Puan Tuan Nurul Ain

Puan Tuan Nurul Ain Menjual makanan dan produk kesihatan

JANGAN PAKAI KALAU TAK NAK ANAK CACAT
06/09/2024

JANGAN PAKAI KALAU TAK NAK ANAK CACAT

06/09/2024

Ajar anak buat kerja rumah sejak kecil. Berikut ialah house chores seawal usia anak 2 tahun. Tengok apa yang anak-anak boleh bantu. Pastikan rumah kita kemas dulu ya. Baru anak tidak konfius.

08/12/2023

Selalu ada hikmah dalam setiap kejadian, bahkan yang paling pahit sekalipun. Allah tak pernah tak
berpihak padamu, bahkan ini adalah salah satu jalan bagimu untuk bertumbuh, menjadi peribadi tangguh, memiliki sabar seluas langit, memiliki hati yang teguh. Asal kau mau melapangkan hati menerima ketetapan.

Jangan buat kehidupan jadi lebih rumit, menenggelamkan dirimu dalam lingkaran kebebasan yang kebablasan tak akan membuat semua keadaan membaik. Itu hanya menambah rentetan masalah pada masa depan.

07/12/2023

Jauh kita berjalan menyusuri kehidupan ini, melewati pelbagai badai, menemui pelbagai pilihan.

Pada satu waktu kita pasti menemui titik jenuh, badan terasa kuat tapi hati begitu rapuh. Rasanya kita ingin p**ang tapi tak tahu akan ke mana.

Termenung hilang arah.

Sungguh tidak ada tempat lebih tenang, melainkan kembali membuka lembaran Al-Quran.

Ya,Allah aku p**ang!

Allah sangat mencintai orang-orang yang sabr. Sabar itu tidak lemah, tidak patah semangat dan tidak p**a menyerah atau b...
21/05/2022

Allah sangat mencintai orang-orang yang sabr. Sabar itu tidak lemah, tidak patah semangat dan tidak p**a menyerah atau berputus asa. (3/146)

Kalimah As-Sabr bermaksud berhenti, menahan atau mengawal diri.

Ibn Qayyum menjelaskan bahawa sabar itu bermaksud memiliki kemampuan untuk menahan diri daripada rasa putus asa, menahan diri daripada mengeluh, dan mengawal diri pada saat-saat kesedihan.

Sabar bukan bermaksud kita menafikan sesuatu emosi yang ada. Keimanan tidak membuat kita imun terhadap kesedihan.

Sabar tidak bermaksud kita tenang tidak dikocak perasaan.

Pada masa tekanan dan kegelisahan, menyerah kepada kehendak Tuhan adalah satu kelegaan yang tidak dapat dilupakan.

Ia tidak bermaksud kita duduk dan membiarkan hidup.

Ia bermaksud kita berusaha mencari keredaan Allah dalam setiap aspek kehidupan.

Bersabar adalah kerja keras, ia tidak selalu datang secara semulajadi atau mudah.

25/04/2022

Tidak sempurna perihal seorang pendakwah kepada jalan Tuhan Penguasa Alam, sehinggalah percakapan dan perbuatannya boleh dijadikan hujjah ke atas seluruh orang beriman.

Untaian Hikmah Imam Al-Haddad

Syarah:

Para pendakwah adalah pewaris dan pengganti para Nabi yang telah diutuskan oleh Allah SWT. Maka dakwah mereka kepada ummah tidak akan memberi kesan dan berjaya melainkan mereka menguasai ilmu ilmu dakwah, sempurna mengikuti jejak langkah para nabi pada zahir dan batinnya. Perbuatan mereka membenarkan perkataan mereka dan perkataan mereka membenarkan perbuatan mereka.

Merekalah yang akan dimanfaatkan oleh hamba-hamba Allah SWT. Ini kerana bahasa perbuatan lebih difahami berbanding bahasa lidah. Ahli langit dan bumi akan mendoakan keampunan untuk mereka. Allah SWT menjadikan rasul-rasul sebagai hujah ke atas manusia dan para pendakwah yang sebenar adalah waris mereka.

Moga Allah SWt menggolongkan kita dalam kalangan mereka.

Sebahagian manusia itu ada yang memadai dengan isyarat tanpa perlu penjelasan. Sebahagian mereka itu ada yang perlu kepa...
24/04/2022

Sebahagian manusia itu ada yang memadai dengan isyarat tanpa perlu penjelasan. Sebahagian mereka itu ada yang perlu kepada penjelasan (untuk memahaminya) yang disertai dengan sikap santun dan lembut. Ada sebahagian mereka itu tidak berkesan padanya melainkan kekerasan dan kekasaran. Dan ada sebahagian mereka (yang langsung) tidak berkesan dengan cara ini dan itu, maka orang ini daripada kalangan syaitan.

Keempat-empat golongan ini semuanya ada perumpamaan daripada haiwan-haiwan:

• Perumpamaan Golongan pertama adalah seumpama haiwan yang jinak yang tidak perlu untuk dikekang atau dipukul.

• Perumpamaan golongan kedua adalah seumpama haiwan yang cukup dikekang tanpa perlu dipukul.

• Perumpamaan golongan ketiga adalah seumpama haiwan yang tidak akan taat melainkan dengan dipukul dan diherdik.

• Perumpamaan golongan keempat adalah seumpama haiwan yang sekiranya engkau mengekangnya (dengan tali pengekang) atau memukulnya maka ia bertambah liar.

Jika salah pendekatan kita mendidik, orang yang boleh menjadi baik akan lari.

22/04/2022

Walaupun kebahagiaan adalah matlamat hidup semua orang, selalunya sukar untuk kita melepasi ilusi membezakan cinta daripada hawa.

Cara yang paling selamat ialah, bertanya pada diri,

“Adakah semakin dekat dengan orang yang saya ‘sayangi’ ini membawa saya lebih dekat kepada Allah atau lebih menjauh?”

Dalam erti kata lain, “adakah orang ini telah menggantikan Allah di dalam hati saya?”

Cinta sejati atau murni tidak boleh bertentangan atau menandingi cinta seseorang kepada Allah. Ia harus menguatkannya.

Itulah sebabnya cinta sejati hanya mungkin dalam batas-batas apa yang dihalalkan oleh Allah sahaja. Selain itu, ia tidak lebih daripada hawa, sama ada kita tunduk atau menolak.

Kita adalah hamba kepada Allah, atau hamba kepada hawa. Ia tidak boleh kedua-duanya.

Hanya dengan berjuang melawan keseronokan palsu (nafsu) kita boleh mencapai kebahagiaan sebenar.

Oleh sebab itu, perjuangan melawan hawa nafsu adalah prasyarat untuk mencapai syurga.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَاَ مَّا مَنْ خَا فَ مَقَا مَ رَبِّهٖ وَ نَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوٰى

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya,"
(QS. An-Nazi'at 79: Ayat 40)

فَاِ نَّ الْجَـنَّةَ هِيَ الْمَأْوٰى

"maka sungguh, surgalah tempat tinggal(nya)."
(QS. An-Nazi'at 79: Ayat 41)

22/04/2022

Cinta sejati mendatangkan ketenangan—bukan sehingga batin terseksa.

Cinta sejati membolehkan kita berdamai dengan diri sendiri dan dengan Tuhan.

Sebab itu Allah berfirman: "supaya kamu berdiam dengan tenteram."

Hawa adalah sebaliknya. Hawa akan membuat kita sengsara. Sama seperti dadah, kita akan mendambakannya sentiasa, tetapi tidak pernah puas. Kita akan mengejarnya hingga merugikan diri sendiri, tetapi tidak pernah mencapainya.

Walaupun kita menyerahkan seluruh diri kepadanya, ia tidak akan membawa kebahagiaan.

Selalu kita dengar, seorang isteri melakukan segala-galanya untuk suaminya, akhirnya suami meninggalkannya pergi, tahulah beliau saat itu selama ini dirinya bukan berkhidmat untuk suami, tanpa sedar telah memperhambakan diri.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَمِنْ اٰيٰتِهٖۤ اَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ اَزْوَا جًا لِّتَسْكُنُوْۤا اِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَّوَدَّةً وَّرَحْمَةً ۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰ يٰتٍ لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."
(QS. Ar-Rum 30: Ayat 21)

22/04/2022

Seorang pencinta duniawi bukan hanya kepada manusia, tetapi kepada apa
sahaja di sekelilingnya, termasuklah harta, pangkat, pasangan, anak-anak, malah apa sahaja, dengan ungkapan sebegini,

“Saya akan lakukan apa sahaja demi mencapai apa yang saya impikan”,

sehingga terkorban jiwa-jiwa di sekelilingnya termasuklah Tuhan Sang Pencipta.

Dalam karya sasterawan Barat, contoh-contoh pemujaan sang lelaki terhadap wanita pujaan,
betapa dahsyatnya kesengsaraan, sehingga penglihatan, pendengaran dan hati sudah tertutup untuk melihat kebenaran.

“Kesedihan saya ini kerana cinta saya pada dia tidak bertepi”.

Semua ini bukanlah cinta, tetapi penjara pada kita.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

اَفَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ اِلٰهَهٗ هَوٰٮهُ وَاَ ضَلَّهُ اللّٰهُ عَلٰى عِلْمٍ وَّخَتَمَ عَلٰى سَمْعِهٖ وَقَلْبِهٖ وَجَعَلَ عَلٰى بَصَرِهٖ غِشٰوَةً ۗ فَمَنْ يَّهْدِيْهِ مِنْۢ بَعْدِ اللّٰهِ ۗ اَفَلَا تَذَكَّرُوْنَ

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"
(QS. Al-Jasiyah 45: Ayat 23)

22/04/2022

“Jika 'cinta' kita kepada sesuatu membuatkan kita sanggup menyerahkan keluarga, maruah, harga diri, badan, kewarasan, ketenangan jiwa, agama, dan Tuhan kita yang menciptakan kita daripada tiada, ketahuilah. bahawa kita tidak 'bercinta'. Kita adalah hamba.”

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَمِنَ النَّا سِ مَنْ يَّتَّخِذُ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ اَنْدَا دًا يُّحِبُّوْنَهُمْ كَحُبِّ اللّٰهِ ۗ وَا لَّذِيْنَ اٰمَنُوْۤا اَشَدُّ حُبًّا لِّـلّٰهِ ۗ وَلَوْ يَرَ ى الَّذِيْنَ ظَلَمُوْۤا اِذْ يَرَوْنَ الْعَذَا بَ ۙ اَنَّ الْقُوَّةَ لِلّٰهِ جَمِيْعًا ۙ وَّاَنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعَذَا بِ

"Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab (pada hari Kiamat), bahwa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahwa Allah sangat berat azab-Nya (niscaya mereka menyesal)."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 165)

Orang yang tenang itu bukanlah orang yang mempunyai segala-galanya, tetapi pada saat dia sedih, dia tidak terlalu sedih,...
07/03/2022

Orang yang tenang itu bukanlah orang yang mempunyai segala-galanya, tetapi pada saat dia sedih, dia tidak terlalu sedih, pada saat dia kecewa, dia tidak terlalu kecewa, pada saat dia gembira, dia tidak terlalu gembira.

Titik keseimbangan itulah rahsia ketenangan.

Address

Selangor
47500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puan Tuan Nurul Ain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Puan Tuan Nurul Ain:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram