Daie Harta Pusaka - Wasiyyah Shoppe

Daie Harta Pusaka - Wasiyyah Shoppe Untuk menjadi penyampai perancangan harta dan pengurusan pusaka yang memberikan Perkhidmatan Peribadi (Personalized Service) kepada Pelanggan & waris.

“Harta bukan penyebab pergaduhan—tapi kurang ilmu faraid yang sering jadi puncanya.”Ramai antara kita menyangka isu pusa...
24/07/2025

“Harta bukan penyebab pergaduhan—tapi kurang ilmu faraid yang sering jadi puncanya.”

Ramai antara kita menyangka isu pusaka hanya timbul bila sudah tua, tapi realitinya, kematian tidak mengenal usia.
Dan apabila berlaku, siapa yang patut terima harta? Berapa bahagiannya? Bagaimana jika ada anak angkat? Atau waris luar nikah?

Tanpa ilmu, keluarga boleh berpecah.
Dengan ilmu, kita mampu elak pertelingkahan dan wariskan keberkatan.

📘 Memperkenalkan Buku “Faham Faraid” – panduan praktikal untuk orang awam yang mahu memahami pembahagian harta pusaka secara Islam dengan cara mudah, jelas, dan penuh hikmah.

🔍 Sesuai untuk:
– Ibu bapa yang mahu rancang masa depan anak-anak
– Pewaris yang mahu elak konflik keluarga
– Individu yang nak tambah ilmu akhirat
– Pendakwah & pelajar yang perlukan rujukan padat

💡 Buku ini wajar dimiliki kerana :
✅ Isi kandungan disusun dengan mengikut tertib dan berstruktur
✅ Penjelasan yang ringkas dan menggunakan gaya bahasa yang mudah
✅ Mengandungi maklumat yang lengkap dan padat
✅ Kaedah pengiraan yang praktikal dan mudah difahami
✅ Mengumpulkan banyak maklumat daripada kitab-kitab dan buku-buku berkenaan Ilmu Faraid
✅ Dilengkapi denga pelbagai contoh, jadual, gambarajah, dan kaedah faraid
✅ Pengalaman penyusun selama lebih lima tahun dalam pembelajaran dan pengajaran Ilmu Faraid

💰 PROMOSI ISTIMEWA: Hanya RM25 sahaja (harga asal RM30)
📦 Buku fizikal – penghantaran seluruh Malaysia
🕌 Sesuai dijadikan hadiah ilmu buat yang tersayang

📲 Klik link ini untuk dapatkan harga PROMO
https://akademialif.onpay.my/order/form/BFFpromosi/SahidanHanapiah
https://akademialif.onpay.my/order/form/BFFpromosi/SahidanHanapiah
https://akademialif.onpay.my/order/form/BFFpromosi/SahidanHanapiah

ALLAH MAHA BAIK .. Alhamdulillah.Di saat menatap sijil ini saya hampir menitiskan airmata. Perjalanan perit dan pengorba...
23/06/2025

ALLAH MAHA BAIK .. Alhamdulillah.

Di saat menatap sijil ini saya hampir menitiskan airmata. Perjalanan perit dan pengorbanan 21 tahun ini terasa berbaloi.

Hari ini Wasiyyah Shoppe Berhad menerima pensijilan SHARIAH COMPLIANCE untuk produk
HIBAH HARTA BERCAGAR kami. Pensijilan ini peringkat antarabangsa dan selaras dengan standard AAOFII ( Accounting and Auditing Organization For Islamic Financial Institutions ).

Saya dimaklumkan Wasiyyah Shoppe Berhad ialah penerima pertama pensijilan seumpamanya DI DUNIA yang khusus untuk pewarisan harta Islam ( Islamic inheritance )

ALHAMDULILLAH. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong Wasiyyah Shoppe Berhad selama 21 tahun ini.

Saya terhutang budi dengan lembaga pengarah, panel syariah, pasukan pengurusan dan warga kerja Wasiyyah Shoppe Berhad dan daie2 Wasiyyah Shoppe Berhad. Tidak dapat saya namakan semua pihak secara peribadi kerana terlalu ramai yang menyumbang.

Allah sahajalah yang mampu membalas jasa baik anda dan semoga ia diterima sebagai amal kebaikan kita di dunia ini.

ALLAHUAKBAR. ALHAMDULILLAH.



CEO WASIYYAH

Ahli perniagaan yang memiliki saham dalam syarikat perniagaan perlu ingat saham itu juga menjadi HARTA PUSAKA apabila di...
15/03/2024

Ahli perniagaan yang memiliki saham dalam syarikat perniagaan perlu ingat saham itu juga menjadi HARTA PUSAKA apabila dia mati.

Apa maknanya ? Maknanya semua waris-waris mengikut hukum faraidnya adalah BERHAK mengikut bahagian masing-masing ke atas saham itu.

Siapakah waris-waris faraid itu? Ada kalanya ia hanya meliputi pasangan dan anak sahaja. Ada juga keadaan tertentu di mana ibubapa, adik-beradik, datuk waima iparduai dan anak saudara pun berhak ke atas saham itu.

Lain orang lain lain struktur faraidnya. Sila pastikan siapa waris-waris faraid anda.

Waris faraid yang berhak ini belum tentu mempunyai semangat, skil, pengetahuan dan pengalaman untuk bertindak sebagai pemegang saham namun hak mereka tetap wujud dan wajib diserahkan.

Sepanjang 25 tahun semenjak 1998 dalam bidang pengurusan harta pusaka di Malaysia, saya dapati saham syarikat adalah harta pusaka yang paling bermasalah untuk diselesaikan namun ia juga harta yang langsung tidak dipedulikan oleh pemegang saham.

Nilai saham syarikat yang dinamik dan operasinya yang kompleks menjadikan proses turun miliknya saham sukar diuruskan selepas kematian pemegang saham. Ditambah p**a jika nilai saham itu tinggi sehingga mencecah jutaan RM!

Anda mahukan saham syarikat anda menjadi PUSAKA yang diselesaikan dengan mudah, tepat dan syarikat itu memberi manfaat jangka panjang kepada waris-waris anda atau anda mahu ia menjadi PUAKA yang akan menghantui dan memusnahkan keluarga anda selepas kematian anda ?

Hubungi Wasiyyah Shoppe Berhad untuk tahu bagaimana saham syarikat anda boleh diwariskan dengan baik dan bermanfaat kepada waris anda serta diri anda sendiri pada masa hadapan.

ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

HIBAH HANYA BOLEH DIBUAT JIKA ADA SYARAT YANG MUNASABAH SAHAJA? Ini satu lagi soalan yang ditanya kepada saya kebelakang...
13/03/2024

HIBAH HANYA BOLEH DIBUAT JIKA ADA SYARAT YANG MUNASABAH SAHAJA?

Ini satu lagi soalan yang ditanya kepada saya kebelakangan ini. Adakah benar seperti yang didakwa sesetengah pihak bahawa hanya apabila ada sebab-sebab tertentu yang dianggap munasabah sahaja barulah hibah boleh dibuat?

Sebenarnya setakat pengetahuan saya secara peribadi, amalan dan pengalaman 18 tahun kami di Wasiyyah Shoppe Berhad turun naik
Mahkamah Syariah menguruskan kes hibah, muzakarah ilmiah yang kami adakan setiap tahun dengan pakar-pakar hukum syarak dan undang-undang syariah dan penyelidikan ilmiah yang kami laksanakan bersama universiti selama ini, kami tidak pernah menjumpai apa-apa peruntukan dalam hukum syarak yang mengatakan hibah hanya boleh dibuat dalam keadaan tertentu sahaja.

Hibah ialah salah satu kaedah pelupusan harta yang dibenarkan Islam sama seperti kaedah wasiat, amanah, sedekah, waqaf dan penjualan ( sales ) harta. Sesiapapun pemilik harta bebas untuk melakukan transaksi ini pada bila-bila masa yang dikehendakinya asalkan harta itu sah miliknya.
Tiada apapun sekatan dari segi hukum yang menetapkan seseorang hanya boleh hibah jika wujud situasi tertentu sahaja dan jika situasi itu tidak wujud maka hibah itu tidak sah atau berdosa untuk dilaksanakan.

Hibah sah apabila semua rukun dan syaratnya sempurna dilaksanakan. Ini faktor paling kritikal.
Walaupun begitu pemberi hibah hendaklah faham sepenuhnya tentang kesan hibah yang dibuatnya walaupun dari segi hukum ia sah.

Oleh kerana potfolio aset, struktur faraid dan hubungan sesama waris setiap orang itu berbeza, maka pastilah kesan hibah itu berbeza juga untuk setiap orang.

Bukan sekadar hibah malah wasiat, harta sepencarian dan amanah, semuanya bila dibuat akan memberi kesan tersendiri.

Waris bukan sahaja tidak setuju dan berbalah tentang hibah malah mereka akan mempertikaikan apa sahaja instrumen termasuklah wasiat, harta sepencarian atau amanah apabila mereka faham bahagian mereka akan berkurangan secara signifikan.

Jadi adakah benar hibah hanya boleh dibuat jika wujud keadaan munasabah tertentu sahaja ? Jawapannya ialah TIDAK BENAR.

Saya terima respon ini dari masyarakat. Buat hibah pun tak guna sebab selepas kita mati dokumen-dokumen ini tetap dicaba...
12/03/2024

Saya terima respon ini dari masyarakat. Buat hibah pun tak guna sebab selepas kita mati dokumen-dokumen ini tetap dicabar. Izinkan saya jelaskan supaya difahami masyarakat.

SEBENARNYA APAPUN BENTUK DOKUMEN BOLEH DICABAR.

Baik hibah, wasiat, harta sepencarian, amanah malah apa pun bentuk dokumen / perkara berkaitan harta boleh & pernah dicabar di mahkamah oleh pihak-pihak yang berkepentingan ke atas harta itu.

Contoh :
1. Anak menerima harta pusaka dari ayahnya. Ada pihak lain mendakwa bahawa anak ini tak sepatutnya berhak kerana dia sebenarnya hanyalah anak angkat yang dibinkan dengan simati. Maka perlulah proses pengesahan waris dilakukan. Kes sebegini pernah saya temui.

2. Bila dikira hukum faraid semua waris, ada waris lain mendakwa bahawa kiraan itu tidak tepat. Maka perlulah sijil faraid diperolehi dari Mahkamah Syariah. Ini sangat biasa dijumpai.

3. Ibu menuntut haknya di dalam HARTA SEPENCARIAN dari harta pusaka arwah ayah dan ayahpun ada membuat deklarasi harta sepencarian bertulis semasa hidupnya. Anak2 tidak setuju kerana jika bahagian harta sepencarian ibu ditolak dahulu maka bahagian faraid anak-anak akan berkurangan. Anak cabar kes ini. Kes ini juga saya pernah jumpa.

4. Ayah HIBAH rumah kepada anak perempuan tunggal. Adik-beradiknya yang merupakan waris faraid tidak setuju dan mencabar hibah itu. Ini pun biasa dijumpai.

5. Ayah WASIATKAN 1/3 hartanya kepada masjid di kampung. Anak-anak tidak setuju kerana wasiat ini akan mengurangkan bahagian faraid mereka. Inipun situasi biasa dijumpai.

6. Semasa hidup, ayah jual tanahnya yang telah dihibah kepada anak. Anak itu mencabar penjualan itu atas asas ia telah dihibah kepadanya. Inipun ada.

SISTEM KEADILAN BAIK SIVIL MAHUPUN SYARIAH MEMBERIKAN PELUANG KEPADA MANA-MANA PIHAK UNTUK MENCABAR.

Mana2 pun sistem mahkamah di atas mukabumi ini akan membuka ruang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara boleh mencabarnya di mahkamah.

Walaupun boleh dicabar, isu sebenarnya ialah siapa akan menang kes itu?

Realiti kehidupan, kita tidak akan mampu memuaskan hati semua orang lebih-lebih lagi dalam urusan penghartaan. Akan sentiasa ada pihak merasakan itu hak dia dan ia telah dirampas darinya.

Jadi satu-satunya cara untuk memastikan hasrat kita tercapai dalam urusan penghartaan ialah dengan menyediakn dokumen bertulis seperti wasiat, hibah, amanah dan harta sepencarian hari ini ketika masih hidup.

Kita memang tak boleh elak dari dokumen-dokumen itu dicabar kerana kita tidak boleh mengawal pemikiran dan emosi semua orang, namun sekiranya dokumen itu dibuat oleh profesional dan mengikut peruntukan hukum syarak, undang-undang syariah dan sivil yang tepat, maka walaupun dicabar hasrat kita tetap tercapai in shaa Allah.

Di Wasiyyah Shoppe Berhad dokumen2 kami dibangunkan melalui proses penyelidikan ilmiah komprehensif, pakar-pakar undang-undang syariah dan hukum syarak serta Panel Syariah berpengalaman luas dan berpengetahuan tinggi.
Kaedah ini menjamin dokumen-dokumen kami sah dan berkuatkuasa walaupun dicabar in shaa Allah.

BAGAIMANA NAK ELAK DARI WARIS CABAR MENCABAR SELEPAS KEMATIAN KITA ?

Satu-satunya cara ialah dengan cara kita mendidik waris kita supaya zuhud dan tidak cintakan dunia. Kalau mereka tiada keinginan terhadap harta barulah situasi cabar mencabar ini tidak berlaku walaupun tiada apa dokumen perancangan harta pun disediakan.

Namun realitinya, dalam keadaan dunia serba mencabar sekarang, situasi ini hampir mustahil wujud. Rasulullah pun pesan bahawa ujian untuk umatnya ialah harta.
Sebab itulah satu-satunya pilihan yang ada di tangan kita ialah membuat dokumen perancangan.

Ya! ia mungkin dicabar tetapi sekurang-kurangnya kita tahu hasrat kita akan tercapai. Wallahua’lam

ABS
Dai’e Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗗𝗜𝗟 𝗜𝗧𝗨 𝗠𝗔𝗞𝗡𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗧𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦?Soalan ini juga banyak ditanya kepa...
11/03/2024

𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗗𝗜𝗟 𝗜𝗧𝗨 𝗠𝗔𝗞𝗡𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗧𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦?
Soalan ini juga banyak ditanya kepada saya sepanjang 24 tahun penglibatan saya dalam industri perancangan harta ini. Ulasan saya :
𝟭. 𝗛𝗶𝗯𝗮𝗵 𝘀𝘂𝗻𝗮𝘁 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗺𝗮𝗿𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻.
Benar, ada hadis yang mengatakan hibah itu sunat disamaratakan. “Sunat” ya bukan “Wajib”. Jika anda memberikan hibah sama rata kepada semua anak, maka anda dapatlah pahala sunat itu.
Jika anda memberi hibah secara terpilih dan ada anak dapat lebih, adakah anda tidak mendapat pahala? Saya percaya semua niat dan tindakan yang betul in shaa Allah akan ada ganjaran dariNya.
Hakikatnya semua harta kita berbeza nilai dan adalah hampir mustahil kita nak pastikan bila anak sulong dapat hibah harta bernilai RM 500,000 , maka anak kedua juga mendapat nilai RM 500,000 yang sama.
Situasi kita semuanya berbeza dan unik. Oleh itu gunakanlah pertimbangan yang sewajarnya dan dapatkan nasihat dari pihak profesional yang berpengalaman dalam urusan hibah.

𝟮. 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘁𝗶𝗮𝗻 ‘𝗔𝗱𝗶𝗹’
Kita diajar bahawa berlaku adil bukan bermaksud memberi sama rata sama banyak nilai RM harta kepada semua pihak. Adil di dalam Islam bermakna meletakkan keutamaan pada tempatnya.
Keadaan semua anak-anak kita berbeza. Ada yang berpelajaran dan hidup selesa. Ada p**a yang dibelenggu kemiskinan dan hidup susah.
Boleh sahaja kita memberi hibah pada nilai yang lebih kepada anak yang susah dan mengurangkan pemberian kepada anak yang hidup selesa atas sebab kita tahu anak itu lebih memerlukan bantuan kita.
Hibah itu tetap sah ( asalkan semua rukun dan syarat dipenuhi ) kerana kepada siapa dan berapa banyak hibah itu diberikan, ia adalah hak kita sebagai pemberi hibah.

𝟯. 𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗯𝗮𝗵.
Memang hibah itu ialah transaksi yang hanya melibatkan pemberi dan penerima hibah sahaja. Dari segi hukum pihak lain tidak terlibat.
Namun untuk menjaga keharmonian sesama waris dan mengelakkan fitnah, adalah lebih baik niat membuat hibah itu dijelaskan kepada semua waris supaya mereka faham kenapa ia dibuat sedemkian rupa.

Contoh ayah hibah kepada anak bongsu kebunnya kerana anak bongsulah yang berkorban duduk di kampung mengusahakan kebun dan menemankan sakit pening ayah ibu. Kebun itulah sumber pendapatannya menampung kehidupan.
Anak-anak lain semuanya sudah berkeluarga, bekerjaya dan tinggal di bandar. Bila niat hibah ini telah dijelaskan lebih awal maka terelaklah pelbagai fitnah dan terjagalah hubungan keluarga itu.
Saya selalu menegaskan bahawa bukan hibah itu yang menyebabkan adik beradik bergaduh tetapi pelaksanaan yang lemah dan tidak profesional yang menyebabkan pelbagai masalah muncul. Jadi berhati-hatilah memilih pihak yang akan melaksanakan hibah anda.

𝗔𝗕𝗦
𝗗𝗮𝗶𝗲 𝗠𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝘁𝗵 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝘆𝗮𝘁 ( 𝗗𝗠𝗦𝗛 )

“ADAKAH BENAR WASIAT SELESAIKAN SEMUA MASALAH PUSAKA?!” Kenapa persoalan ini masih ditanya ? Kerana masyarakat terkeliru...
08/03/2024

“ADAKAH BENAR WASIAT SELESAIKAN SEMUA MASALAH PUSAKA?!”

Kenapa persoalan ini masih ditanya ? Kerana masyarakat terkeliru akibat masih banyak pihak di luar sana yang mempromosikan wasiat melangkaui kewajaran undang-undang & hukum syarak. Dilukiskan gambaran bahawa wasiat adalah kunci kepada segala isu pusaka.

Jawapan saya p**a konsisten semenjak 25 tahun yang lepas ialah WASIAT TIDAK MENYELESAIKAN MASALAH PUSAKA SECARA TUNTAS !

Dalam bahasa mudah, fungsi wasiat bagi orang Islam hanyalah :

1. Jika dia berhasrat memberikan 1/3 dari harta pusakanya kepada bukan waris. Ini boleh dibuat melalui wasiat & ia akan berkuatkuasa. Jika nak beri harta kepada waris mengikut hukum faraid dan pemberian dibuat melalui wasiat, wasiat itu perlu dipersetujui oleh semua waris itu selepas kematian pewasiat. Jika tidak dipersetujui, wasiat itu BATAL !

2. Jika dia melantik wasi harta pusaka dan kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil ( nilai harta pusaka melebihi RM 2 juta ) wasiat melantik wasi itu akan berkuatkuasa. Jika kesnya dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil ( nilai harta pusaka kurang dari RM 2 juta ) wasiat melantik wasi hanya berkuatkuasa jika dipersetujui oleh semua waris. Jika ada waris yang tidak bersetuju , wasiat itu akan dibicarakan p**a di Mahkamah Tinggi Syariah. Panjang cerita …

Perhatian: Nilai harta pusaka yang dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil telah dinaikkan ke RM 5 juta melalui pindaan akta yang diwartakan pada 2022.

Setiap instrumen seperti wasiat dan hibah ada fungsinya yang spesifik. Tidak ada satu dokumen pun yang akan menyelesaikan semua masalah pusaka.

Ada orang perlu wasiat, ada orang perlu hibah. Kalau ada orang datang berjumpa anda dan berkata wasiat selesaikan semua masalah pusaka, anda kena berhati-hati.

Address

LOT C526, LORONG 8
Sandakan
90000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Daie Harta Pusaka - Wasiyyah Shoppe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Daie Harta Pusaka - Wasiyyah Shoppe:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram