Heal Living Physio

Heal Living Physio Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Heal Living Physio, Medical and health, Shah Alam.

Rawatan FISIOTERAPI & REHABILITASI daripada rumah ke rumah dengan servis berkualiti, fisioterapi yang diiktiraf dan berpengalaman dan paling penting harga yang mampu milik.

- FISIOTERAPI
- REAHBILITASI
- URUTAN SUKAN
- KELAS RENANG (PRIVATE CLASS)

بسم لله الرحمن الرحيم Perginya ramadhan meninggalkan kita semua dan tiba syawal hari kemenangan kita selepas berjaya men...
21/04/2023

بسم لله الرحمن الرحيم

Perginya ramadhan meninggalkan kita semua dan tiba syawal hari kemenangan kita selepas berjaya menahan & melatih diri agar lebih istiqomah dalam melakukan ibadah dan terus menjalani kehidupan yang sihat. InsyaAllah.

Dengan penuh rasa kesyukuran, kami di Heal Living Physio mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat islam.

Berhati hati kepada semua yang pulang ke kampung & nikmatilah waktu yang ada bersama insan tersayang.

Selamat Hari Raya 💕

Alhamdulillah. Heal Living Physio mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat islam. Selamat Berpuas...
22/03/2023

Alhamdulillah.

Heal Living Physio mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat islam.

Selamat Berpuasa & jangan lupa amalan gaya hidup yang sihat ya 💕

04/03/2023

Obesiti boleh dicegah. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Sentiasa utamakan kesihatan dalam kehidupan. Kesedaran bermula daripada DIRI ANDA sendiri. Jom ubah!



Assalamualaikum & selamat petang 🤩 Syzygium Aromatic (Clove) atau lebih dikenali dengan nama ‘Cengkih’ merupakan sejenis...
01/03/2023

Assalamualaikum & selamat petang 🤩

Syzygium Aromatic (Clove) atau lebih dikenali dengan nama ‘Cengkih’ merupakan sejenis rempah yang bukan sahaja digunakan sebagai ramuan makanan malah turut digunakan dalam bidang perubatan.

Cengkih mempunyai banyak khasiat yang sangat baik kepada sistem tubuh manusia. Sepertimana yang dinyatakan dalam kajian José et al., (2021), Wu et al., (2004), Yadav et al., (2020) penggunaan minyak pati cengkih (Clove Essential Oil) dapat memberikan bermanfaat untuk kesihatan manusia, seperti aktiviti anti-radang, analgesik, anestetik, antinociceptive dan antikanser. Hal ini dikatakan demikian kerana hasil rembesan yang dikeluarkan oleh cengkih meningkatkan fungsi sistem fisiologi dalam tubuh badan manusia.

📌 Melalui kajian dan manfaat yang ada dalam tumbuhan yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini, dapat kita lihat betapa besarnya kebesaran Allah SWT. Hatta, sekecil kecil makhluk pun ada asbab nya diwujudkan di atas muka bumi ini. Apatah lagi kita sebagai manusia yang memiliki akal & fikiran.

Sepertimana firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rahman ayat 13 yang bermaksud;

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?”
(ar-Rahman: 13).

Sekian perkongsian Heal Living Physio pada petang ini, semoga bermanfaat kepada diri saya dan semua pengguna media sosial.

📌 Jangan lupa untuk terus mengikuti Heal Living Physio untuk mendapatkan lebih banyak manfaat dan informasi berkaitan kesihatan dan gaya hidup sihat cara Heal Living Physio.

We Heal Together, Heal with Heal Living Physio.

28/02/2023

Penyakit Jarang Jumpa adalah keadaan yang jarang berlaku di mana mengancam nyawa dan atau menyebabkan ketidakupayaan yang kronik.

Selamat menyambut Hari Penyakit Jarang Jumpa.

Ikhlas daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

27/02/2023

Pengumuman PMX berkenaan sokongan kerajaan terhadap ikhtiar untuk menyokong Generasi Penamat atau Generational Endgame (GEG) yang diumumkan adalah bertepatan untuk melindungi golongan generasi akan datang daripada terjebak dengan kegiatan buruk merokok ini khususnya trend terkini yang membimbangkan iaitu rokok elektronik.

Tuan puan,

V**e BUKAN jalan penyelesaian kepada masalah ketagihan rokok sebaliknya ia juga akan menyebabkan masalah kesihatan. Banyak paru paru telah ditebuk dan kes EVALI juga telah mula dikesan di Malaysia.

PHM menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan yang komprehensif dan memandang serius dalam usaha memperjuangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 agar ia dapat dibentangkan dan diluluskan dengan SEGERA bagi melindungi golongan GEG yang tertakluk di bawah peruntukan RUU ini sebelum pengenaan cukai dilaksanakan.

Health is wealth
27/02/2023

Health is wealth

Pantun



KENAPA AIR KOSONG BAHAYA ?
27/02/2023

KENAPA AIR KOSONG BAHAYA ?

Menurut World Health Organization, bayi yang berumur bawah 6 bulan disarankan menyusu secara eksklusif semasa 6 bulan pertama. Menyusu secara ekslusif bermaksud bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa diberi makanan atau minuman tambahan, termasuklah air kosong.

Susu ibu sendiri mengandungi kandungan air yang tinggi iaitu sebanyak 88% dan cukup untuk keperluan bayi anda. Pemberian air kosong terlalu awal boleh meningkatkan pelbagai risiko seperti di bawah yang boleh membahayakan kesihatan bayi anda.

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kelantan




Ada perbezaan ye roti putih dengan roti bijirin penuh..
26/02/2023

Ada perbezaan ye roti putih dengan roti bijirin penuh..

Nampak sama tapi tak serupa ya…
Mesej Utama ke-6 untuk Piramid Makanan 2020 ni, kita mahu promosikan aras ke-2 iaitu sumber karbohidrat yang terdiri daripada nasi dan bijirin lain. Untuk kumpulan makanan ini, perlu ambil SECUKUPNYA!! Sepadan jer dengan keperluan kalori harian tau. Jangan ambil lebih, boleh gemuks gais..

Masa shopping nanti, utamakan produk makanan berasaskan bijirin penuh dan bijian ye..seperti contoh roti yang diberi, walaupun rupanya sama, nilai nutrisinya jauh berbeza.

Jom pilih produk bijirin penuh:
Kaya dengan serat.
Dapat membantu memberi rasa kenyang lebih lama.
Bernutrisi tinggi, kaya dengan vitamin dan mineral.
Membantu melancarkan proses penghadaman.
Dapat mengawal atur paras gula dalam darah
Dapat membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Perlis Nutritionist



Hidup yang sihat bukan sekadar memiliki berat badan yang ideal semata - mata mahupun memiliki kekuatan & ketahanan otot....
11/02/2023

Hidup yang sihat bukan sekadar memiliki berat badan yang ideal semata - mata mahupun memiliki kekuatan & ketahanan otot.

Kehidupan yang sihat adalah apabila anda memiliki kesihatan fizikal & mental yang baik.

kongsikan dengan anda 4 tips gaya hidup sihat yang mungkin anda terlepas pandang sepanjang anda berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Jom kongsikan dengan kawan-kawan, supaya rakyat Malaysia dapat hidup gaya sihat 👍🏻

We heal together, Heal with ❤️

Sebelum ini Heal Living Physio pernah berkongsi tentang apa itu Kolesterol. Kolesterol adalah sejenis lemak yang diangku...
28/01/2023

Sebelum ini Heal Living Physio pernah berkongsi tentang apa itu Kolesterol. Kolesterol adalah sejenis lemak yang diangkut di dalam darah untuk membina sel, hormon dan vitamin D dalam badan kita. Tapi, kandungan kolesterol yang berlebihan adalah TIDAK BAIK untuk badan kita.

Jadi, apa yang menyebabkan kolesterol dalam darah kita bertambah ? Ini Heal Living Physio kongsikan. Jadi, lepasni kita tahu apa kita nak buat untuk mencegah kolesterol tinggi dalam darah.

Ayuh cegah kolesterol bersama - sama & jalani kehidupan dengan gaya hidup yang sihat.

Untuk manfaat bersama, jom kongsikan bersama rakan - rakan lagi.
We Heal Together, We Heal with Heal Living Physio.


13/01/2023

Kajian menunjukan bahawa aktiviti fizikal dan senaman dapat mengurangkan risiko penyakit.

Amalan gaya hidup yang sihat harus dimulakan dengan melakukan aktiviti senaman di hujung minggu bersama keluarga.

Jom amalkan gaya hidup yang lebih sihat.

We Heal Together, Heal with Heal Living Physio.

Address

Shah Alam
40000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Heal Living Physio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Heal Living Physio:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram