28/11/2025
Kami sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan Agym Nutrition kini berpeluang menjalinkan kerjasama strategik bersama Guoda Farmasi, salah satu rangkaian farmasi terbesar di China. Ini adalah satu langkah penting dalam misi kami membawa produk Nutrisi Halal Malaysia ke pasaran global.
Dalam masa yang sama, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada agensi-agensi kerajaan yang sentiasa menyokong perkembangan kami. Terima kasih kepada MARA di bawah kepimpinan YB Datuk Dr. Asyraf Wajdi , serta MATRADE yang diterajui YB Senator Datuk Seri Reezal Merican atas bimbingan dan peluang yang diberikan kepada kami.
Tidak dilupakan buat semua keluarga Agym yang terdiri daripada ambassador, Atlet, serta rakan nutrisi rasmi yang sentiasa percaya pada visi kami iaitu Rugby Malaysia, Selangor FC, Terengganu FC, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, & Angkatan Tentera Malaysia
Sokongan anda semua menjadi tulang belakang kepada setiap kejayaan yang kami capai hari ini.