Rawatan Ruqyah Ust Shah

Rawatan Ruqyah Ust Shah Menjalankan rawatan melalui bacaan ayat Quran khusus utk merawat sakit sihir, saka dan gangguan jin.

wangian kasturi kijang..dapatkan yg original..berminat sila dm..
07/09/2024

wangian kasturi kijang..dapatkan yg original..berminat sila dm..

~~Aku Pendamping~~Membantu merawat seorang perempuan.Mengadu sakit dada kepanasan. Badan rasa panas, berdebar dan mencuc...
31/10/2023

~~Aku Pendamping~~

Membantu merawat seorang perempuan.Mengadu sakit dada kepanasan. Badan rasa panas, berdebar dan mencucuk cucuk..sudah pergi ke hospital medical check up semua normal.

Semasa merawat, panasnya semakin kuat..berdebar pun makin kuat..muntah² dia..tapi rasa tersekat xmahu keluar..tindak balas awal cuma muntah² jer..tiada keras**an..ayat ruqyah saya ulang² baca tetap x lepas yg tersekat tu..dada nya makin panas kuat mencucuk,pinggangnya panas sampai ke tangan..

Berhenti seketika, perempuan ni kepenatan, saya tanya ada x simpan barang yang diberi sesiapa..ada ust jawabnya..banyak ust saya simpan..banyak minyak yg dikeluarkan berbotol² kecil dan besar..semuanya dari dukun dan bomoh..katanya utk menjaga dirinya..minyak tu disapukan di badan..bila dia x sapu badannya akan rasa sakit..dan sekarang bila guna pun badannya tetap sakit ..terutama ketika nak solat,mengaji, badannya makin panas dan sakit.
--------------------------------------------
**minyak dlm gambar tu adalah semua minyak yg telah saya campurkan dalam 1 botol,dan dibakar utk dimusnahkan (dibacakan dahulu)**Ada juga kertas azimat yg sentiasa dibawa bersama di dalam beg tangan**
-------------------------------------------
Ketika hendak musnahkan minyak tu perasaannya tiba tiba rasa sayang nk dimusnahkan..rawatan diteruskan, saya tanyakan siapa yang datang dari minyak ni? Jin tu 'muncul'..bercakap..'Aku duduk di dadanya,aku panas'..Saya tanya Apa tugas kamu? ..Jaga dia, jawabnya..jadi ni tuan kau lah? Saya tanya lagi..Ya! dia mengangguk..
"Perjanjian nya aku putuskan atas permintaan tuan badan ni"sy bagitau jin ni..dia hanya mengangguk.dan saya ajak masuk Islam dan ikut bersyahadah..dia muntah dan keluar..Alhamdulillah.selesai satu.

Ada lagi yang dipinggangnya sehingga ke jari tangannya. mencakar lantai..sampai krem jari..jinnya 'muncul'..sy tanya siapa..dia sebut nama bomoh yang menghantarnya utk menjaga perempuan ini..perempuan ni pernah mendapatkan rawatan darinya dan diberikan minyak yg sentiasa dibawa ke mana²..sy putuskan perjanjian nya..dan Islamkannya.dia bersyahadah..dia keluar ..Alhamdulillah..

Badannya rasa lapang ringan,panasnya hilang..rasa tajam mencucuk pun hilang..dia tidak sedar apa yg berlaku semasa rawatan ini.dia cakap apa tadi pun dia x ingat..dan dia ada bagitau sebelum ni dia selalu nampak kelibat lembaga hitam selalu ikut dia ke mana²..tapi bila tengok balik xada..sehingga kan ada beradiknya yg pernah melihat kelibat tu muka macam suaminya..sedangkan suaminya tiada di rumah..menurut saya dia nak menyerupai suaminya yang sentiasa mendampinginya..wallahu a'lam..
------------------------------------------------
Mengambil dan meminta pertolongan daripada jin akan menjadikan mereka lebih bongkak, sombong dan bertambah kejahatannya. Allah SWT berfirman:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

(Surah al-Jin: 6)

29/10/2023

TERAPI SURAH AL-BAQARAH. Sekiranya sudah dirawat dr sihir & saka,msh jg sakitnya dtg. Amalkan ini👇👇

 Sekiranya rumah kita ada menyimpan azimat, tangkal, wafaq, musnahkanlah..Kerana di situ adanya pintu kesyirikan dalam h...
28/10/2023



Sekiranya rumah kita ada menyimpan azimat, tangkal, wafaq, musnahkanlah..Kerana di situ adanya pintu kesyirikan dalam hidup kita apatah lagi jika kita percaya ia boleh menjaga keselamatan kita. Perkara khurafat itu juga membuka pintu gangguan jin ke dalam rumah dan pemiliknya.

BISMILLAH...Mencari wangian yang menenangkan minda dan menguatkan rohani untuk menaikkan semangat dan jiwa anda❓❓ GUNAKA...
26/10/2023

BISMILLAH...

Mencari wangian yang menenangkan minda dan menguatkan rohani untuk menaikkan semangat dan jiwa anda❓❓

GUNAKANLAH:
-⭕KASTURI KIJANG
-⭕KASTURI KIJANG KEMUNING HITAM
-⭕KASTURI PUTIH

Wangian kasturi (sudah dibacakan ruqyah syifa') mempunyai banyak keistimewaan antaranya :
-membantu mengatasi masalah gangguan jin.
-sihir
-saka
-keras**an
-gelisah dan lain-lain

❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗❗

Anda juga mempunyai masalah sendi, sakit badan, sakit perut, sakit kepala ❓❓

IKHTIARKAN masalah anda dengan:
📛MINYAK URUT KASTURI KIJANG BIDARA

‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼‼

Setiap pembelian 2 botol MINYAK WANGI DAN 2 botol MINYAK URUT akan mendapat diskaun RM5.

MINYAK WANGI RM15/pcs
MINYAK URUT RM25/pcs

‼‼‼whatsapp sekarang‼‼‼‼

www.wasap.my/601123811823/WANGIANKASTURI

www.wasap.my/601123811823/MINYAKURUT

# # harga TIDAK termasuk postage

10/10/2023
MOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA..SUNNAH BERWANGI WANGIAN..SESUAI UNTUK IKHTIAR RAWATAN DIRI DAN GANGGUAN.
27/08/2023

MOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA..
SUNNAH BERWANGI WANGIAN..SESUAI UNTUK IKHTIAR RAWATAN DIRI DAN GANGGUAN.

11/04/2023

Bulan Ramadan ada buat rawatan ke Rawatan Ruqyah Ust Shah ? Ya ada..Masa Ramadan ada gangguan jin juga ke? Ya ada..

12/03/2023

Jangan tertipu dengan jelmaan berjubah putih bertemu anda dalam mimpi atau sedar. Lagi² kalau dia s**a @ beri sesuatu dgn anda.

~~minyak wangi & jarum ~~Membantu merawat seseorang yang mengalami sakit gangguan jin. Kerap sakit kepala..semasa dibaca...
01/03/2023

~~minyak wangi & jarum ~~

Membantu merawat seseorang yang mengalami sakit gangguan jin. Kerap sakit kepala..semasa dibacakan ayat-ayat ruqyah bertindak balas dengan tangisan..kemudian rebah pengsan..disedarkan dan diulang² bacaan pengsan lagi..nampaknya jin yang mengganggunya cuba berdalih.

Sy bertanyakan ada tidak barang ² yang diterima @ disimpan nampak macam pelik².. Ada katanya. Anaknya ada jumpa botol minyak wangi roll on di dalam nya ada sebatang jarum. Dia pun tidak tau dari mana dan tak pernah lagi gunakan beg itu..elok tersimpan minyak itu dalam beg tu..sangkaannya tiada apa²..

Sy tuangkan minyak tersebut dan jarumnya dikeluarkan ke dalam plastik..ruqyah diteruskan. Jin ini menunjukkan jari ke arah minyak ini..katanya dari minyak ini..muntah orang ini apabila diperintahkan supaya jin ini keluar..tapi masih lagi tersekat ..sy perintahkan ayahnya bakarkan plastik yg ada minyak tadi..untuk dimusnahkan..ruqyah disambung dan jinnya keluar melalui mulut dan muntah..ruqyah diteruskan sehingga tiada tanda reaksi jin masih ada di badan..
-------------------------------------------------
Buhul@ barang sihir tidak semuanya dalam bentuk fizikal / zahir yg berhampiran dengan kita. Ada juga dalam bentuk yang tidak dapat dilihat yg jauh dari kita umpamanya mantera yg dibacakan ke atas seseorang..sekiranya ada dlm bentuk zahir yg ditemui maka mesti dimusnahkan ..rawatan bukanlah dalam misi pencarian buhul tapi rawatan yang dibacakan ayat-ayat ruqyah utk memutuskan sihir yang ada @ gangguan..

Daripada Khaulah binti Hakim al-Sulamiyyah R.anha, beliau mendengar Nabi SAW bersabda:


مَنْ نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قَالَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ، حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang tiba di suatu tempat, lalu dia membaca: Aku memohon perlindungan daripada kalimah-kalimah-Mu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan. Maka dia tidak akan ditimpa mudharat sehinggalah dia keluar daripada tempat tersebut. ” [Riwayat Muslim (2708), Imam al-Tirmizi (3437) dan Imam Ibn Majah (3547)]

Mohonlah perlindungan semata-mata hanya kepada Allah..moga kita semua dijauhkan dari kejahatan makhluk dan jin..Wallahu a'lam..

Address

Saratok
Saratok
95400

Telephone

+601123811823

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Ruqyah Ust Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram