Karnival Kesihatan Masjid Al-Abrar, Sabak Bernam

  • Home
  • Karnival Kesihatan Masjid Al-Abrar, Sabak Bernam

Karnival Kesihatan Masjid Al-Abrar, Sabak Bernam KARNIVAL KESIHATAN MASJID AL-ABRAR, SABAK BERNAM

TARIKH: 12/10/2024
MASA: 8.00 PAGI - 1.00 PETANG

11/10/2024

KARNIVAL KESIHATAN BATU 2 SEPINTAS

Kesihatan Holistik: Keluarga Sihat, Komuniti Sejahtera

DENGAR CERITA ADA BANYAK PERKARA BERLAKU DALAM VIDEO INI.

Nak tahu lebih lanjut? Tonton video kami untuk jawapan yang anda cari!

🔗 https://youtu.be/ykEljfyIKK0?si=DNUuOWaPr4oY9L9o

Sertai kami di:

📅: 12/10/2024 (Sabtu)
⏰: 8.00 pagi - 1.00 petang
🕌: Perkarangan Masjid al-Abrar, Kampung Batu 2 Sepintas, 45200 Sabak Bernam, Selangor

"Jom kita kekal aktif, sihat, dan bahagia!"

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,KARNIVAL KESIHATAN MASJID AL-ABRAR Kesihatan Holistik: Keluarga Sihat, Komuniti ...
11/10/2024

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

KARNIVAL KESIHATAN MASJID AL-ABRAR

Kesihatan Holistik: Keluarga Sihat, Komuniti Sejahtera

Karnival Kesihatan Masjid Al-Abrar akan berlangsung hari ini, bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Semua warga Kampung Batu 2 Sepintas dijemput hadir memeriahkan karnival ini.

Banyak aktiviti bermanfaat dan hadiah cabutan bertuah yang menarik menanti anda! Tunggu apa lagi? Jumpa anda di sana!

"Jom Kita Kekal Aktif, Sihat, dan Bahagia!"






Sedang berlangsung sekarang! Mari beramai-ramai memeriahkan majlis ilmu di hari yang penuh barakah ini ✨
11/10/2024

Sedang berlangsung sekarang! Mari beramai-ramai memeriahkan majlis ilmu di hari yang penuh barakah ini ✨






KARNIVAL KESIHATAN MASJID AL-ABRARKesihatan Holistik: Keluarga Sihat, Komuniti SejahteraProgram Perkongsian Ilmu Kesihat...
09/10/2024

KARNIVAL KESIHATAN MASJID AL-ABRAR

Kesihatan Holistik: Keluarga Sihat, Komuniti Sejahtera

Program Perkongsian Ilmu Kesihatan Bersama Pakar telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Muslimat, Masjid Al-Abrar, Batu 2 Sepintas. Program ini merupakan salah satu pra-program yang diadakan sebagai persediaan untuk Karnival Kesihatan yang dijadualkan berlangsung pada 12 Oktober 2024, Sabtu ini.

Seramai lebih daripada 40 orang muslimat dari Kampung Batu 2 Sepintas telah mengambil bahagian dalam program yang menjemput dua orang doktor pakar dari Fakulti Perubatan UiTM. Pelbagai perkongsian menarik telah disampaikan oleh kedua-dua pakar termasuklah tentang penjagaan lutut, tips senaman ringkas yang mudah untuk diamalkan serta kefahaman tentang implikasi penggunaan gadjet yang berpanjangan terhadap kesihatan.

Kami berharap agar program ini dapat memberi banyak manfaat kepada penduduk kampung yang hadir, serta meningkatkan lagi kesedaran mengenaikan kesihatan mereka. Kami turut berharap Karnival Kesihatan yang akan datang dapat menjadi platform yang lebih luas untuk menyebarkan ilmu dan amalan gaya hidup sihat dalam komuniti kita.

"Jom Kita Kekal Aktif, Sihat dan Bahagia!"






Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.KARNIVAL KESIHATAN MASJID AL-ABRAR, SABAK BERNAM *Kesihatan Holistik: Keluarga S...
03/10/2024

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

KARNIVAL KESIHATAN MASJID AL-ABRAR, SABAK BERNAM

*Kesihatan Holistik: Keluarga Sihat, Komuniti Sejahtera*

Sukacitanya, kami, pelajar perubatan tahun 4, daripada Universiti Teknologi MARA, Kampus Sungai Buloh akan menganjurkan karnival kesihatan yang akan diadakan pada:
Tarikh: 12/10/2024
Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
Lokasi: Masjid Al-Abrar, Batu 2 Sepintas, Sabak Bernam, Selangor

Selain itu, kami juga akan melaksanakan kajin lapangan dimana pelajar akan melakukan lawatan dari rumah ke rumah untuk meminta penduduk kampung menjawab soal selidik.

Penyertaan anda sangat dihargai bagi memastikan karnival dan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan karnival ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan! Tunggu apa lagi? Jumpa anda di sana!

Untuk mendapatkan info lanjut, tuan-tuan dan puan-puan boleh melayari media sosial kami.

ISTAGRAM: https://www.instagram.com/karnival.kesihatansaber
TIKTOK: https://tiktok.com/.kesihatan.saber

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
011-25500496 (Izwan)
013-2044588 (Asilla)






Address

Jalan Sapintas

45200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Karnival Kesihatan Masjid Al-Abrar, Sabak Bernam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram