PMG Medical Clinic - Kota Marudu

PMG Medical Clinic - Kota Marudu General Practitioner under Public Medicare Group Sdn Bhd (PMG) that provides affordable, friendly, professional, and comprehensive healthcare services to all.

Your Perfect Healthcare Partner!

๐ŸŒŸ ๐‡๐ž๐š๐ฅ๐ญ๐ก ๐’๐œ๐ซ๐ž๐ž๐ง๐ข๐ง๐  ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Œ๐š๐ซ๐ฎ๐๐ฎ ๐ŸŒŸWeโ€™re delighted to share the success of our recent Health Screening Eve...
23/01/2026

๐ŸŒŸ ๐‡๐ž๐š๐ฅ๐ญ๐ก ๐’๐œ๐ซ๐ž๐ž๐ง๐ข๐ง๐  ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Œ๐š๐ซ๐ฎ๐๐ฎ ๐ŸŒŸ
Weโ€™re delighted to share the success of our recent Health Screening Event held at Majlis Daerah Kota Marudu! ๐Ÿ’™

A heartfelt thank you to Majlis Daerah Kota Marudu for the opportunity to provide free health screening services for your staff. Your warm hospitality and participation truly made the event a great success! ๐Ÿ™

Special appreciation goes to our dedicated team from PMG Medical Clinic Kota Marudu for their hard work and commitment in delivering quality healthcare services to all participants. ๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ๐Ÿฉบ

Together, letโ€™s continue to promote health awareness and early disease detection within the community. ๐ŸŒฟ

Hello Kota Marudu!Izinkan limpas bagi khidmat nasihat kesihatan dulu ya.Penting untuk kesedaran semua tidak kira usia.Ja...
24/08/2025

Hello Kota Marudu!

Izinkan limpas bagi khidmat nasihat kesihatan dulu ya.

Penting untuk kesedaran semua tidak kira usia.

Jangan rasa sahaja tapi pantau la tahap kesihatan kita bersama.

Orang yang ada tekanan darah yang tinggi atau hipertensi tidak akan ada rasa simptom atau tanda awal melainkan dia ada sixth sense bagitau badan dia tidak sihat atau kemungkinan terus dipanggil๐Ÿคทโ€โ™‚๏ธ

Badan yg sudah mula bersimptom/gejala/tanda2 sakit itu maksudnya tahap membimbangkan sudah sebenarnya sebab organ atau sistem kecil2 dlm badan mula rosak sudah.

Jadi rajin2 la cek kesihatan.

Jangan jadikan sibuk kerja sebagai alasan tidak dtg temujanji atau tidak dtg klinik terdekat utk membuat saringan kesihatan. Kita boleh bagi surat sakit juga๐Ÿ˜‰

Jangan sampai badan kena penyakit baru cari treatment. Tiada yg akan menghantar text mesej sama kamu yg esok kamu akan kena stroke atau komplikasi yg lain.

Family member especially Ibu bapa atau orang tua kamu yg ada d rumah, approach la diorang utk bawa ke klinik terdekat buat saringan kesihatan.

Ramai yg membuat saringan kesihatan baruยฒ ini tekanan tinggi melampau, bacaan lebih dari 180/120 tapi dia cakap tiada simptom atau masih boleh buat kerja sotidak mau rawatan dlu sbb takut mau makan ubat, "nantilah doktor", "tidak mau pegi hospital" b*k alasan.

"Cuba kawal pemakanan dulu la doktor" =jawapan nombor 1 even belum dengar apa nasihat doktor sepenuhnya.

Bertahun-tahun makan/minum atau buat gaya hidup tidak sihat dapatkah menebus atau reverse tahap kesihatan dalam masa yang singkat? Saluran brek kereta leaking sudah mau tunggu bila mau repair?

Dalam bulan ini , 1 daripada 5 orang yg tidak start rawatan, seminggu selepas tu stroke. Jadi mcmn mau kerja? Apalagi mau urus diri.
Statistik belum kumpul keseluruhan lagi.

Jadi warganet semua sebarkan ilmu kesihatan.

Terima la rawatan awal. Jgn kumpul. Makin bergunung masalah, makin susah dibendung dlm masa yang singkat.

Tekanan darah tinggi kalau dikawal awal, komplikasi kesihatan lain dapat dielakkan berganda.

Jgn fikir bila sudah kena start makan ubat, selamanya makan. Itu cerita dulu๐Ÿ˜Š

Mau tahu lagi lanjut pasal hipertensi atau rawatan kesihatan yang lain, cari PMG Medical Clinic - Kota Marudu atau klinik berdekatan yang ada doktor berdaftar.

Dr Isidore Patrick

Jangan tunggu si anak kecil anda sakit teruk baru bawa berjumpa doktor. Jangan kasi lama, jumpa doktor dengan segera.
09/08/2025

Jangan tunggu si anak kecil anda sakit teruk baru bawa berjumpa doktor. Jangan kasi lama, jumpa doktor dengan segera.

One of lifeโ€™s greatest tragedies is losing a child.

And yet, 1 child under 5 dies somewhere in the world every 18 seconds - mostly from preventable causes like:
๐Ÿ’” Birth complications
๐Ÿ’” Pneumonia
๐Ÿ’” Diarrhoea
๐Ÿ’” Malaria

This amounts to 4.8 MILLION deaths each year.

Many countries are now facing cuts to health services due to largescale reductions in funding for health, putting more childrenโ€™s lives at risk.

09/08/2025
09/08/2025

๐Ÿšญ Bahaya Asap Rokok di Tempat Kerja

Bayangkan iniโ€ฆ

Seorang pekerja di pejabat. Dia tidak merokok. Tapi setiap kali pintu dibuka, asap rokok dari luar masuk perlahan-lahan.

Dia cuba buat kerja, tapi tak selesa. Nak tegur susah sebab bos pun merokok sama. Setiap hari, paru-parunya terpaksa menapis racun yang dia tak pernah pilih untuk sedut.

Asap rokok bukan sekadar bau yang tidak menyenangkan. Ia mengandungi lebih 7,000 bahan kimia beracun sebahagiannya boleh menyebabkan kanser, penyakit jantung, dan masalah paru-paru.

Bagi mereka yang sudah ada asma atau masalah pernafasan, walau sedikit asap pun boleh mencetuskan serangan.

Sebab itu Akta 852 menetapkan tempat kerja sebagai kawasan larangan merokok.Untuk pastikan semua pekerja perokok atau tidak boleh balik rumah dengan paru-paru yang sama sihat seperti waktu mereka datang pagi tadi.

Udara bersih bukan kemewahan.
Ia hak setiap pekerja.

08/08/2025

MEASLES โ€“ Bukan Sekadar Ruam

โ€œKami sekeluarga dah kena campak, anak yang tak vaksin tu tak kena.โ€

Saudaraโ€ฆ bila dengar sahaja ayat ini, kita sudah tahu campak yang dimaksudkan mungkin bukan measles, tapi demam lain.

Measles bukan main-main.
Ia bukan ruam biasa.
Ia bukan chicken pox gejalanya jauh berbeza.
Kenapa measles dianggap dasyat?

Inilah ciri-ciri demam measles:
โ€ข Demam tinggi mendadak.
โ€ข Batuk, selsema, mata merah
โ€ข Tompok putih kecil di dalam mulut
โ€ข Ruam merah yang bermula di muka, turun ke badan.

Measles bukan chicken pox. Ia jauh lebih ganas kerana satu kes boleh menjangkiti sehingga 90% orang yang belum divaksin di sekelilingnya.

Bila wabak berlaku, semakin banyak kanak kanak jatuh sakit, semakin tinggi risiko komplikasi seperti radang paru-paru, radang otak, dan kematian. Ini mimpi ngeri kesihatan awam.

Nak pastikan kes measles?

Bukan main teka. Bukan main agak agak. Bukan semua demam dengan ruam itu Measles. Kes perlu disahkan dengan ujian makmal (IgM & RT-qPCR) sebelum diklasifikasi sebagai measles.

Selepas pengesahan, kerja kesihatan awam bermula:
โ€ข Siasatan punca jangkitan.
โ€ข Kenal pasti dan pantau semua kontak rapat.
โ€ข Anggota kesihatan turun ke rumah untuk Active Case Detection mencari individu bergejala lain di komuniti. 1 taman perumahan kena cari. Nak tahu kot ada kanak kanak yang bergejala tapi parent tak bawa ke klinik.

Berita baiknya, penyakit ini boleh dicegah.
Vaksin MMR memberi perlindungan utama, dan dos tambahan membantu mengukuhkan imuniti komuniti.

Dengan perlindungan vaksin yang mencukupi, kita boleh mengurangkan kes, mencegah komplikasi, dan menyelamatkan nyawa.

Dan kalau ada yang masih belum tahu kempen MR SIA (Measles-Rubella Supplementary Immunisation Activity) akan bermula 4 Ogos 2025 di seluruh Malaysia.

Sasaran kempen ini adalah semua kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 59 bulan (4 tahun 11 bulan), iaitu yang lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025.

Dos tambahan ini diberi walaupun anak sudah pernah menerima vaksin MMR sebelum ini, kerana ia bertujuan meningkatkan perlindungan imuniti komuniti dan menghentikan penularan measles & rubella yang semakin meningkat.

Jangan tunggu sehingga wabak besar berlaku di kawasan anda pastikan anak anda hadir untuk imunisasi tambahan ini demi melindungi mereka dan seluruh komuniti.

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐˜‚๐—บ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ PMG Medical Clinic - Kota Marudu ๐Ÿ“… Tarikh: 9.8.2025 (Sabtu)๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 1.0...
08/08/2025

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐˜‚๐—บ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ PMG Medical Clinic - Kota Marudu

๐Ÿ“… Tarikh: 9.8.2025 (Sabtu)
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 1.00 petang, 5 petang - 9 malam
๐Ÿ“ Lokasi: PMG Medical Clinic-Kota Marudu

Sukacita dimaklumkan PMG Medical Clinic Kota Marudu akan mengadakan Program Saringan Kesihatan Percuma pada tarikh & lokasi seperti di atas. Orang ramai dijemput datang.

๐Ÿ’ก Peluang terbaik untuk periksa tahap kesihatan anda secara PERCUMA!

08/08/2025

Mereka bukan sekadar jururawat.
Mereka ibu kepada ramai anak yang bukan milik mereka.

Mereka panggilan yang kita angkat dengan tergesa, tapi suara mereka sentiasa tenangโ€ฆ

โ€œAnak puan lahir tahun bila ya? Dah ambil vaksin tambahan belum?โ€

Dalam sibuk kita bekerja, mereka masih ingat anak kita. Dalam ratusan nama di buku log,
mereka tak pernah lupa satu pun yang belum dilindungi.

Mulai 4 Ogos 2025,

Jururawat kesihatan akan menyinsing lengan sekali lagi,menemui anak-anak kecil berumur 6 bulan hingga 4 tahun 11 bulan,lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025, untuk berikan vaksin tambahan campak dan rubella.

Dan kalau mak tanya,

โ€œKenapa perlu cucuk lagi? Bukan dah ambil masa kecil dulu?โ€

Jawapannya mudah,

Kerana perlindungan yang dulu mungkin dah menipis. Dos tambahan ini penting untuk pastikan anak kita kekal kebal dari penyakit yang boleh jadi bahaya.

Sistem imun kanak-kanak belum cukup kuat.
Vaksin tambahan ini ibarat perisai kedua untuk kuatkan semula, lindungi semula, cegah semula.

Mereka tak harap ucapan terima kasih.
Cukuplah anak itu datang, senyum, dan pulang semula dengan selamat.

08/08/2025
๐ŸŒŸ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐ƒ๐ซ. ๐ˆ๐ฌ๐ข๐๐จ๐ซ๐ž๐ŸŒŸKami dengan sukacitanya mengalu-alukan Dr.Isidore sebagai sebahagian daripada keluarga PMG ...
05/07/2025

๐ŸŒŸ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐ƒ๐ซ. ๐ˆ๐ฌ๐ข๐๐จ๐ซ๐ž๐ŸŒŸ
Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan Dr.Isidore sebagai sebahagian daripada keluarga PMG Medical Clinic. Dr. Isidore kini berkhidmat di ๐๐Œ๐† ๐Œ๐ž๐๐ข๐œ๐š๐ฅ ๐‚๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐œ โ€“ ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Œ๐š๐ซ๐ฎ๐๐ฎ, merupakan cawangan terbaru klinik kami di Sabah.

Dengan personaliti yang tenang, penyayang dan komited terhadap kesihatan komuniti, kehadiran Dr. Isidore pasti membawa semangat baharu dalam memberikan rawatan dan penjagaan kesihatan yang bukan sahaja cekap tetapi penuh rasa empati.

๐ŸŽ“ Dr. Isidore merupakan graduan ๐ˆ๐ฃ๐š๐ณ๐š๐ก ๐’๐š๐ซ๐ฃ๐š๐ง๐š ๐Œ๐ฎ๐๐š ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง & ๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐๐š๐ก๐š๐ง (๐Œ๐๐๐’) dari ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐Œ๐ž๐๐ข๐œ๐š๐ฅ ๐’๐œ๐ก๐จ๐จ๐ฅ ๐จ๐Ÿ ๐Œ๐š๐ง๐š๐ ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ & ๐’๐œ๐ข๐ž๐ง๐œ๐ž ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฒ (๐ˆ๐Œ๐’-๐Œ๐’๐”) ๐๐š๐ง๐ ๐š๐ฅ๐จ๐ซ๐ž. Kami yakin dengan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki beliau dan harap akan memperkasakan lagi penjagaan kesihatan komuniti kita, khususnya di Kota Marudu.

Kunjungi PMG Medical Clinic โ€“ Kota Marudu untuk rawatan & pemeriksaan kesihatan, prosedur perubatan , vaksin dan banyak lagi. Klinik di buka setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum.

๐Ÿ•’ ๐–๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข: 8 pagi โ€“ 1 petang, 5 petang โ€“ 9 malam.
๐Ÿ“ ๐‹๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข: Bangunan TG, tingkat bawah sebaris dengan JPJ
๐Ÿ—บ๏ธ ๐†๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐ž ๐Œ๐š๐ฉ:https://maps.app.goo.gl/H8jkXvwZaVcLY9gm7
๐Ÿ“ž ๐๐จ ๐“๐ž๐ฅ๐ž๐Ÿ๐จ๐ง ๐Š๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค: 011-16081966
๐Ÿ’ฌ ๐–๐ก๐š๐ญ๐ฌ๐€๐ฉ๐ฉ:https://wa.link/8te7ah

โœจSelamat bertugas Dr. Isidore semoga terus maju jaya, memberi perkhidmatan cemerlang dan berbakti kepada kesihatan masyarakat. ๐Ÿ’™

Address

LOT NO. 2, GROUND FLOOR, BANGUNAN TG, JLN GOSHEN, KOTA MARUDU
Sabah
89100

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
17:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 13:00
17:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 13:00
17:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 13:00
17:00 - 21:00
Friday 08:00 - 13:00
17:00 - 21:00
Saturday 08:00 - 13:00
17:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 13:00
17:00 - 21:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PMG Medical Clinic - Kota Marudu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram