30/08/2025
Jangan Ambil Ringan Bengkak di Leher – Boleh Jadi Kanser Tiroid
Baru-baru ini, seorang pesakit wanita berusia 24 tahun datang berjumpa saya kerana mengalami bengkak pada bahagian leher (tiroid swelling). Katanya, bengkak itu sudah lama ada, tetapi sejak kebelakangan ini beliau mula rasa susah untuk menelan.
Pemeriksaan klinikal menunjukkan ada bengkak pada bahagian kanan tiroid, lebih kurang 10 x 10 cm, dan masih boleh digerakkan. Darah level hormon tiroid normal untuk pastikan keadaan sebenar, saya lakukan ultrasound leher.
Keputusannya:
- Tiroid kanan – Ti-RADS 3, saiz 6 cm single nodule�
- Tiroid kiri – tiada masalah�
Oleh kerana TI-RADS (Thyroid Imaging Reporting and Data System) 3, nodule bersaiz > 2.5 cm. Langkah seterusnya, saya buat biopsi (FNAC – Fine Needle Aspiration Cytology), dan keputusannya menunjukkan sel tidak normal (Atypical cell)
Saya bincang dengan pesakit – sama ada buang separuh (lobectomy) dahulu atau buang kedua-dua sekali. Pesakit memilih untuk buang sebelah kanan dahulu.
Selepas pembedahan, keputusan tisu menunjukkan pesakit sebenarnya menghidap Papillary Thyroid Carcinoma (Kanser Tiroid) tahap T3.
Maka saya terangkan semula pada pesakit bahawa pembedahan kedua perlu dilakukan untuk buang tiroid di sebelah kiri, kerana selepas itu pesakit memerlukan Rawatan Radioiodine therapy.
Kini, pesakit memerlukan pengambilan ubat hormon tiroid dan kalsium seterusnya Rawatan Radioiodine therapy.
Apa yang kita boleh belajar?
✅ Jangan abaikan bengkak di leher/tiroid – walaupun nampak kecil atau tidak sakit.� ✅ Pemeriksaan awal boleh mengelakkan kanser merebak dan rawatan menjadi lebih rumit.�
✅ Kanser thyroid melibatkan pembedahan dan Radioiodine. Pesakit perlu juga mkn ubat pengganti thyroid seumur hidup kerana kelenjar thyroid telah dibung.
Ingat, lebih awal dapatkan pemeriksaan, lebih baik peluang rawatan dan pemulihan.
👉Jika anda atau orang tersayang mengalami bengkak di leher, jangan tunggu lama-lama. Jumpalah doktor untuk pemeriksaan. Kadang-kadang, ia bukan sekadar bengkak biasa.