13/04/2025
“Dia bukan malas. Dia cuma perlukan pendekatan yang berbeza.”
Ramai ibu bapa terlepas pandang tanda-tanda awal disleksia, terutama bila anak masih kecil dan baru mula belajar membaca.
Berikut antara tanda-tanda disleksia yang sering diabaikan:
1. Sukar mengeja atau membaca, walaupun sudah berulang kali diajar.
2. Keliru antara huruf, seperti ‘b’ dan ‘d’, atau ‘p’ dan ‘q’.
3. Tertinggal atau terbalik huruf dalam tulisan.
4. Lambat mengenal suku kata atau bunyi huruf berbanding rakan sebaya.
5. Sukar fokus apabila membaca, tapi sangat bijak dalam perbualan atau aktiviti visual.
6. Mudah lupa arahan bertulis, tetapi boleh ingat dengan baik jika diberitahu secara lisan.
7. Mengelak tugasan membaca atau menulis, kerana takut salah.
Disleksia bukan masalah kecerdasan, dan anak disleksia bukan pemalas. Mereka hanya belajar dengan cara yang berbeza.
Lagi awal dikesan, lagi besar potensi mereka boleh berkembang.
Jika anda nampak tanda-tanda ini pada anak, jangan tunggu. Berbincanglah dengan guru atau pegawai perubatan untuk penilaian lanjut.