01/12/2025
BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA SERENIA!
Lepas ini boleh jumpa doktor atau ambil ubat dulu sebelum buat ururan lain. U.n.i Klinik Bandar Serenia kini dibuka lebih awal, seawal 8.00 pagi setiap hari.
Dengan waktu operasi yang dimajukan ini, anda tak perlu lagi tunggu hingga lewat pagi untuk dapatkan rawatan.
Datang sebelum kerja, sebelum hantar anak ke tadika, atau sebelum urusan harian lain bermula — semuanya jadi lebih mudah dan cepat.
Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang selesa, mesra dan pantas kepada komuniti Bandar Serenia.