25/02/2026
Kenapa sunnah berbuka dengan benda manis? 🌙🍯
Seharian berpuasa, paras gula dalam darah menurun.
Sebab itu kita digalakkan mulakan berbuka dengan sesuatu yang manis.. untuk beri tenaga cepat dan lembut pada perut yang lama kosong.
✨ Hikmahnya:
1️⃣ Glukosa cepat diserap → tenaga naik semula
2️⃣ Tak ‘shock’ kan sistem penghadaman
3️⃣ Kurma ada serat & mineral, bukan gula kosong semata
4️⃣ Bantu stabilkan mood selepas seharian menahan lapar
Sunnah itu ringkas, tapi penuh manfaat kesihatan 🤍
Cuma kalau ikut poster tu…
jujur je la.. nombor 4 tu paling manis sekali 😆🍭✨