25/09/2021
Korang dah ada plan nak bercuti kemana-mana hujung minggu ni ke?
Dalam group kami dah kecoh duk kongsi preparation nak staycation, camping, jalan-jalan hujung minggu dan yada-yada.
Fuhhh, list memang panjang sangat lah!
Ramai nak check in hotel, homestay, resort for staycation. Tau-tau je lah bilik-bilik tu lama tak dihuni. Jadi, memang lumrah mak bapak kan sejenis yang risau kat anak-anak.
Mahu tak risau?
Mestilah risau kalau-kalau ada pepijat atau kutu tilam.
Dengan bau kepamnya, memang perlu something untuk boost mood holiday ni. Tak mau lah nanti energi tak best sebab nak hadap benda macam ni.
Ada juga kang balik staycation makin stress ni ha. Jadi, sebelum jadi benda yang tak diingini, kita prepare siap-siap.
Alhamdulillah, as an oiler tegar - stok minyak pati sentiasa ada kat rumah. Nak bercuti ni kita angkut minyak pati Purification.
Mudah nak bawa minyak pati ni ke mana-mana. Memang jadi penyelamat ketika mengembara dan sesuai sangat untuk kita yang planning nak travel ni.
Kita hanya perlu sediakan botol spray yang ditambahkan dengan beberapa titis Purification dan air suling. Kemudian, sembur pada tilam. Dah selesai masalah bau kepam dan pepijat.
Choppp!
Kita boleh juga titiskan beberapa titis Purification pada bebola kapas dan letakkan pada saluran udara di dalam bilik hotel atau mana-mana tempat kita menginap, almari, laci, kasut, dan, tong sampah untuk menyegarkan udara.
Nak lagi mudah, angkut sekali diffuser sweet aroma yang kecil & comel tu. On je diffuser bila dah sampai bilik percutian kita tu ya. Baru lah nyaman hidup nak bercuti.
Korang dah prepare ke apa nak bawa masa bercuti?