Atta ur Rahman Institute for Natural Product Discovery

Atta ur Rahman Institute for Natural Product Discovery AuRIns
� Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery�

Directors:
2004-2010: Prof Dr Jean-Frederic Faisal Weber
2011-2013: Prof Dr Nor Hadiani Ismail
2013-2014: Dr Mohd Zulkefli Mat Jusoh
2014-2015: Prof Dr Mohd Ilham
2016-now: Prof Dr Nor Hadiani Ismail

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M✨🌙Syawal menjelang, membawa sinar kegembiraan dan keberkatan setelah sebula...
19/03/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M✨🌙

Syawal menjelang, membawa sinar kegembiraan dan keberkatan setelah sebulan kita menunaikan ibadah di bulan Ramadan.

Di kesempatan yang mulia ini, seluruh warga Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), UiTM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat islam.

Semoga Aidilfitri kali ini menyuburkan nilai keikhlasan, mengeratkan ukhuwah serta membawa kebahagiaan yang berpanjangan kepada kita semua.

✨ تقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنكُمْ، كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ ✨

Ikhlas daripada:
Pengarah dan seluruh warga AuRIns





Dear colleagues and researchers,🚀 Upgrade your laboratory and research skills!Atta-ur-Rahman Institute for Natural Produ...
17/03/2026

Dear colleagues and researchers,

🚀 Upgrade your laboratory and research skills!

Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), UiTM invites you to join our 3-Day Hands-On Workshop: Antioxidant Bioassay and Quantitative Techniques.

This intensive training provides practical experience with major antioxidant assays and phytochemical analysis, widely used in natural product, biological, nutraceutical, and pharmaceutical research.

📅 6 – 8 April 2026
⏰ 8:30 AM – 5:00 PM
📍 AuRIns, Level 9, FF3 Building, UiTM Puncak Alam

What you will gain
* Hands-on training in TPC & TFC, ABTS, DPPH, TAC, FRAP, PFRAP assays
* Practical techniques for phytochemical evaluation
* Skills in data analysis and interpretation
* Opportunity to test your own samples during the workshop

👨‍🔬 Expert Speakers
Assoc. Prof. Dr Sharifah Aminah Syed Mohamad
Dr Muneer Mohammed Saleh Alsayadi

💰 Fees
Students: RM400
UiTM Staff: RM600
Non-UiTM: RM750

⚠️ Only 25 seats available — secure your place early!

Register now at https://url-shortener.me/HIGU

We look forward to welcoming you to AuRIns for an engaging and impactful hands-on learning experience.

https://www.facebook.com/share/p/17AtN4A6he/?mibextid=wwXIfr
16/03/2026

https://www.facebook.com/share/p/17AtN4A6he/?mibextid=wwXIfr

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya ChM. Dr. Fatimah Salim atas pelantikan semula sebagai Pengarah di Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), berkuat kuasa 15 Mac 2026.

Semoga pelantikan ini terus membawa kecemerlangan kepada Fakulti Sains Gunaan dan AuRIns serta memperkukuh kepimpinan dalam memacu kecemerlangan akademik, penyelidikan dan inovasi. Semoga AurRIns terus maju di bawah kepimpinan yang berwibawa.



16/03/2026

Tahniah diucapkan kepada Profesor Madya ChM. Dr Fatimah Salim atas pelantikan semula sebagai Pengarah, Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), berkuat kuasa mulai 15 Mac 2026

Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
Atta ur Rahman Institute for Natural Product Discovery






Tahniah dan Syabas!Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya ChM Dr. Fatimah Salim, Institut Penyelidikan Sebatian S...
09/03/2026

Tahniah dan Syabas!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya ChM Dr. Fatimah Salim, Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), selaku Ketua Projek, bersama barisan ahli projek atas kejayaan menerima Geran Padanan (DUCS-M) Antarabangsa UiTM Cawangan Selangor melalui kerjasama bersama Universiti Hasanudin, Indonesia bagi tempoh dua (2) tahun.

Projek penyelidikan ini bertajuk:

“Bioprospecting Kuala Keniam (Malaysia) and Kajang (Indonesia) Plant Chemistry for Sustainable Product Development”

dengan jumlah geran sebanyak RM15,000.00.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan warga AuRIns dalam memperkukuh penyelidikan berimpak tinggi serta memperluas jaringan kolaborasi antarabangsa dalam bidang penemuan produk semulajadi dan pembangunan lestari.

Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan penyelidikan serta penghasilan inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan industri.

Sekalung tahniah kepada seluruh pasukan penyelidik yang terlibat. 👏







https://www.facebook.com/share/p/1CVqNuZH2g/?mibextid=wwXIfr
08/03/2026

https://www.facebook.com/share/p/1CVqNuZH2g/?mibextid=wwXIfr

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya ChM Dr. Fatimah Salim dan seluruh ahli projek atas kejayaan menerima Geran Padanan (DUCS-M) Antarabangsa berjumlah RM15,000 bagi tempoh dua tahun melalui kerjasama strategik bersama Universiti Hasanuddin, Indonesia.

Semoga kejayaan ini terus memperkukuh kecemerlangan penyelidikan serta jaringan kolaborasi antarabangsa. Syabas dan selamat maju jaya!



🌙 Salam Nuzul Al-Quran 1447H | 2026MSempena memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran, marilah kita bersama-sama menghayati ...
07/03/2026

🌙 Salam Nuzul Al-Quran 1447H | 2026M

Sempena memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran, marilah kita bersama-sama menghayati makna dan pengajaran daripada penurunan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan pedoman hidup bagi seluruh umat Islam.

Al-Quran merupakan sumber ilmu, panduan kehidupan serta cahaya yang membimbing manusia ke arah kebaikan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk mendekatkan diri kepada Al-Quran dengan membaca, memahami serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran kepada seluruh warga UiTM dan umat Islam.

Ikhlas daripada:
Pengarah dan seluruh warga
Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns)





🌱 INVEST IN SCIENCE. CREATE VALUE.AuRIns is raising RM100,000 for our Research Endowment Fund this year to🎓 empowering s...
27/02/2026

🌱 INVEST IN SCIENCE. CREATE VALUE.

AuRIns is raising RM100,000 for our Research Endowment Fund this year to

🎓 empowering students and scientific talent
🔬 advancing innovation in natural product research
🌱 ensuring the sustainability of national research

Your contribution is an investment in national scientific leadership! Every contribution counts.

💛 Donate here:
https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products/ED/14/6165

TAHNIAH DAN SYABASSekalung tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Disc...
27/02/2026

TAHNIAH DAN SYABAS

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), UiTM yang diketuai oleh Dr. Nur Ayunie Zulkepeli, bersama ahli projek Prof. Madya ChM Dr. Fatimah Salim, Kathleen J. Jalani, dan Nur Izyani Mohd Jamail , atas kejayaan menerima Geran Penyelidikan Swasta (PRI) 2026 berjumlah RM20,000.00 yang ditaja oleh Pertanian Bersih Sdn. Bhd.

Geran ini akan menyokong pelaksanaan projek bertajuk:
“Pembangunan Formulasi dan Produk Hiliran Berasaskan Ekstrak Herba Tempatan” , yang bertujuan memperkukuh penyelidikan serta pembangunan produk berasaskan sumber semula jadi tempatan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan penyelidikan dan inovasi serta memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi dan industri.

Tahniah dan selamat maju jaya.





TERIMA KASIH & PENGHARGAANSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Prof Madya Dr. Nurhuda M...
11/02/2026

TERIMA KASIH & PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Prof Madya Dr. Nurhuda Manshoor atas segala khidmat bakti, sumbangan ilmu serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Felow Tetap Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns).

Komitmen, kepakaran dan kepimpinan beliau telah memberi impak besar dalam memperkukuh budaya penyelidikan serta kecemerlangan AuRIns dalam bidang penemuan produk semula jadi.

Seluruh warga AuRIns mendoakan agar Prof Madya Dr. Nurhuda Manshoor terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga segala jasa dan sumbangan menjadi amal berpanjangan.

Terima kasih atas segalanya 🌷







KUNJUNG HORMAT & PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARABANGSAAtta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), Uni...
09/02/2026

KUNJUNG HORMAT & PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARABANGSA

Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menerima kunjung hormat daripada delegasi Centre for Research in Pharmaceutical Sciences (CRSP), Dr. Bekhouche Khadidja, Head of Cell Culture Laboratory .

Sesi ini melibatkan perbincangan akademik dan lawatan ke fasiliti makmal, dengan fokus kepada potensi kerjasama penyelidikan dalam bidang sains farmaseutikal, kultur sel, serta pembangunan produk semula jadi. Perbincangan ini turut membuka ruang kepada pertukaran kepakaran, latihan penyelidik, dan kolaborasi projek penyelidikan pada peringkat antarabangsa.

AuRIns merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini dan berharap jalinan kerjasama yang terjalin dapat diteruskan demi memperkukuh jaringan penyelidikan global.






Address

Level 9, FF3, UiTM Puncak Alam Campus
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+60332584769

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Atta ur Rahman Institute for Natural Product Discovery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Atta ur Rahman Institute for Natural Product Discovery:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram