Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam

Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam Perkhidmatan Psikologi Koreksional seiring dengan aplikasi psikologi dalam membina modal insan yang ke arah kesejahteraan psikologi yang baik.

22/03/2026

Takbir Raya bergema, bermakna Hari Raya telah tiba dengan kemenangan. Kali ini dalam kalangan kakitangan lelaki di Pusat Koreksional Puncak Alam sedia mengalunkan. Takbir Raya Aidilfitri dengan syahdu keriangan.


.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua warga kerja perkhidmatan awam khususnya kepada kaki...
22/03/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua warga kerja perkhidmatan awam khususnya kepada kakitangan Pusat Koreksional Puncak Alam.

Semoga di hari lebaran tahun ini memberi seribu makna dalam memperolehi kesejahteraan dalam hidup.

Ikhlas dari
Unit Pengurusan Psikologi,
Seksyen Rawatan Dan Pemulihan,
Pusat Koreksional Puncak Alam.
Jabatan Penjara Malaysia.


Unit Pengurusan Psikologi PKPA dalam inisiatif pewujudan inovasi penulisan psikologi dengan pelaksanaan penulisan santai...
03/03/2026

Unit Pengurusan Psikologi PKPA dalam inisiatif pewujudan inovasi penulisan psikologi dengan pelaksanaan penulisan santai terhadap warga kerja PKPA dan pendedahan secara umur berkaitan ilmu psikologi dalam konteks masyarakat.

TINTA PSIKOLOGI telah diketengahkan oleh UPPs PKPA dalam mewujudkan suasana cakna terhadap psikologi diri dan kesan dalam kehidupan seharian.

TINTA PSIKOLOGI kali ini telah disumbangkan oleh Encik Rahmansyahputra bin Afrizal, Ketua Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam dalam tajuk TINTAnya iaitu SIAPA NARSISTIK?




Pada 24 Februari 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Program Psikopendidik...
25/02/2026

Pada 24 Februari 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Program Psikopendidikan Prospek : Ketenangan Diri Dalam Hidup yang bertempat di Surau Abu Bakar (Prospek). Program ini bertujuan memberi penerapan berkaitan daya tindak diri terhadap cabaran hidup yang membawa kepada kesejahteraan psikologi. Seramai 58 orang prospek telah menjalani program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Latihan Dalam Kumpulan, pembentangan kumpulan dan daya tindak terhadap cabaran yang wujud. Aktiviti ini telah disampaikan oleh Encik Rahmansyahputra bin Afrizal, Ketua Unit Pengurusan Psikologi PKPA dan dibantu oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam serta dikawal oleh Pegawai PPI. Semoga penerapan ini dapat membantu para prospek dalam mengurus emosi mereka.




When you know the objective, you will give an action without question first. So call, This is Man Livelihood Style..So, ...
12/02/2026

When you know the objective, you will give an action without question first. So call, This is Man Livelihood Style..

So, every issues in our live, must solve it with action, not just question..




Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Pada 11 Februari 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Program Psikopendidik...
12/02/2026

Pada 11 Februari 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Program Psikopendidikan Prospek : Komunikasi Sejahtera bertempat di Surau Abu Bakar. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pemulihan terhadap sikap seseorang dalam berkomunikasi dengan orang lain.

Seramai 28 orang prospek telah menyertai program ini bagi membantu mereka untuk mempraktiskan komunikasi sejahtera. Antara aktiviti yang dijalankan seperti Train Telekom, Enhance Self Motivation dan perkongsian berkaitan isu remaja masa kini. Setiap aktiviti tersebut telah disampaikan oleh Encik Rahmansyahputra bin Afrizal, Ketua Unit Pengurusan Psikologi PKPA dan dikawal oleh KPL Nurul Aiman bin Hasan, Pegawai PPI. Semoga setiap penyampaian di dalam program ini dapat memberikan pemulihan terhadap cara komunikasi mereka pada masa akan datang.





Unit Pengurusan Psikologi PKPA dalam inisiatif pewujudan inovasi penulisan psikologi dengan pelaksanaan penulisan santai...
12/02/2026

Unit Pengurusan Psikologi PKPA dalam inisiatif pewujudan inovasi penulisan psikologi dengan pelaksanaan penulisan santai terhadap warga kerja PKPA dan pendedahan secara umur berkaitan ilmu psikologi dalam konteks masyarakat.

TINTA PSIKOLOGI telah diketengahkan oleh UPPs PKPA dalam mewujudkan suasana cakna terhadap psikologi diri dan kesan dalam kehidupan seharian.

TINTA PSIKOLOGI kali ini telah disumbangkan oleh Encik Rahmansyahputra bin Afrizal, Ketua Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam dalam tajuk TINTAnya iaitu SADISTIC PERSONALITY DISORDER




Pada 6 Februari 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam bersama Unit Agama PKPA telah dijemput ol...
06/02/2026

Pada 6 Februari 2026, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam bersama Unit Agama PKPA telah dijemput oleh Pej.Parol Daerah Klang untuk memberikan intervensi kepada ODP yang sedang menjalani program PAROL di McDonald's Kinrara. Program ini bertujuan memberikan input berkaitan kesejahteraan psikologi, pencaknaan pemikiran rasional, penerimaan realiti kehidupan dan pengetahuan berkaitan kesihatan mental. Aspek kewarasan berfikir (rasional thought) amat penting dalam membantu diri ODP dalam berhadapan dengan cabaran dan isu kesihatan mental. Ia juga memberikan kesegaran dalam menjaga kesihatan mental dengan baik di dalam kelompok masyarakat.

En.Rahmansyahputra Bin Afrizal selaku Pegawai Psikilogi PKPA bersama Ust. Muhammad Fadil bin Salman, Pegawai Agama PKPA telah hadir dan melaksanakan Sesi Intervensi Psikologi dan Agama terhadap 14 orang ODP di sini. Semoga menjadi pemula kepada pembentukan kognitif yang baik.




.

Unit Pengurusan Psikologi PKPA dalam inisiatif pewujudan inovasi penulisan psikologi dengan pelaksanaan penulisan santai...
31/12/2025

Unit Pengurusan Psikologi PKPA dalam inisiatif pewujudan inovasi penulisan psikologi dengan pelaksanaan penulisan santai terhadap warga kerja PKPA dan pendedahan secara umur berkaitan ilmu psikologi dalam konteks masyarakat.

TINTA PSIKOLOGI telah diketengahkan oleh UPPs PKPA dalam mewujudkan suasana cakna terhadap psikologi diri dan kesan dalam kehidupan seharian.

TINTA PSIKOLOGI kali ini telah disumbangkan oleh Cik Nur Ain Batrisyia binti Baharudin, Junior Psikologis Pusat Koreksional Puncak Alam dalam tajuk TINTAnya iaitu SELF DETERMINATION- MOTIVASI BANDUAN BAWAH UMUR.



Unit Pengurusan Psikologi PKPA dalam inisiatif pewujudan inovasi penulisan psikologi dengan pelaksanaan penulisan santai...
31/12/2025

Unit Pengurusan Psikologi PKPA dalam inisiatif pewujudan inovasi penulisan psikologi dengan pelaksanaan penulisan santai terhadap warga kerja PKPA dan pendedahan secara umur berkaitan ilmu psikologi dalam konteks masyarakat.

TINTA PSIKOLOGI telah diketengahkan oleh UPPs PKPA dalam mewujudkan suasana cakna terhadap psikologi diri dan kesan dalam kehidupan seharian.

TINTA PSIKOLOGI kali ini telah disumbangkan oleh Cik Nur Ain Batrisyia binti Baharudin, Junior Psikologis Pusat Koreksional Puncak Alam dalam tajuk TINTAnya iaitu DIPRESI.



Pada 23 Disember 2025 Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Program Psikopendidika...
26/12/2025

Pada 23 Disember 2025 Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Program Psikopendidikan Prospek : Terapi Pengurusan Emosi yang berlangsung di Sekolah Integriti Puncak Alam PKPA. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan penerapan aktiviti yang membawa kepada terapi pengurusan tekanan kepada para prospek bagi mencegah dari terlibat dengan cubaan bunuh diri sekaligus mengurangkan risiko keselamatan dalam blok.

Program ini telah dihadiri oleh 24 orang prospek yang terdiri daripada jenayah dadah dan kanun kesiksaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah penilaian psikologi dan Terapi Puzzle. Aktiviti ini telah dijalankan oleh Cik Nur Ain Batrisya binti Baharuddin, Junior Psikologis dan dibantu oleh Kpl Nurazureen binti Abas. Semoga aktiviti ini memberikan input² yang berguna kepada semua prospek bagi menguruskan emosi dengan baik.



.

Pada 23 Disember 2025, Ketua Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam , En.Rahmansyahputra bin Afrizal t...
24/12/2025

Pada 23 Disember 2025, Ketua Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam , En.Rahmansyahputra bin Afrizal telah dijemput dalam sesi temubual Perkongsian Pengalaman Pegawai Psikologi oleh Pn.Siti Aisyah bin Mohd Ariffin dalam menjalankan penyelidikan di peringkat Phd berkaitan Kesejahteraan Psikologi, Pengurusan Konflik dan Keseimbangan Kerja Kehidupan Wanita Bekerja : Perspektif Kaunselor

Semoga setiap perkongsian pengalaman berkaitan isu-isu yang melibatkan wanita bekerja ini akan memberikan impak yang positif dalam penyelidikan PhD beliau dan terus maju jaya hingga mencapai matlamat yang diimpikan.





Address

Pusat Koreksional Puncak Alam, Off Jalan Meru Tambahan, Bandar Puncak Alam
Selangor Darul Ehsan
42300

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Telephone

+60333923832

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category