Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope

Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope 1st & Pioneer Special Needs School In Malaysia! SOTC Play & Development Sdn. Bhd.
202201008574 (1454271-D)

Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope provides very modern and up-to-date indoor stadium, a sensory room, and more!

Pernah tak…anak pandang kita,seolah-olah ada sesuatu yang ingin disampaikan tetapi akhirnya hanya diam?Kita tunggu…kita ...
01/05/2026

Pernah tak…anak pandang kita,seolah-olah ada sesuatu yang ingin disampaikan tetapi akhirnya hanya diam?
Kita tunggu…kita berikan dia masa dan anggap mungkin dia cuma lambat sedikit.Tetapi hakikatnya,di dalam diri anak,mereka sedang mencuba.

Mereka tahu apa yang ingin dikatakan.Mereka faham setiap perkataan yang kita ucapkan.Tetapi apabila ingin bersuara,otak mereka tidak dapat menyusun pergerakan mulut dengan tepat.Inilah yang dikenali sebagai Apraxia.

Bukan kerana anak tidak mahu bercakap.Tetapi kerana mereka tidak mampu.
Setiap hari kita menunggu adalah hari anak terus berusaha tanpa bantuan yang sepatutnya mereka terima.

Jika ini yang sedang anak anda lalui…jangan biarkan mereka terus berjuang sendirian. Komen “APRAXIA” dan kami akan bantu tunjukkan jalannya.

𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐔𝐌 𝐂𝐇𝐎𝐈𝐂𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍
📍 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

📞 Contact us for more info : 👉 wa.me/60143434069

AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026

Pernahkah anda pelik melihat anak yang sangat "petah" di rumah, tetapi terus diam seribu bahasa sebaik sahaja melangkah ...
01/05/2026

Pernahkah anda pelik melihat anak yang sangat "petah" di rumah, tetapi terus diam seribu bahasa sebaik sahaja melangkah ke luar?

Ini bukan sekadar malu, tetapi mungkin tanda "Selective Mutism". Walaupun anak mampu bercakap, perasaan cemas yang melampau menghalang mereka daripada berinteraksi di sekolah atau tempat awam.

Tanpa bantuan awal, anak akan terus memendam suara dan sukar bergaul. Jangan biarkan mereka bergelut sendirian. Intervensi awal adalah kunci untuk membantu mereka berkomunikasi secara perlahan-lahan.

Komen “SUARA” sekarang untuk kami bantu bimbing komunikasi anak anda.

𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐔𝐌 𝐂𝐇𝐎𝐈𝐂𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍
📍 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

📞 Contact us for more info : 👉 wa.me/60143434069

AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026

Ibubapa, pernah terfikir tak kenapa anak sudah masuk usia 2 tahun tetapi masih belum mengeluarkan perkataan bermakna? Ad...
01/05/2026

Ibubapa, pernah terfikir tak kenapa anak sudah masuk usia 2 tahun tetapi masih belum mengeluarkan perkataan bermakna? Adakah screen time yang terlalu kerap tanpa interaksi sebenar boleh menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada speech delay?

Kajian menunjukkan pendedahan skrin berlebihan pada usia awal boleh memberi kesan kepada perkembangan bahasa dan komunikasi. Skrin bersifat satu hala, manakala anak belajar bercakap melalui interaksi dua hala seperti eye contact, meniru bunyi, respon wajah, turn-taking, dan perbualan harian bersama orang sekeliling.

Anak mungkin boleh mengenal ABC, nombor atau warna melalui video, tetapi kemahiran untuk berbual, meminta sesuatu, memahami arahan, dan berkomunikasi secara sosial lebih banyak berkembang melalui hubungan dengan manusia.

Bayangkan kepuasan apabila anak mula memanggil “Mama” atau “Papa” dengan jelas, meminta keperluan mereka sendiri, bercerita tentang hari mereka, dan memahami apa yang kita sampaikan. Semua ini bermula dengan peluang interaksi yang konsisten setiap hari.

Semak 3 slide di atas untuk fahami bagaimana screen time berlebihan boleh mempengaruhi perkembangan bahasa anak.

Cuba teknik *“Ganti, Bukan Henti”* kurangkan screen time sedikit demi sedikit dan gantikan dengan buku cerita, sensory play, pretend play, lagu kanak-kanak, atau perbualan ringkas sepanjang rutin harian.

Kongsikan di ruangan komen, berapa jam purata screen time anak anda sehari? Mari kita bincang secara sihat dan tanpa menghakimi.

𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐔𝐌 𝐂𝐇𝐎𝐈𝐂𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍
📍 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

📞 Contact us for more info : 👉 wa.me/60143434069

AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026

"Anak masih susah nak bercakap?Anda sudah cuba cara ini?"Speech Language Development Intervention (SLDI) merupakan modul...
01/05/2026

"Anak masih susah nak bercakap?Anda sudah cuba cara ini?"

Speech Language Development Intervention (SLDI) merupakan modul berstruktur yang direka khas untuk membantu perkembangan komunikasi pelajar secara lebih sistematik.

Modul ini dilaksanakan oleh interventionist dan guru terlatih yang berpengalaman dalam membantu kanak-kanak membina kemahiran komunikasi mengikut tahap perkembangan masing-masing sama ada melalui sesi one-to-one atau grouping.

Di SRPK Playvelope, SLDI bukan sekadar sesi intervensi, ianya juga termasuk dalam teknik pembelajaran harian pelajar. Ini memastikan anak mendapat latihan yang konsisten untuk memahami, memberi respon dan berkomunikasi dengan lebih jelas dalam situasi sebenar.

Apabila pendekatan yang betul digunakan secara berterusan,anak bukan sahaja belajar bercakap…tetapi belajar untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dan bermakna.

Komen “SLDI” untuk ketahui bagaimana SRPK Playvelope membantu anak anda membina komunikasi yang lebih jelas.

𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐔𝐌 𝐂𝐇𝐎𝐈𝐂𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍
📍 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

📞 Contact us for more info : 👉 wa.me/60143434069

AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026

Realiti pahit yang ramai ibubapa tak perasan: Kita kekurangan pakar Speech Therapy (ST) yang kritikal di Malaysia. Permi...
30/04/2026

Realiti pahit yang ramai ibubapa tak perasan: Kita kekurangan pakar Speech Therapy (ST) yang kritikal di Malaysia.

Permintaan terhadap servis ST melonjak naik, tapi jumlah pakar yang ada tidak mampu menampung semua. Ini menyebabkan ramai anak-anak terlepas fasa kritikal mereka disebabkan masa menunggu yang terlalu panjang.

Perlukah kita tunggu sistem menjadi sempurna baru nak bantu anak? Tidak. Masa depan anak anda bermula dengan tindakan anda pada hari ini. Intervensi awal adalah pelaburan terbaik sementara menunggu giliran pakar.

Jangan tunggu, jom bertindak hari ini. Save post ini sebagai peringatan dan beritahu kami di ruang komen, apa cabaran terbesar anda dalam mencari servis Speech Therapy?

𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐔𝐌 𝐂𝐇𝐎𝐈𝐂𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍
📍 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

📞 Contact us for more info : 👉 wa.me/60143434069

AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026

30/04/2026

[MITOS ATAU FAKTA]
"ALA, ANAK LELAKI BIASALAH LAMBAT CAKAP..."

Pernah dengar ayat ni? Walaupun kajian mendapati ada perbezaan kecil dalam kelajuan perkembangan bahasa antara jantina, ia bukan bermakna kita boleh mengabaikan tanda-tanda "speech delay".

Menjelang usia 1 tahun 6 bulan, anak-anak sepatutnya sudah mula menguasai beberapa perkataan bermakna. Jika si manja masih belum mula bersuara, bantuan profesional adalah langkah terbaik untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam kemahiran sosial dan kognitif.

Dapatkan kepastian daripada Clinical Psychologist kami. Jangan bertangguh, bertindak sekarang demi masa depan si kecil!

𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐔𝐌 𝐂𝐇𝐎𝐈𝐂𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍
📍 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

📞 Contact us for more info : 👉 wa.me/60143434069

AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026

30/04/2026

Anak dah masuk 5 tahun tapi masih lagi tak bercakap? Patut jumpa Occupational Therapy (OT) ke Speech Therapy (ST) dulu?

Ramai ibubapa keliru apa beza Occupational Therapy (OT) dengan Speech Therapy (ST). Bila sebut pasal terapi, ramai ingat semua sama. Tapi sebenarnya:

1. OT (Occupational Therapy): Fokus kepada kemahiran hidup (pakai baju, makan), sensori (penglihatan, pendengaran, taktikal), dan motor halus.
2. ST (Speech Therapy): Fokus kepada cara anak berkomunikasi, memahami konteks perbualan, dan membuat permintaan (requesting).

Kedua-dua terapi ini sebenarnya berkait rapat. Ada kes di mana anak perlu fokus kepada peningkatan "attention span" melalui OT dahulu supaya anak lebih bersedia ke sesi ST untuk belajar berkomunikasi.

Adakah anak anda menunjukkan tanda-tanda lambat bertutur atau sukar fokus? Jangan tunggu lagi, jom bincang di komen!

𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐔𝐌 𝐂𝐇𝐎𝐈𝐂𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍
📍 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

📞 Contact us for more info : 👉 wa.me/60143434069

AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026

“Di Usia 6 Tahun… Anak Masih Belum Bercakap?”Di usia ini anak sepatutnya sudah mula berkomunikasi dengan lebih jelas.Tet...
29/04/2026

“Di Usia 6 Tahun… Anak Masih Belum Bercakap?”
Di usia ini anak sepatutnya sudah mula berkomunikasi dengan lebih jelas.

Tetapi ada anak yang masih diam,bukan kerana mereka tidak mampu,tetapi kerana mereka kurang dibimbing setiap hari.Seperti dalam situasi ini…anak sedang menunggu untuk dibantu,namun ibubapa mempunyai tanggungjawab kerja masing-masing.

Hakikatnya, perkembangan pertuturan tidak berlaku secara sendiri.Ia terbina melalui interaksi harian yang konsisten di rumah.

Peranan ibubapa adalah:-
1.Memberi perhatian penuh ketika anak cuba berkomunikasi
2.Bercakap, respon dan berinteraksi secara aktif setiap hari
3.Mengurangkan gangguan seperti screen time ketika bersama anak
4.Mendapatkan intervensi awal jika anak menunjukkan kelewatan

Tanpa peranan ini, anak mungkin terus menunggu,tanpa arah dan tanpa bimbingan yang mereka perlukan.

Bertindak hari ini,bantu anak mula berkomunikasi.

𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐔𝐌 𝐂𝐇𝐎𝐈𝐂𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍
📍 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

📞 Contact us for more info : 👉 wa.me/60143434069

AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026

Ramai ibubapa rasa lega bila anak mula bercakap.Tetapi hakikatnya…Anak yang boleh bercakap tidak semestinya bersedia unt...
29/04/2026

Ramai ibubapa rasa lega bila anak mula bercakap.
Tetapi hakikatnya…Anak yang boleh bercakap tidak semestinya bersedia untuk dunia tanpa bantuan kita.

Dan sebagai ibubapa…
Kita perlu tanya diri sendiri:
“Adakah anak saya mampu berdikari jika suatu hari saya tiada di sisi mereka?”

Boleh bercakap tidak bermaksud anak sudah bersedia untuk berdikari.
Ada anak yang:-
1.Boleh menyebut perkataan
2.Tetapi sukar memahami arahan
3.Tidak fokus
4.Tidak tahu mengurus diri

Di sinilah pentingnya gabungan intervensi yang tepat.

Occupational Therapy (OT) membantu anak:
1.Fokus & perhatian
2.Kemahiran motor & koordinasi
3.Pengurusan diri (self-care)

Speech Language Development Intervention (SLDI) p**a membantu anak:
1.Berkomunikasi dengan lebih jelas
2.Memahami bahasa
3.Berinteraksi dengan orang sekeliling

Bila OT dan SLDI berjalan seiring,barulah perkembangan anak menjadi lebih menyeluruh, bukan sekadar bercakap, tetapi mampu menjalani kehidupan dengan lebih berdikari.

Jangan tunggu sehingga cabaran menjadi lebih besar,bertindak hari ini supaya anak boleh berdikari di kemudian hari.

𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐔𝐌 𝐂𝐇𝐎𝐈𝐂𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍
📍 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

📞 Contact us for more info : 👉 wa.me/60143434069

AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026

“Kenapa anak saya masih belum boleh bercakap dengan baik?”Kadang bukan sebab anak tak boleh…Tapi kerana pendekatan yang ...
29/04/2026

“Kenapa anak saya masih belum boleh bercakap dengan baik?”

Kadang bukan sebab anak tak boleh…Tapi kerana pendekatan yang digunakan belum tepat.Grouping dan One-to-One kedua-duanya ada peranan.Tetapi bila salah pilih, perkembangan anak boleh jadi lebih perlahan dari sepatutnya.

Setiap hari yang berlalu tanpa intervensi yang sesuai,adalah peluang yang terlepas untuk anak belajar berkomunikasi.Bertindak sekarang untuk membantu anak anda.

Komen “SPEECH” , kami akan bantu anda kenal pasti pendekatan yang sesuai untuk anak anda.

𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐔𝐌 𝐂𝐇𝐎𝐈𝐂𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍
📍 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

📞 Contact us for more info : 👉 wa.me/60143434069

AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026

"Dah berbulan, malah bertahun hantar anak terapi... tapi kenapa macam tak ada perubahan pun?" Sebagai ibubapa, kami tahu...
29/04/2026

"Dah berbulan, malah bertahun hantar anak terapi... tapi kenapa macam tak ada perubahan pun?"

Sebagai ibubapa, kami tahu rasa penat itu bukan sekadar pada poket, tapi pada jiwa. Rasa macam kita sedang berlari dalam maraton yang tak nampak garisan penamatnya. Kita tertanya-tanya, "Adakah cara aku yang salah? Atau anak aku memang tak boleh?"

Terapi bukan ubat ajaib yang makan terus sembuh. Ia adalah proses membina semula saraf dan kemahiran dari kosong. Kadang-kadang progress itu ada, cuma kita yang terlepas pandang sebab terlalu fokus pada 'result' besar.

Bayangkan perasaan tenang apabila anda mula nampak 'small wins' anak mula pandang mata, anak mula faham arahan mudah, atau anak kurang tantrum. Progress bukan hanya pada lisan, tapi pada kualiti hidup mereka.

Jangan menyerah sekarang. Jom semak balik pelan terapi anak atau bincang dengan terapis tentang milestone yang lebih realistik. Klik link di bio untuk tips bagaimana rangsang perkembangan anak di rumah secara santai.

𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐔𝐌 𝐂𝐇𝐎𝐈𝐂𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍
📍 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

📞 Contact us for more info : 👉 wa.me/60143434069

AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026

Pernah tak rasa sebak bila tengok anak sebaya dia dah rancak bercerita, tapi anak kita masih lagi hanya guna bahasa isya...
29/04/2026

Pernah tak rasa sebak bila tengok anak sebaya dia dah rancak bercerita, tapi anak kita masih lagi hanya guna bahasa isyarat? "Kenapa anak aku masih diam?" Soalan yang selalu bermain di fikiran setiap malam.

Kita selalu pujuk hati, "Nanti dia cakaplah tu, ayah dia dulu pun lambat." Tapi dalam hati, tuhan saja yang tahu betapa risaunya kita bila anak mula tantrum sebab dia tak dapat sampaikan apa yang dia mahu. Kita nampak kekecewaan dalam mata dia, dan itu yang paling menghancurkan hati sebagai ibu bapa.

Hakikatnya, membiarkan masa berlalu tanpa tindakan (intervensi) boleh memberi kesan besar. Anak bukan sekadar lambat cakap, tapi mereka berisiko berdepan dengan masalah tingkah laku, susah nak bersosial, dan hilang keyakinan diri apabila masuk ke alam sekolah nanti. Intervensi awal bukan untuk "memaksa" anak, tetapi untuk memberi mereka "suara" sebelum terlambat.

Jangan tunggu sehingga 'pintu' peluang keemasan mereka tertutup. Klik link di bio untuk tahu bagaimana intervensi awal dapat membantu masa depan anak anda. Jom kita bantu mereka hari ini!

𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐔𝐌 𝐂𝐇𝐎𝐈𝐂𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍
📍 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope Senawang (SRPKP)

📞 Contact us for more info : 👉 wa.me/60143434069

AutismAwareness ADHDSchool SchoolEnrollment2026

Address

NO 15-1,16-1,17-1, 18-1, Jalan Dataran Kemuning 3, 70450 Senawang, Negeri Sembilan
Senawang
70450

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 13:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sekolah Rendah Pendidikan Khas Playvelope:

Share

Category