Kembara Delima Biz

Kembara Delima Biz Jus Delima Bioemas adalah produk makanan sunnah terbaik memberi byk kebaikan untuk tubuh badan kita.

Bioemas merupakan produk kesihatan yang mampu mengatasi masalah kesihatan seperti sakit jantung, sakit sendi dan saraf, kencing manis, strok, alahan mengandung/ morning sickness, luka pembedahan, gout, gastrik, asma/ lelah, fibroid dan sebagainya.

  Mengawal gula dalam darahCarta Suku-Suku-Separuh adalah sebagai panduan untuk jumlah satu2 hidangan pagi, petang dan m...
17/05/2019

Mengawal gula dalam darah

Carta Suku-Suku-Separuh adalah sebagai panduan untuk jumlah satu2 hidangan pagi, petang dan malam. Bagi pesakit Diabetes, hadkan pengambilan karbohidrat, serat dan protein seharian. Contoh ringkas pengambilan hidangan dalam sehari ialah :
1. Sarapan pagi :
• Roti gandum sekeping (Karbohidrat)
• Salad+timun+tomato (Serat)
• Telur ayam / Tuna (Protien)

2. Snack :
• Buah epal / betik semangkuk kecil (Serat)

3. Tengah Hari :
• Nasi beras perang 15gram (Karbohidrat)
• Sayur brokoli / kangkung (Serat)
• Ayam / ikan bakar (Protien)

4. Snack :
• Kacang Badam/ pistachio (Serat)

5. Malam (Sebelum pukul 10 malam) :
• Mee kuning satu senduk (Karbohidrat)
• Tomato / sawi / salari (Serat)
• Sup ayam/ ikan (Protien)

Anda boleh membuat pertukaran pengambilan jenis2 karbohidrat, serat dan juga protein mengikut citarasa masing2. Cotoh :
1. Karbohidrat
• Nasi
• Kentang
• Roti
• Pasta
• Pisang

2. Serat
• Brokoli
• Timun
• Kangkung
• Bayam hijau
• Avocado

3. Protien
• Dada ayam
• Daging merah
• Ikan segar
• Susu
• Yogurt
• Tuna

   mengawal gula dalam darah. Bagi pesakit diabetes, ada 2 kaedah pop**ar untuk mengawal gula dalam darah.1. Mengambil u...
07/05/2019

mengawal gula dalam darah.

Bagi pesakit diabetes, ada 2 kaedah pop**ar untuk mengawal gula dalam darah.

1. Mengambil ubat kencing manis/insulin atas nasihat doktor.
Lazimnya, doktor akan menasihatkan utk mengambil ubat kencing manis jika bacaan gula terlalu tinggi. Apabila ubat tadi tidak memberi kesan dalam jangka masa tertentu, maka doktor akan menambahkan dos pengambilan ubat atau bertukar kpd ubat yg lebih kuat ataupun bertukar kepada suntikan insulin.

2. Mengubah cara hidup dengan mengamalkan diet yg sihat dan bersenam.
Sebenarnya kita masih boleh mengurangkan dan mengawal kadar gula dalam darah dgn mengamalkan diet yg betul tanpa tergesa2 menambah dos ubat atau suntikan insulin. Badan kita masih memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga utama. Tanpa karbohidrat, badan akan menjadi letih dan tidak bertenaga. Apa yang paling penting ialah :
~mengenalpasti kuantiti karbohidrat yang diperlukan oleh badan kita.
~karbohidrat mestilah diambil bersama2 dengan serat (fiber) dan juga sumber protien.
~Lakukan senaman 30 minit sehari.

16/12/2018
Assalamualaikum para pelanggan yang dikasihi, mungkin masih ada yang tidak sedia maklum harga semasa produk Jus Bioemas....
22/11/2018

Assalamualaikum para pelanggan yang dikasihi, mungkin masih ada yang tidak sedia maklum harga semasa produk Jus Bioemas. Untuk makluman para pelanggan ;

Harga semasa Jus Bioemas :
*700ml: Rm95
*400ml: Rm65
Manakala, produk terbaru *Minyak Kelapa Dara (VCO Bio Emas) : Rm38*

*Pesanan boleh dibuat melalui link :*
*http://www.wasap.my/60193007150*

🚚Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia adalah *PERCUMA*.
🚚Penghantaran secara C.o.d @ Door to door sekitar lembah klang adalah *PERCUMA*.

*Admin*

Pihak Kembara Delima Biz mengucapkan selamat memperingati Maulidur Rasul kepada masyarakat muslim seluruhnya. Pemberitah...
19/11/2018

Pihak Kembara Delima Biz mengucapkan selamat memperingati Maulidur Rasul kepada masyarakat muslim seluruhnya.
Pemberitahuan : Kembara Delima Biz akan bercuti pada hari Selasa (20 November 2018) dan bekerja semula pada hari Rabu (21 November 2018). Sekian, harap maklum.

Admin

SELEPAS BEBERAPA HARI, SYST SUDAH MENGECUT!Semalam pergi klinik check up perut...Alhamdulillah berkat doa n minum jus Bi...
12/11/2018

SELEPAS BEBERAPA HARI, SYST SUDAH MENGECUT!

Semalam pergi klinik check up perut...
Alhamdulillah berkat doa n minum jus BioEmas suggest dari FB Kembara Delima Biz, ovarian syst sy semakin mengecut..syukur tkde la risau sgt...tp still kene refer kt hospital juga for further check up....apa pun syukur pd tuhan n kawan2 yg mendoakan..

Bagi ibu-ibu mengandung, ambil dua sudu jus Bio Emas 3 kali setiap hari untuk :
1. Membantu melengkapkan proses pembentukan janin dan rangka badan dengan sempurna
2. Mencegah daripada morning sickness / mengalami muntah, loya, pening dan lain-lain simptom awal mengandung.
3. Membekalkan nutrisi, vitamin dan mineral dan menstabilkan paras hb.
4. Membekal tenaga yang diperlukan sepanjang hari.

Ingin dapatkan juga? hubungi/whatsapp segera 0193007150

Call/whatsapp 0193007150..Badan letih sebenarnya petanda bahawa badan anda memerlukan rehat yang betul & perubahan gaya ...
05/11/2018

Call/whatsapp 0193007150..

Badan letih sebenarnya petanda bahawa badan anda memerlukan rehat yang betul & perubahan gaya hidup yang sihat.

Andai hanya rehat sahaja, tetapi setelah bangun tidur badan masih lesu. Itu menandakan badan anda sebenarnya tidak mendapat penjagaan sebaiknya.

Rehat secukupnya & tukar gaya pemakanan anda serta amalan bersenam ringan akan bantu mengubah sistem tubuh badan anda menjadi lebih baik.

Nak kurangkan letih, pastikan anda berikan nutrisi penting & berkhasiat untuk badan anda. Dengan Delima Bio Emas, anda akan menjadi lebih bertenaga & cergas!

Tiada lagi masalah susah berpisah dengan katil empuk anda atau masalah mahu sambung tidur akibat keletihan!

Amalkan setiap hari sebelum tidur & sebelum sarapan. Rasai perubahannya!

RM95 sahaja untuk 700ml👍👍👍👍👍👍👍

L http://bioemashq.wasap.my/
L http://bioemashq2.wasap.my/

03/11/2018
Tanda-tanda Buah Pinggang RosakSetiap hari ramai yang mengidap sakit buah pinggang dan terpaksa menyambung hayat dengan ...
25/10/2018

Tanda-tanda Buah Pinggang Rosak
Setiap hari ramai yang mengidap sakit buah pinggang dan terpaksa menyambung hayat dengan bergantung kepada mesin hemodialisis. Dianggarkan lebih 20,000 sedang mengalami masaalah buah pinggang dengan pertambahan 2,500 kes setiap tahun.

Menurut Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Tan Wee Ming, punca utama kerosakan buah pinggang ialah penyakit kencing manis (54 peratus daripada kes yang perlu dialisis).

Kegagalan buah pinggang atau ginjal berlaku tanpa disedari. Ia juga jarang menunjukkan sebarang gejala awal hinggalah buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi. Pada ketika ini baru timbul pelbagai gejala tidak menyenangkan seperti kerap kencing pada waktu malam, cepat letih, kurang selera makan, kaki bengkak atau kencing berdarah, hilang selera makan serta rasa mual.

Tanda-tanda Buah Pinggang Rosak
– Rasa tidak selesa atau terbakar pada kemaluan (sakit) ketika buang air kecil.
– Air kencing bercampur darah.
– Berlaku perubahan jadual membuang air kecil. Biasanya ia menjadi lebih kerap.
– Sakit belakang.- Kerap buang air kecil pada tengah malam.
– Kaki membengkak, khususnya di pergelangan kaki atau di bahagian muka.
– Sekelip mata menjadi sembab dan ia berlarutan. Tanda ini lebih jelas pada waktu pagi.

Bahan toksik ini lama kelamaan meracuni tubuh pesakit dan menimbulkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Walaupun teknologi perubatan semakin canggih, kegagalan buah pinggang tiada ubatnya. Perkara ini sering disalah anggap kebanyakan masyarakat kita. Untuk terus hidup, kata Dr Zaki, pesakit boleh menjalani dua jenis rawatan iaitu pemindahan buah pinggang atau dialisis darah.

Rawatan:
1. Cara pertama (pemindahan buah pinggang) memerlukan belanja antara RM50,000 hingga RM100,000 tetapi masaalah utama dihadapi pesakit ialah untuk mendapatkan penderma buah pinggang.

Pembedahan boleh dilakukan segera jika ada ahli keluarga atau saudara mara sudi menjadi penderma atau daripada penderma lain.

Bagaimanapun, perkara ini bukan mudah kerana bilangan orang yang rela menjadi penderma sangat-sangat terhad.

2. Cara kedua dan lebih pop**ar ialah dialisis darah, tiga kali seminggu. Walaupun kedengaran leceh, kaedah ini membolehkan pesakit menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Malah, mereka masih boleh terus menyumbang kepada produktiviti negara.

Perbelanjaan rawatan penyakit buah pinggang bukan murah. Seseorang memerlukan kira-kira RM3,000 sebulan jika menjalani dialisis di hospital swasta. Secara umumnya pesakit membelanjakan RM23,000 setahun untuk dialisis saja. Itu belum termasuk kos ubat.

Tetapi bila anda mula menggunakan mesin hemodialisis untuk pertama kali, anda akan terpaksa bergantung kepadanya sepanjang baki hayat anda.

Walaupun hospital kerajaan menyediakan mesin hemodialisis untuk membantu meringankan bebanan kewangan anda tetapi sebagai balasannya anda perlu berkorban masa tidak kurang 4 jam setiap kali proses rawatan pada kekerapan 3 kali seminggu sepanjang hayat.

Kebanyakan pesakit buah pinggang yang ditemui seakan sudah putus asa dan pasrah untuk berusaha merawat cara lain selain daripada berserah kepada mesin hemodialisis seolah-olah disitulah mereka menyerah takdir kehidupan mereka hingga mereka meninggal dunia.

Sebenarnya masih ada penawar sakit buah pinggang. Seperti yang diketahui kerosakan buah pinggang berpunca sebahagiannya daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil penahan sakit dalam tempuh yang lama yang menyebabkan bahan-bahan toksin dalam ubatan itu gagal dinyahkeluarkan. Ia juga terjadi disebabkan jangkitan kuman atau kerana kanser.

Apabila berlaku kerosakan buah pinggang, dalam masa yang sama penyakit kencing manis juga tidak sembuh. Selain daripada mengambil ubat-ubatan untuk proses hemodialisis, pesakit juga terus mengambil ubat untuk mengawal kencing manis. Maka pada masa itu, berganda-gandalah jenis pil yang terpaksa diambil yang seterusnya menambahkan beban kepada buah pinggang.

Dan besar kemungkinannya pada masa yang sama pesakit tersebut juga ada mengidap sakit jantung. Gejala kerosakan buah pinggang dan sakit jantung ini sebahagiannya berpunca daripada akibat pengambilan ubat-ubat merawat kencing manis juga.

Pada peringkat ini pesakit tersebut sebenarnya mengalami kerosakan pada dua organ penting dalam tubuhnya iaitu pankerias yang telah rosak lama sebelum buah pinggang kerana akibat daripada kerosakan pada pakeriaslah berlakunya penyakit kencing manis dan disebabkan kencing manis, rosak p**a buah pinggang dan jantung.

Tanda dan Gejala Gangguan Buah Pinggang
Dalam keadaan yang tidak terlalu berat, gangguan buah pinggang mungkin tidak memberikan impak yang terlalu serius. Selalunya orang menyedari dikala penyakitnya sudah begitu parah. Dengan mengetahui gejala lebih awal, diharapkan anda dapat segera mengambil langkah membuat pemereksaan segera kerana kemungkinan akan sembuh lebih besar. Berikut ini adalah beberapa gejala dari munculnya gangguan buah pinggang.

Merasa mudah lelah dan kurang bertenaga
Memiliki masalah berkonsentrasi
Kurang nafsu makan
Mengalami bengkak (sembab) kaki atau muka
Mengalami masalah sulit tidur
Keram otot di malam hari
Kaki dan lutut mendadak bengkak
Kurung menjadi kjering dan gatal
Lebih sering kencing terutama malam hari
Tanda dan gejala terjadinya gagal buah pinggang yang dialami penderita secara akut antara lain:

bengkak mata
bengkak kaki
nyeri pinggang hebat(kolik)
kencing sakit
demam
kencing sedikit
kencing merah/darah
sering kencing
kelainan pada pemeriksaan urin:ditemuka protein
sel darah merah/eritrosit
sel darah putih/leukosit
bakteria
Apakah anda cukup sering dan cukup jelas mengalami gejala-gejala tersebut, jika ya, mungkin anda memerlukan sedikit pemeriksaan. Ini dia 3 pemeriksaan kunci untuk memastikan bahwa kondisi buah pinggang anda sehat:

1. Pemeriksaan tekanan darah – Disebabkan buah pinggang berkaitan dengan tekanan darah, maka gangguan pada organ yang satu ini menyebabkan tekanan darah terganggu sehingga menjadi lebih tinggi dari biasanya.

2. Pemeriksaan protein urin – Jika protein dalam urin anda berlebihan, akan menyebabkan filternya telah bocor dan mengalirkan protein ke pundi kencing, yang sepatutnya tidak berlaku. Munculnya protein dalam urin merupakan pertanda awal terjadi gangguan pada buah pinggang, terutama bagi penderita kencing manis. Tapi keadaan ini mungkin tidak sepenuhnya menggambarkan gangguan pada buah pinggang jika anda pada masa itu sedang mengalami demam atau melakukan program latihan fizikal yang berat.

Ada beberapa jenis parameter pemeriksaan kerosakan buah pinggang yang ditandai dengan protein dalam urin:

Ratio protein-kreatinin: Nilai yang baik adalah 200mg/gm atau kurang. Lebih dari itu dapat dikatakan tinggi.
Ratio albumin-kreatinin: Nilai yang baik adalah 30 mg/gm atau kurang. Lebih dari itu merupakan tanda munculnya gangguan pada ginjal.
3. Pemeriksaan kreatinin darah
Kreatinin adalah salah satu zat produk/hasil metabolism. Dari penghitungan kadar kreatinin darah, anda dapat mengetahui berapa besar buah pinggang anda masih berfungsi. Caranya adalah menghitung laju penyaringan glomerulus (Glomerulus Filtration Rate atau GFR). GFR menunjukkan seberapa baik buah pinggang bekerja untuk membuang toksid dari dalam darah. Nilai yang baik adalah 60/ lebih. Jika kurang dari itu maka terdapat kemungkinan akan muncul gangguan ginjal. Mintalah doktor untuk menghitung angka itu.

Penyakit Buah Pinggang Dari Kencing Manis/Diabetes
Penyakit ginjal diabetic memakan waktu bertahun-tahun untuk berkembang. Pada beberapa pesakit, fungsi penyaringan dari buah pinggang sebenarnya lebih tinggi daripada normal pada beberapa tahun pertama dari diabetes mereka.

Melalui beberapa tahun, pesakit yang mengidap penyakit buah pinggang akan mempunyai jumlah-jumlah yang kecil dari protein darah albumin yang mulai bocor ke dalam urin mereka. Stadium pertama dari penyakit ginjal kronis ini disebut microalbuminuria.

Fungsi penyaringan ginjal biasanya tetap normal selama tempuh ini.
Ketika penyakitnya semakin serius (berlanjut), lebih banyak albumin bocor ke dalam urin. Situasi ini mungkin disebut macroalbuminuria atau proteinuria. Ketika jumlah albumin dalam urin meningkat, fungsi penyaringan buah pinggang biasanya mulai merosot. Tubuh menahan berbagai bahan buangan kerana penyaringan gagal. Ketika kerosakan buah pinggang berkembang, tekanan darah seringkali juga naik.

Secara keseluruhan, kerusakan buah pinggang jarang terjadi pada tempuh 10 tahun pertama dari kencing manis – diabetes, dan biasanya 15 sampai 25 tahun akan berlalu sebelum kegagalan buah pinggang terjadi. Untuk pesakit diabetes lebih dari 25 tahun tanpa segala tanda-tanda dari gagal buah pinggang, risiko pernah mengembangkannya berkurang.

Diagnosis Dari Penyakit Buah Pinggang Kronik
Pesakit kencing manis harus disaring secara teratur untuk penyakit buah pinggang. Dua penanda kunci untuk penyakit buah pinggang adalah eGFRM dan albumin urin.

eGFR – eGFR adalah singkatan unutk estimated glomerular filtration rate. Setiap buah pinggang mengandung kira-kira 1 juta filter-filter yang kecil terbentuk dari pembuluh-pembuluh darah. Filter-filter ini disebut glomeruli. Fungsi buah pinggang dapat diuji dengan memperkirakan berapa banyak darah glomeruli menyaringnya dalam satu minit.

Kalkulasi dari eGFR berdasarkan pada jumlah dari creatinine, produk pembuangan, ditemukan dalam sample darah. Ketika tingkat creatinine naik, eGFR turun.

Penyakit buah pinggang hadir ketika eGFR kurang dari 60 mililiter per minit.

The American Diabetes Association (ADA) dan the National Institutes of Health (NIH) merekomendasi bahwa eGFR dihitung dari serum creatinine paling sedikit sekali dalam setahun pada semua pengidap diabetes.

Albumin urin – Albumin urin diukur dengan membandingkan jumlah albumin pada jumlah creatinine pada sample urin tunggal. Jika buah pinggang dalam keadaan sehat, urin akan mengandung jumlah-jumlah yang besar dari creatinine namun hampir tidak ada albumin. Bahkan peningkatan yang kecil pada rasio dari albumin pada creatinine adalah tanda dari kerusakan ginjal.

Penyakit buah pinggang berlaku jika urin mengandungi lebih dari 30 miligram albumin per gram creatinine, dengan atau tanpa eGFR yang berkurang.

The ADA dan the NIH menyarankan penilaian tahunan dari ekskresi albumin urin untuk menilai kerosakan ginjal pada diabetes jenis 2 dan orang-orang yang telah mempunyai diabetes jenis 1 untuk 5 tahun atau lebih.

Jika penyakit buah pinggang telah dikesan, ia harus diarahkan sebagai sebahagian dari pendekatan yang komprehensif pada perawatan dari diabetes.

Kesan Dari Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi, atau hipertensi, adalah faktor utama pada perkembangan proses kegagalan buah pinggang pada pesakit diabetes/kencing manis.

Keduanya sejarah hipertensi keluarga dan kehadiran dari hipertensi nampak meningkatkan risiko penyakit buah pinggang. Hipertensi juga mempercepat penularan penyakit buah pinggang ketika ia telah dikesan.

Tekanan darah direkod menggunakan dua angka. Angka pertama disebut tekanan systolic, dan ia mewakili tekanan dalam arteri ketika jantung berdenyut. Angka kedua disebut tekanan diastolic, dan ia mewakili tekanan antara denyut-denyut jantung.

Dahulu, hipertensi ditentukan sebagai tekanan darah yang lebih tinggi daripada 140/90 (disebut sebagai “140 per 90”).

The ADA dan the National Heart, Lung, and Blood Institute menyarankan bahwa pengidap diabetes harus mempertahankan tekanan darah mereka dibawah 130/80.

Hipertensi dapat dilihat tidak hanya sebagai penyebab penyakit buah pinggang namun juga sebagai hasil dari kerosakan yang diciptakan oleh penyakit. Ketika penyakit buah pinggang berlanjutan, perubahan-perubahan fizikal pada buah pinggang menjurus pada tekanan darah yang meningkat. Oleh kerananya, spiral yang berbahaya, yang melibatkan tekanan darah yang naik dan faktor-faktor yang meningkatkan tekanan darah, terjadi.

Pemereksaan dan perawatan awal hipertensi adalah penting untuk pengidap diabetes agar dapat dihindarkan berlakunya p**a masaalah kepada buah pinggang.

Manna atau Arabic Gum Khasiat dan Keistimewaannya

Banyak kajian saintifik keatas Manna mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik. Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan Manna dengan Inulin sebagai Prebiotik.

Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin.

Ini bermakna Manna adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik. Antara kajian lain yang dijalankan menunjukkan kebaikan Gum Arabic : Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.

Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).
Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.
Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.
Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium. .
Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .
Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang. .
Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease).
Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik(Paediatric Nephrology 2004). Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).

Kajian Cardiff University keatas pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Manna selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif keatas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).

Kajian lain p**a (Hyderabad India) mendapati penggunaan 20gm Manna mampu mengurangkan paras gula dalam darah. Kajian keatas tikus (Sultan Qaboos University) menjukkan ada kesan keatas imbangan elektrolit, vitamin D dan alahan kepada manusia.

Manna adalah demulcent dan melegakan radang membran mukus dan digunakan terutamanya dalam ubatan untuk batuk dan masaalah gastrousus. Manna di dalam product mengurangkan keradangan (inflammation) dalam saluran pernafasan, saluran gastrousus dan sistem urinary dan baik untuk batuk, selsema, sakit mata dan cirit birit.

Kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Manna dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal ke atas manusia yang diberi Manna 10gm dan Inulin 10gm setiap hari selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sampel Manna berbanding Inulin.

Ini bermakna Manna adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.

Jus Delima Bio Emas Mengandungi Madu Yang Mampu Merawat Batuk, Meredakan kesakitan Selepas Pembedahan tonsillectomy Dan ...
24/10/2018

Jus Delima Bio Emas Mengandungi Madu Yang Mampu Merawat Batuk, Meredakan kesakitan Selepas Pembedahan tonsillectomy Dan Kesan Kemoterapi Mucositis Mulut.

Diantara komponen penting dalam Jus Delima Bio Emas ialah madu lebah. Madu sejak dahulu kala merupakan bahan yang penting dalam kehidupan manusia hinggalah kepada era moden terkini.
Sangat banyak kajian saintifik dan klinikal telah dijalankan oleh pelbagai pehak untuk meneroka khasiat madu. Didalam laman web Pubmed terdapat sekurang-kurangnya 339 journal penyelidikan daripada universiti di seluruh dunia yang telah menjalankan ujikaji dan penyelidikan bagi mencari khasiat dan faedah perubatan yang terkandung dalam madu untuk kebaikan manusia sejagat.
Semua kajian ini menghasilkan natijah positif madu kepada kesihatan manusia. Artikel ini memfokuskan kegunaan madu kepada tiga jenis penyakit iaitu batuk kanak-kanak, mengurangkan kesakitan selepas pembedahan tonsillectomy dan rawatan kemoterapi Mucositis mulut.
1. Madu Merawat Batuk Kanak-kanak
Kajian penggunaan madu untuk merawat batuk dikalangan kanak-kanak telah dijalankan di University of Calabar Teaching Hospital (ITDR/P), Nigeria pada tahun 2014 oleh 4 orang penyelidik iaitu Oduwole O, Meremikwu MM, Oyo-Ita A, Udoh EE. Kajian mereka ialah bagi menilai keberkesanan madu untuk merawat batuk akut.[https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25536086]
Dalam kajian itu mereka membandingkan madu yang diberikan bersendirian, atau dengan kombinasi antibiotik, berbanding apa-apa ubat batuk plasebo atau ubat batuk over-the-counter (OTC) kepada peserta yang berumur antara satu hingga 18 tahun untuk batuk akut dalam pengaturan ambulatori.
Kajian ini melibatkan 568 kanak-kanak yang dikategori dalam risiko tinggi dan risiko rendah. Kesimp**an daripada ujian mendapati bukti yang berkualiti tinggi menunjukkan bahawa madu lebih baik daripada ‘tidak ada rawatan’ dalam mengurangkan kekerapan batuk (mean difference (MD) -1.05; 95% selang keyakinan (CI) 1.48 hingga -0.62, I (2) statistik 23%, dua kajian, 154 peserta).
Bukti yang berkualiti tinggi juga menunjukkan bahawa madu lebih baik daripada plasebo untuk pengurangan kekerapan batuk (MD -1.85; 95% Cl -3.36 hingga -0.33, satu kajian, 300 peserta).
Bukti kualiti yang sederhana menunjukkan bahawa madu tidak banyak berbeza daripada dextromethorphan dalam mengurangkan kekerapan batuk (MD -0.07; 95% CI -1.07 hingga 0.94; dua kajian, 149 peserta). Bukti berkualiti rendah menunjukkan bahawa madu mungkin sedikit lebih baik daripada diphenhydramine dalam mengurangkan kekerapan batuk (MD -0.57; 95% CI -0.90 hingga -0.24; satu kajian, 80 peserta).
Kejadian ringan termasuk reaksi ringan (kegelisahan, insomnia dan hiperaktif) oleh tujuh orang kanak-kanak (9.3%) dari kump**an madu dan dua (2.7%) dari kump**an dextromethorphan; perbezaannya tidak signifikan (nisbah risiko (RR) 2.94; 95% Cl 0.74 hingga 11.71; dua kajian, 149 peserta). Tiga kanak-kanak (7.5%) dalam kump**an diphenhydramine mengalami masalah (RR 0.14; 95% Cl 0.01 hingga 2.68; satu kajian, 80 peserta).
Apabila madu dibandingkan dengan plasebo, empat kanak-kanak (1.8%) dalam kump**an madu dan satu (1.3%) daripada kump**an plasebo mengadu gejala gastrointestinal (RR 1.33; 95% Cl 0.15 hingga 11.74). Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara madu berbanding dextromethorphan, madu berbanding diphenhydramine atau madu berbanding placebo.
2. Madu Meredakan Kesakitan Selepas Pesakit Menjalani Pembedahan Tonsillectomy.
Selain itu madu juga telah dikaji keberkesanannya dalam menangani masaalah kesakitan selepas pesakit menjalani pembedahan tonsillectomy. Pada tahun 2014 Mohebbi S dan rakan-rakannya dari Tehran University of Medical Science, Tehran, Iran telah menemui bukti bahawa madu berkesan untuk membantu mengurangkan tahap kesakitan selepas pesakit menjalani pembedahan tonsillectomy [https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25193590].
Tonsillectomy adalah salah satu pembedahan yang paling biasa dilakukan dalam pop**asi pediatrik. Salah satu komplikasi tonsilektomi yang paling lazim adalah pendarahan semasa awal atau selepas pembedahan. Morbiditi penting lain adalah kesakitan selepas pembedahan.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan madu untuk mengurangkan kesakitan selepas pembedahan tonsillectomy pada kanak-kanak berumur 5-15 tahun.
80 pesakit secara rawak dibahagikan kepada dua kump**an. Pesakit dalam kump**an pertama dirawat dengan antibiotik dan acetaminophen, sementara mereka yang kedua dalam rawatan dengan antibiotik, asetonamofen dan madu. Data dikumpul melalui soal selidik dan pemerhatian pengembalian terapi tonsillar. Data dianalisis dengan perisian SPSS17 dan ujian yang berkaitan.
Keputusan perbandingan kesakitan antara dua kump**an menunjukkan bahawa purata masa yang diperlukan untuk melegakan kesakitan pada pesakit yang menerima madu kurang daripada kump**an yang tidak menggunakan madu.
Keamatan kesakitan adalah lebih tinggi semasa 9 hari pertama selepas pembedahan dalam kump**an yang tidak menggunakan madu. Keputusan juga menunjukkan bahawa penggunaan acetaminophen pada pesakit yang menerima madu lebih rendah. Dalam kump**an kes, masa purata untuk meneruskan diet tetap dan kekerapan bangkit pada waktu malam adalah jauh lebih rendah daripada kump**an kawalan.
3. Madu Bersama Campuran Bahan Lain Sangat Berkesan Dalam Rawatan Mucositis Mulut Yang Disebabkan Oleh Kemoterapi.
Kajian lain kegunaan madu telah mendapati bahawa madu, bersama campuran bahan lain terbukti sangat berkesan dalam rawatan mucositis mulut yang disebabkan oleh kemoterapi.
Kajian ini telah dijalankan oleh Abdulrhman M, Elbarbary NS, Ahmed Amin D, Saeid Ebrahim R.. dari Department of Pediatrics, Faculty of Medicine, Ain Shams University, Cairo, Egypt. Berdasarkan pemerhatian bahawa produk lebah madu mempunyai kesan penyembuhan anti-peradangan dan penyembuhan luka, kajian ini cuba untuk menilai kesan penggunaan madu dan campuran madu, ekstrak minyak zaitun (honey and a mixture of honey, olive oil-propolis extract, and beeswax (HOPE) dalam rawatan mucositis oral [https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22475306]
Ini adalah percubaan klinikal yang dilakukan kepada 90 pesakit leukemia limfoblastik akut dan mucositis oral gred 2 dan 3. Purata umur pesakit yang didaftar adalah 6.9 tahun. Pesakit dibahagikan kepada 3 kump**an rawatan iaitu Madu, HOPE, dan kump**an kawalan.
Rawatan topikal untuk setiap pesakit terdiri daripada madu, HOPE, dan gel benzocaine untuk madu, dan kump**an kawalan masing-masing. Masa pemulihan di gred 2 mucositis berkurangan secara signifikan dalam kump**an madu berbanding dengan HOPE atau kawalan (P

Anda wanita bekerjaya?Umur makin meningkat dan cenderung untuk cepat keletihan?Urusan di pejabat yang sentiasa sibuk dan...
28/08/2018

Anda wanita bekerjaya?
Umur makin meningkat dan cenderung untuk cepat keletihan?
Urusan di pejabat yang sentiasa sibuk dan kadang-kala perlu bekerja lebih masa?
Sering kepenatan apabila p**ang ke rumah dan meneruskan tugasan suri p**a di rumah?
Kesesakan lalulintas, pergi-balik kerja?

Letih???
Lesu???
Lemau???

Cuba amalkan pengambilan Jus Delima Bioemas. Ianya kaya dengan khasiat EKSTRAK BUAH DELIMA, EKSTRAK BIJI ANGGUR, EKSTRAK BIJI ZAITUN, EKSTRAK BIJI APRICOT, EKSTRAK BUAH KURMA, MANNA (ARABIC GUM), MADU LEBAH. Meriah, kan kandungannya? Sangat sesuai untuk wanita seperti ANDA yang sentiasa mahu tampil bertenaga dan cergas keesokan harinya. Kena cuba, baru tahu! Maklumat lanjut di www.bioemas.com.my/
Call/whatsapp 0193007150

Address

Selangor

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Delima Biz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kembara Delima Biz:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram