tifoid untuk pengendali makanan.
👉 Basuh tangan sebelum menyentuh makanan.
👉 Jaga kebersihan dapur.

Kerana sekali kita lalai, bukan hanya pelanggan yang sakit. Mungkin anak kecil yang menanti kita di rumah, suami atau isteri yang percaya pada kita, ibu ayah yang sudah tua.

Setitis kuman boleh meragut nyawa,
tapi secalit usaha menjaga kebersihan mampu menyelamatkan banyak jiwa.

Ambillah suntikan tifoid. Basuhlah tangan. Jagalah dapur.
Kerana kasih sayang kita pada keluarga bermula dari makanan yang selamat.

https://shorturl.at/bsma7
29/08/2025

https://shorturl.at/bsma7

Dr James Jeremiah tells MOH to take action against pharmacies that encroach into doctors' territories by providing clinical investigations that demand deep medical knowledge, like atrial fibrillation screenings, full lipid profiles, HbA1c testing etc.

Address

66 Jalan Puteri 5/1, Bandar Puteri Puchong (Supreme Medicare Sdn Bhd. Company No: 907977H)
Puchong
47100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Mediviron, Bandar Puteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Mediviron, Bandar Puteri:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram