MPP SMKA AL-Mashoor(L)

MPP SMKA AL-Mashoor(L) Page Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SMK Agama Al-Mashoor (Lelaki ) . Dahulunya dikenali sebagai Badan Tertinggi Pelajar (BTP) .

Al-Mashoor Lelaki : Disini Pemimpin Dilahirkan

Dimulakan dengan perarakan mengikut tingkatan. Perarakan diketuai oleh  Ketua BADAR, Saudara Hariz bin Jamil dari dewan ...
28/01/2020

Dimulakan dengan perarakan mengikut tingkatan. Perarakan diketuai oleh Ketua BADAR, Saudara Hariz bin Jamil dari dewan sekolah ke asrama dan kemudian selepas maghrib diadakan ceramah maulid nabi.

Diadakan setiap hari ahad, di dataran yang dahulunya padang. Roll call dikendalian exco MPP dan di bawah seliaan Jemaah ...
28/01/2020

Diadakan setiap hari ahad, di dataran yang dahulunya padang. Roll call dikendalian exco MPP dan di bawah seliaan Jemaah Warden.

Jangan lupa buku kuning !

27/01/2020

Mahukah kalian jika saya upload gambar-gambar di dalam simpanan saya sewaktu menjadi MPP?

NOTA : Dahulunya dikenal sebagai Badan Tertinggi Pelajar(BTP), tahun 2012 dinaiktaraf menjadi Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) dan kemudian diubah nama menjadi Majlis Tertinggi Pelajar Asrama(MTPA) bermula pada tahun 2013.

-Naim Almashoori, YDP MPP 2012-

06/05/2018

Masih banyak lagi gambar aktiviti pada tahun 2012. Anda nak tengok?

18/12/2012

assalamualaikum semua
Doakan adik2 kita cemerlang dalam PMR esok
kebaikan utk diri,keluarga dan sekolah
bangga jadi warga SMK Agama Al-Mashoor (L)
pandu ke persada mutiara
ALLAHUAKBAR

Tarikh pengambilan Keputusan peperiksaan PMR ialah pada 19 Disember 2012 iaitu pada hari Rabu selepas jam 11 pagi.Minta ...
14/12/2012

Tarikh pengambilan Keputusan peperiksaan PMR ialah pada 19 Disember 2012 iaitu pada hari Rabu selepas jam 11 pagi.Minta kepada semua pelajar agar berpakaian dengan kemas dan sopan.Semoga kecemerlangan menjadi milik kita !

04/12/2012

INNALILLAH. ex penolong kanan pentadbiran ENCIK NAZIAR MD ISA telah kembali ke rahmatullah pada malam tadi jam 10pm di hospital pulau pinang.SEMUGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA MEREKA YANG DIKASIHI ALLAH. AL-FATIHAH.

12/11/2012

Saf Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SMK Agama Al-Mashoor(Lelaki) Sesi 2011/2012 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Al-Mashoor(L) atas sokongan yang baik dan seribu kemaafan kepada semua atas kekhilafan yang kami lakukan sama ada secara sengaja atau tidak.Kami juga berbesar hati dan menyokong penuh senarai exco MPP sesi 2012/2013 yang bakal mengemudi jentera pentadbiran pelajar asrama pada tahun hadapan.Besar harapan kami agar kecemerlangan Al-Mashoor(L) diteruskan dan diharap momentum perubahan akan dilaksanakan agar Al-Mashoor(L) terus dengan misi melahirkan pemimpin yang bercorak teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Secara beransur-ansur,saya akan menyerahkan pengurusan 'page' ini kepada exco-exco MPP yang baru.Tunggu isyarat dan pemberitahuan yang akan diumumkan kelak.

Selamat maju jaya !

-YDP MPP 2012-

16/09/2012

in the other way,islam will be stand strongly if the followers having their dawn prayer together..:)

huhu,whoever we are,we still MASHOORIAN...!!!!!!!!!!!
secretary of mpp 12,huuhu

28/05/2012

Assalamualaikum w.b.t....
selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar2 smka Al-Mashoor (L)

30/04/2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Lujnah Al-Muhadhorah SMKA Al-Mashoor (L) akan mengadakan 'Majlis Pelancaran Lujnah Al-Muhadhorah' bagi sesi 2012 pada Rabu, 2 Mei 2012 bertempat di Surau As-Sharkoshi. Majlis yang gilang-gemilang tersebut akan bermula sekitar jam 8.00 mlm yang akan dirasmikan oleh ayahanda Tuan Pengetua. Antara kategori yang bakal dipersembahkan ke arah mencungkil bakat pelajar asrama ialah Tilawah Al-Quran, Sajak, Syarahan dan Kisah Para Anbiya'. Selain itu, persembahan Nasyid Sekolah, Marhaban, Pentomen dan Sketsa pelajar turut diadakan. Sehubungan dengan itu, para guru, warden asrama dan pelajar SMKA Al-Mashoor (L) dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Lujnah Al-Muhadhorah yang bakal diadakan ini. Allahua'lam.

Address

Asrama SMKA Al-Mashoor (Lelaki)
Pulau Pinang
10460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP SMKA AL-Mashoor(L) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram