SAPOT - Peer Support and Mental Wellness

SAPOT - Peer Support and Mental Wellness A self care and social support platform
Pioneering Accredited Peer Support in Malaysia

As April draws to a close, so does Autism Awareness Month. Tapi bagi kami di SAPOT, komitmen kami terhadap suara neurodi...
27/04/2026

As April draws to a close, so does Autism Awareness Month. Tapi bagi kami di SAPOT, komitmen kami terhadap suara neurodivergent tetap diteruskan sepanjang tahun.

We would like to introduce you to one of our dedicated SAPOT Warriors, Rynn Saidi, who lives the reality behind the label every single day. Kesedaran sebenar bukan sekadar bermusim. Ianya tentang daily journey of living, parenting, and thriving with an autistic brain 🧠

Whether you’re celebrating a new discovery about yourself or navigating the weight of a recent diagnosis, our Warriors are here to tell you: your experience is valid.

Slide through to discover Rynn’s mission: making sure our lived experiences are just as valued as a medical diagnosis. Talk to Rynn or any of our SAPOT Warriors https://book.sapot.app/book/warrior





23/04/2026

Peer support ni sekadar ‘borak-borak’ saja ke? 🤔 Jom dengar.

According to , Peer Support Workers (PSW) don’t replace doctors—they complement mental health treatment by acting as a bridge in the recovery journey.

Dengan pengalaman hidup sendiri, PSW bantu kurangkan stigma dan galakkan individu lain untuk terus dapatkan bantuan.

Bottom line is, peer support isn’t an alternative—it’s a powerful complement to professional clinical care.

Sistem kesihatan mental kita besar and it’s okay to feel overwhelmed when you’re taking the first steps to reach out for...
13/04/2026

Sistem kesihatan mental kita besar and it’s okay to feel overwhelmed when you’re taking the first steps to reach out for support.

If this field guide helped you find some clarity, save it for your future self or share it with someone who is currently navigating their way out of the maze.

07/04/2026

(INFO PENTING)

Kadang-kadang, niat kita jelas.
Tapi jalan untuk melaksanakannya perlu berubah.

Dengan berat hati, majlis Raya Bersama SAPOT di MENTARI / Hospital Selayang terpaksa dibatalkan selaras dengan arahan semasa.

Namun, satu perkara yang tidak berubah ialah
niat untuk terus hadir buat mereka yang memerlukan.

Kami memilih untuk pivot, bukan berhenti.

✨ Crowdfunding tetap diteruskan
✨ 100% sumbangan akan disalurkan kepada keperluan pesakit & kelengkapan wad
✨ Sasaran: unit aircond & barangan asas untuk keselesaan mereka

Kerana kadang-kadang, sokongan bukan pada majlis besar.
Tetapi pada perkara kecil yang memberi kesan besar iaitu
ruang yang lebih selesa, keperluan yang cukup, rasa dihargai.

Jika ada yang ingin refund atas perubahan ini, kami faham sepenuhnya.
Dan jika masih ingin bersama kami dalam usaha ini, kami amat menghargainya.

Mungkin kita tidak dapat meraikan bersama,
tetapi kita masih boleh menghadirkan makna di sebalik Raya itu sendiri.

(INFO PENTING)Kadang-kadang, niat kita jelas.Tapi jalan untuk melaksanakannya perlu berubah.Dengan berat hati, majlis Ra...
07/04/2026

(INFO PENTING)

Kadang-kadang, niat kita jelas.
Tapi jalan untuk melaksanakannya perlu berubah.

Dengan berat hati, majlis Raya Bersama SAPOT di MENTARI / Hospital Selayang terpaksa dibatalkan selaras dengan arahan semasa.

Namun, satu perkara yang tidak berubah ialah
niat untuk terus hadir buat mereka yang memerlukan.

Kami memilih untuk pivot, bukan berhenti.

✨ Crowdfunding tetap diteruskan
✨ 100% sumbangan akan disalurkan kepada keperluan pesakit & kelengkapan wad
✨ Sasaran: unit aircond & barangan asas untuk keselesaan mereka

Kerana kadang-kadang, sokongan bukan pada majlis besar.
Tetapi pada perkara kecil yang memberi kesan besar iaitu
ruang yang lebih selesa, keperluan yang cukup, rasa dihargai.

Jika ada yang ingin refund atas perubahan ini, kami faham sepenuhnya.
Dan jika masih ingin bersama kami dalam usaha ini, kami amat menghargainya.

Mungkin kita tidak dapat meraikan bersama,
tetapi kita masih boleh menghadirkan makna di sebalik Raya itu sendiri.

Recorded Day 1. Late to post, but never late to care! Slide left for a special Raya tribute from the SAPOT team. The Ray...
01/04/2026

Recorded Day 1. Late to post, but never late to care! Slide left for a special Raya tribute from the SAPOT team.

The Raya rush is slowly settling down and now is the perfect time to check-in with yourself. How is your emotional capacity?

If the transition back to reality feels a bit overwhelming, we are here to walk with you. Jangan pendam sorang-sorang, okay?
Check-in with a Warrior on Sapot.app today. We’ve got your back.

Sometimes, the hardest part of Raya isn’t the crowd butit’s the assumptions.Being labelled, pitied, or left out before p...
30/03/2026

Sometimes, the hardest part of Raya isn’t the crowd but
it’s the assumptions.

Being labelled, pitied, or left out before people even see you.

So you cope.
You set boundaries.
You step away.
Sometimes… you stay home.

Not because you don’t care,
but because you’re taking care of yourself.

And that takes courage.

If you stayed home , you’re not missing out.
If you were excluded , it’s not your worth, it’s their lack of understanding.

This Raya, you don’t have to prove anything.
Choose your peace 🤍

24/03/2026

Raya ini seronok. Balik kampung, jumpa mak ayah, adik-beradik, saudara-mara. Bila berkumpul tak cukup tempat nak duduk, tak habis topik menyembang, tak rasa penat walau dah berpuluh rumah dikunjung.

Tanpa kita sedar, keseronokan yang kita rasa itu sebenarnya nikmat yang sangat besar, yang dipinjamkan kepada kita. Bagi sesetengah pesakit yang diuji dengan penyakit mental, nikmat ini seakan telah ditarik dari mereka.

Kenapa raya boleh jadi sangat mencabar bagi pesakit mental?

Faktor seperti tekanan sosial, pertanyaan soalan peribadi, beban kewangan, rasa sunyi dan ketiadaan orang tersayang boleh mencetuskan keresahan (anxiety) dan kemurungan (depression).

Jadi sangat penting untuk belajar memahami dan bersikap empati, serta memberi ruang kepada mereka yang memerlukan semasa musim perayaan.

Raya selalunya dikaitkan dengan kegembiraan.Rumah penuh orang.Gelak tawa.Makanan yang meriah.Tapi ada satu perkara yang ...
19/03/2026

Raya selalunya dikaitkan dengan kegembiraan.
Rumah penuh orang.
Gelak tawa.
Makanan yang meriah.

Tapi ada satu perkara yang jarang kita cakap…

Kadang-kadang, Raya juga boleh jadi sangat meletihkan.

Bukan sebab kita tak bersyukur.
Bukan sebab kita tak sayang keluarga.

Tapi kerana ada jiwa yang cepat “habis tenaga”.
Bunyi yang terlalu kuat.
Perbualan yang terlalu banyak.
Perasaan yang perlu sentiasa “okay”.

Ada orang nampak ceria di luar,
tapi dalam diam… dia sedang kira berapa lama lagi dia mampu bertahan sebelum perlukan ruang sendiri.

Dan itu tidak menjadikan dia lemah.
Itu cuma bermakna… dia manusia.

Dua perkara boleh wujud serentak:
Kita gembira beraya,
dan dalam masa yang sama… kita penat.

Kalau hari ini anda perlukan ruang,
kalau anda “hilang” sekejap ke bilik atau dalam kereta…

It’s okay.

Anda bukan anti-sosial.
Anda cuma sedang menjaga diri.

Selamat Hari Raya 🤍
Semoga Syawal kali ini setenang yang jiwa anda perlukan.

(Salam 28 Ramadan)DONATION DRIVE MASIH BERJALAN 💛Walaupun majlis fizikal tidak dapat diteruskan, usaha kita untuk memban...
17/03/2026

(Salam 28 Ramadan)

DONATION DRIVE MASIH BERJALAN 💛

Walaupun majlis fizikal tidak dapat diteruskan, usaha kita untuk membantu tidak berhenti di sini.

🎯 Target: 3 unit aircond & keperluan wad pesakit

Setakat ini, jumlah sumbangan yang telah dikumpulkan adalah RM2,393.49 dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang .

Setiap sumbangan anda akan terus disalurkan kepada pihak hospital bagi meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan pesakit.

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai…” (2:261)

Kecil atau besar, setiap sumbangan membawa makna.

📌 Anda masih boleh menyumbang melalui QR / akaun bank yang disediakan.

Tarikh tutup Crowdfunding pada 15 April 2026.

Sebarang pertanyaan di hello@sapot.app

Terima kasih kerana terus bersama kami dalam usaha ini !

14/03/2026
( Pernahkah anda terfikir bagaimana pengalaman beraya di wad psikatri ? )Buat pertama kalinya, SAPOT membuka penyertaan ...
11/03/2026

( Pernahkah anda terfikir bagaimana pengalaman beraya di wad psikatri ? )

Buat pertama kalinya, SAPOT membuka penyertaan kepada orang awam untuk turut serta meraikan Aidilfitri bersama pesakit mental di MENTARI / Hospital Selayang.

Wad psikiatri sering menjadi tempat yang ditakuti dan jarang dikunjungi.
Tidak seperti wad lain yang meriah dengan pelawat, wad psikiatri sering sunyi.

Namun di sebalik pintu wad itu, ada insan-insan yang juga ingin merasa dihargai, disapa dan diraikan.

Mari bersama kami menjadi sebahagian daripada support system mereka.

📅 16 April 2026
🕙 10.00 pagi – 1.00 petang
📍 Kompleks Sukan & Rekreasi, Hospital Selayang

•Terhad kepada 30 peserta sahaja

Yuran penyertaan: RM50 per pax

Cara mendaftar:
Isi Google Form di link bio dan pembayaran dibuat untuk pengesahan slot.
[https://forms.gle/qVxSEfJL3vHf5ywU9]

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Fatiha Shuib – 011 1174 8588
hello@sapot.app

Mari kita hadirkan sedikit kegembiraan Aidilfitri di tempat yang sering sunyi

Address

Unit L1-11, Star Avenue, Jalan Zuhal U5/179, Seksyen U5
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601154054769

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SAPOT - Peer Support and Mental Wellness posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share