13/07/2022
V**E PUNCA BUDAK SEKOLAH MENJADI PENAGIH NIKOTIN
Yer... Inilah realitinya. Pihak industri kata v**e membantu perokok berhenti merokok. Soalannya... Kenapa budak sekolah yang tidak merokok tiba-tiba va**ng?
Sungguh memeranjatkan apabila semakin ramai pelajar yang va**ng walaupun sebelum ini tidak pernah merokok. Bukan pelajar lelaki sahaja, malah pelajar perempuan turut terjebak mengambil v**e.
Apabila kami buat aktiviti di sekolah untuk membantu budak-budak yang sudah menjadi mangsa produk merokok termasuk v**e untuk kembali menjadi pelajar yang tidak mengambil apa-apa bahan penyebab ketagihan terutamanya nikotin....pelbagai maklum balas yang kami terima daripada kanak-kanak malang ini.
Melalui aktiviti perbincangan kumpulan, kami ingin tahu mengapa v**e menjadi pilihan dan bukan rokok dalam kalangan pelajar yang sudah terjebak ini... Lihat jawapan mereka (rujuk gambar)
"Kenapa v**e lebih baik daripada rokok?"
Jawapan pelajar :
1. Tiada nikotin
2. Berperisa
3. Berasa manis
4. Boleh guna lama
5. Senang nak dapat (kedai berdekatan sekolah)
6. Tidak mempunyai air tembakau
7. Lebih jimat. Pakai lama
8. Rupa cantik. Boleh buat collection
9. Tidak berbau
10. Wangi
Begitulah jawapan pelajar. Boleh tanya cikgu-cikgu sekolah bagaimana keadaan sekolah mereka berkaitan pelajar yang mengambil v**e ini? Waktu rehat sedut v**e beramai-ramai dalam tanda.
Device-nya (peranti v**e) yang kini bersaiz kecil & tak perlu lighter untuk menghidupkannya seperti rokok. Picit button & sedut. Begitu murah, malah mudah juga untuk berkongsi dengan rakan-rakan lain. 5000 puff/device...inhaler untuk pesakit asthma pun baru 200 puff/device. Bau pun tidak seperti rokok & berperisa.
Bukankah semua ini bukan untuk tujuan berhenti merokok seperti yang dicanang-canangkan oleh penjual v**e? Akhirnya tanpa kawalan & integriti penjual, device v**e ini sampai di tangan kanak-kanak yang masih bersekolah.
Murah & senang didapati. Keluar sahaja daripada pagar sekolah... Di kedai runcit, kedai serbaneka, kedai/warung/gerai makan malah gerai abang jual air pun ada jual v**e yang pakai buang ini. Pelajar nak masuk kedai v**e pun boleh. Tiada semakan umur. Cukup ketinggian sahaja sudah boleh masuk ke kedai v**e untuk membelinya. Kedai v**e pun banyak di rumah-rumah kedai berdekatan sekolah.
Harga serendah Rm15 untuk 800 puff atau RM35 untuk 5000 puff. Kumpul seringit dua sehari duit belanja sekolah pun sudah boleh beli v**e ini dan bertahan 1-2bulan.
Bagaimana ibu-bapa semua? Adakah tuan/puan sedar wabak ini sedang melanda sekolah anak-anak anda? Inilah kesan agenda "NORMALISASI" yang sedang dilakukan oleh pihak industri.
Pelanggan baharu semakin ramai. Mereka bukan target perokok atau orang dewasa. Mereka target kanak-kanak yang jumlahnya lebih ramai.
Sebab Itulah kita perlukan suatu pendekatan yang baharu & lebih tegas seperti yang dicadangkan oleh pihak KKM menerusi Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin agar di wujudkan "Generational End Game"(GEG).
Intipati GEG ini adalah untuk melarang secara total kanak-kanak yang lahir 2005 ke atas yang mana mereka ini masih bawah 18tahun dan sememangnya (ikut undang-undang semasa) tidak boleh atau dibenarkan membeli atau mengambil produk merokok untuk terus kekal larangan ini walaupun selepas berusia 18tahun. Tempoh larangan yang berterusan ini bakal mewujud negara kita (Malaysia) yang bergenerasi bebas produk merokok sekitar 2050 nanti.
Pihak NGO kesihatan perlukan sokongan semua pihak. Mohon untuk tanda tangan suara rakyat ini sebagai tanda sokongan majoriti masyarakat Malaysia yang ingin melihat dan melindungi future generation kita daripada menjadi "Penagih Nikotin (produk merokok)":
https://chng.it/bGsb5P2Pd4
Sokongan anda semua diharapkan dapat menyampaikan satu mesej penting kepada kerajaan untuk menerima baik cadangan ini yang akan dibentangkan seperti yang telah dijanjikan iaitu dalam penbentangan rang undang-undang baharu berkaitan produk merokok di Parlimen pengunjung Julai ini. Jom kita sokong usaha baik ini.
Perangi gejala merokok & va**ng ini bukan perjuangan pihak berwajib dalam bidang kesihatan sahaja di Malaysia ini... Ia sepatutnya adalah perjuangan kita semua masyarakat Malaysia yang ingin lihat generasi muda yang bebas daripada menjadi "Penagih Nikotin"
**ng
Nota: soalan ini dikemukakan diikuti dengan sesi penerangan dan pembelajaran. Soalan ini ingin melihat jawapan daripada pelajar agar dalam sesi penerangan, Isu2 penting dapat disampaikan dan diperbetulkan. Untuk makluman program ini bukan touch n go. Pelajar2 ini masih dalam pemantauan dan mengikuti program ini setiap 2 minggu bersama-sama anggota kesihatan. Ia adalah program bermodul dan masih dalam projek Rintis melihat kesesuaian dan keberkesanan program. Doakan Budak2 ini berjaya meninggalkan tabiat va**ng dan kejayaan program ini.