21/08/2025
ARAHAN MENJAWAB SISTEM PROFILING DIGITAL KESIHATAN PSIKOLOGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (MyPsyD) BAGI SEMUA WARGA KERJA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
Assalamu'alaikum / Selamat Sejahtera..Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan perkara di atas.
2.Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membangunkan Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD) bagi mengenal pasti tahap risiko kesihatan psikologi pegawai.
3.Sehubungan itu, bagi menjayakan hasrat mempromosikan kesejahteraan pegawai seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rukun Malaysia MADANI, semua pegawai adalah diwajibkan untuk melengkapkan profiling MyPsyD berdasarkan garis panduan dalam Tatacara Menjawab MyPsyD seperti dilampirkan. Semua warga kerja KKM hendaklah melengkapkan Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD) seperti di pautan https://mypsyd.jpa.gov.my sebelum atau pada 1 September 2025.
4. Sekiranya mempunyai sebarang persoalan berkaitan MyPsyD boleh menghubungi seperti berikut:
i. YM Raja Noor Shuhaida Binti Raja Ahmad
No Telefon: 06 - 766 4800 samb. 4618
E-mel: noor.shuhaida@moh.gov.my
ii. Pn Nurfarahin Binti Sabaran
No. Tel: 06-766 4800 samb 4893
E-mel: nurfarahinsabaran@moh.gov.my
5.Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Terima Kasih.