22/12/2016
Salam Jumaat..
Semalam post pasal kita ibubapa insan terpilih. Eheheh.. betul lah. Bukan semua orang mengalami rare condition mcm kita kita ni. Terp**ang pada kita mau bagi positif thought atau sebaliknya. Tapi lebih baik jika kita positifkan minda, sebab anak-anak kita s**a tak s**a, mau tak mau tetap akan ambil kehadiran wajib dkt hospital setiap bulan, kalau bernasib baik... kadang tu, ada ibu yang kena bawa 2,3 orang anak sekaligus untuk tranfuse, tipu? Ehhh betul la. Pusat Day care daerah saya, banyaak ibu atau bapa yang bawa anak bertranfuse. Paling banyak sy pernah nampak 3 orang.. masih kecil-kecil..Kesian kan, ibu yang membawa tu mahupun anak-anak yang dibawa. Kadang time makan, nampak 3 tray hospital bederet atas katil..Tidur p**a bergelimpangan atas katil. Tapi nampak meriah. Hehe.. Yang tdk bestnya, kalau bekalan darah tidak mencukupi, terpaksa balik kemudian hari.
Apa yang rarenya? menyusahkan adalah...
Kerja kita kerap kali minta MC, cuti sini sana. Kalau bos ada empati sikit, bolehlah lepas senang, kalau yang jenis kuku besi, alamat cuti tdk bergaji kita.. Anak lagi ponteng sekolah, ketinggalan pelajaran, macam-macam.. Salah tu. Betulkan tanggapan anda, belajar menerima keadaan seadanya.. Anak kita cuma Talasemia, kalau Kanser? Mereka lagi menyedihkan dan menyakitkan. Kita dibanding dengan mereka sangat beruntung. Anak-anak kita masih boleh bermain gembira, tidur lena, makan berselera. Tapi pesakit darah yang lain, belum tentu sesihat anak-anak kita.
Tapi memang betul, kerja terbengkalai, Bos p**a marah-marah, kawan-kawan sekerja mula bisik-bisik belakang, si polan tu memanjaaaaang absent kerja. Cikgu-cikgu p**a mula persoalkan anak kita. Apa? Ponteng lagi? Haha. Tdk mengapa.. Sabar banyak-banyak..Kita kan rare.
Haa kan, kita btl-btl rare! kesabaran kita lebih tinggi, kekuatan kita luar biasa. Sisipkan satu bahagian dalam hati, hidup ni spt roda yang berputar putar putar, kadang kita dibawah, ada masanya kita berada diatas. Bak kata FB, kita sit back and releks saja, karma tu kalau kita bernasib baik, Tuhan bagi kita tingu cash payback dia bagi. Tak usah la kita simpan dlm hati. Kita kan rare.... Hati mesti mo kena kuat, tahan maki nanti karang-karang berhenti la drg tu mengata bila sudah penat. Jadi abaikan sahaja.
Apapun, hari ni hari Jumaat, mungkin ada yang berreview, ada p**a yang bawa anak tranfuse. Safe drive, hati-hati dalam perjalanan, semoga semua urusan dipermudahkan semuanya.
Amin...