Dsmonstr.meen

Dsmonstr.meen Official dropship monstr
Squad team
Postage SM/SS
Click link to order

24/02/2021

BROWNIES IS BACK DENGAN PACKAGING YANG BARU😱
Mesti haritu korang sedih kan sebab brownies dah tak ada? Dah jangan sedih2 lagi sebab brownies datang dengan packaging yang lagi lawa dan mengancam. Brownies still sama dengan sebelum ni. Lembut, chewy dengan manis yang secukup rasa. Yummy!😋
Terliur ke tu? Dah tutup mulut tu. Nanti banjir satu Selangor ni. Jom order brownies dengan Meen. Tekan link dekat bio, okay?🤤
*
*

JOM KENAL2 DENGAN BANGUNAN YANG BAKAL MENJADI BANGUNAN TERTINGGI DI MALAYSIA, MERDEKA 118Merdeka 118 dimiliki oleh sebua...
23/02/2021

JOM KENAL2 DENGAN BANGUNAN YANG BAKAL MENJADI BANGUNAN TERTINGGI DI MALAYSIA, MERDEKA 118
Merdeka 118 dimiliki oleh sebuah syarikat pelaburan terkemuka di Malaysia, Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang diketuai oleh Yang Mulia Tan Sri Datuk Seri Utama Zeti Akhtar Aziz, Bekas Gabenor Bank Negara.💰
Ia akan siap sepenuhnya pada tahun 2022 tapi sebab Covid 19, kerja-kerja pembinaan ditunda. Bila nak siap? Tak tahu laa. Huhu😭
Design Merdeka 118 diinspirasikan daripada tangan Tunku Abdul Rahman yang diangkat ketika mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.🤓
Dalam Merdeka 118, total semua 118 tingkat termasuk parking basement. Ada shopping mall, hotel, office, observation deck dan macam2 lagi.😎
Next, Meen akan cerita macam mana diorang construct Merdeka 118 okay? Apa pendapat korang? Boleh komen dekat bawah dan jangan lupa like dan follow for more😁

Sumber : Wikipedia

KENAPA BUMBUNG RUMAH ORANG BARAT TINGGI? 🏡Korang pernah tak angkat air pakai baldi? Mesti berat kan? Macam tu jugak deng...
22/02/2021

KENAPA BUMBUNG RUMAH ORANG BARAT TINGGI? 🏡
Korang pernah tak angkat air pakai baldi? Mesti berat kan? Macam tu jugak dengan salji, tapi dia lagi teruk sebab dia dalam bentuk pepejal. So, dia tak boleh mengalir macam air hujan. So, salji akan duduk atas bumbung sampai cair. ❄
Bila salji duduk atas bumbung, ia terpaksa tanggung berat salji. So, nanti ada risiko rumah korang runtuh. 😯
Untuk mengurangkan risiko tersebut, arkitek kena design bumbung tinggi untuk turunkan salji daripada bumbung rumah. So, salji senang jatuh ke tanah dan tak duduk atas bumbung.⛄
Kat Malaysia pon ada jugak yang buat bumbung tinggi dan sudah terang lagi bersuluh, kos agak mahal. Kalau korang nampak rumah bumbung tinggi dekat Malaysia, itu sekadar nak bagi nampak cantik jer. 😁
Apa pendapat korang? Jangan lupa like dan follow 😉

21/02/2021

BROWNIES DALAM KENANGAN😢
Sejak dapat tahu brownies dah tak ada, makin banyak dapat feedback positif. Dah habis nanti tak dapat dah nak rasa brownies😭. Huhuhu
Korang nak grab monstr brownies for the very last time? Boleh tekan link dekat bio untuk order😉

20/02/2021

BROWNIES DAH TAK ADA!?😱
Ya, betul korang. Brownies dah tak ada😭. Meen pon sedih sebab brownies monstr ni sedap sangat. Bile makan ice cream vanilla, mesti letak brownies. Sedap makan time kelas online sebab taknak mengantuk. Huhu, farewell brownies💖

BANGUNAN TRADISIONAL DIBINA TANPA MENGGUNAKAN PAKU?Yes, rumah orang dulu2 tak pakai kayu dengan gam pun. 100% kayu. Seba...
20/02/2021

BANGUNAN TRADISIONAL DIBINA TANPA MENGGUNAKAN PAKU?
Yes, rumah orang dulu2 tak pakai kayu dengan gam pun. 100% kayu. Sebab tu laa dia boleh cabut dan pindah rumah ke tempat lain. Rumah ni juga boleh tahan lebih daripada 150 tahun berbanding dengan rumah batu yang boleh tahan sehingga 100 tahun sahaja. Pernah keluar dalam surat khabar Berita Harian dulu, tak ingat dah bila.
Dekat Jepun pun ada bangunan tradisional yang diperbuat daripada kayu tak guna paku, Yasoka Pagoda. Bangunan ni dibina 500 tahun dahulu and still berdiri teguh dekat sana. Dah laa kat sana banyak gempa bumi.
Macam mana bangunan tinggi tak runtuh walaupun mengalami banyak sangat gempa bumi? Sebab bila gempa bumi berlaku, dia bergoyang sekali untuk menyerap tenaga gempa bumi tu😳.
Hebat kan? Apa pendapat korang? 😃

PS - I'm back, people. Miss me? 😉

THE QUEEN'S GAMBIT👸Mini series ni menceritakan perjalanan seorang perempuan, Elizabeth Harmon / Beth menjadi pemain catu...
23/11/2020

THE QUEEN'S GAMBIT👸
Mini series ni menceritakan perjalanan seorang perempuan, Elizabeth Harmon / Beth menjadi pemain catur paling hebat di dunia.
Meen taknak cerita banyak sebab nanti takut spoiler. Kalau korang nak tahu, Meen pernah masuk pertandingan catur masa sekolah menengah dulu. Alhamdulillah, masa form 5, layak wakil ke peringkat kebangsaan tapi cikgu tak bagi sebab nak SPM😭.
Korang tahu tak main catur ni boleh improve our planning skills? Sebab objektif utama dalam catur is strategy planning. Kita nak menang kena ada planning dan adapt dengan keadaan semasa.
Hmm, macam sama kan dengan bisnes? Nak bisnes pun kena ada long and short term planning, dan target🎯. Apa pendapat korang?
Okay, tu jer Meen nak sharing dengan korang. Kalau korang nak order produk monstr, boleh swipe left dan tekan link dekat bio. Nak lawan chess pon boleh. Hehe🙈

PANDEMIK COVID 19 PENYEBAB EKONOMI MEROSOTYes, meen tahu ramai yang cakna dengan isu ekonomi negara kita. So, harini mee...
22/11/2020

PANDEMIK COVID 19 PENYEBAB EKONOMI MEROSOT
Yes, meen tahu ramai yang cakna dengan isu ekonomi negara kita. So, harini meen nak sembang santai dengan korang tentang isu ni sebab meen student ekonomi. Hehe😄
Untuk permulaan, Tony Fernandes, CEO Air Asia jual rumah agam beliau di Scotland bernilai RM 13.55 juta untuk selamatkan Air Asia. Kenapa beliau jual asset tanah? Kenapa tak jual asset yang bersifat fizikal seperti kapal terbang, alatan maintenance, etc?😯
Sebab, tanah ni demand tinggi dan supply kurang, market and rental value dia stable📈 (yes, musim covid ni market dia stable lagi, boleh check dengan google), etc. Location, Scotland yang memang sejak azali nya memang lawa😍. So, beliau dapat untung yang lumayan untuk cover modal macam minyak, sewa garaj, gaji pekerja, etc.
Kesimpulan nya, Tony Fernandes buat tindakan yang betul untuk selamatkan business beliau. Sebab tu laa, nak wat business kene ada saving untuk emergency case. Korang rasa macam mana? Comment dekat bawah. Boleh tukar2 ilmu😉
Tu jer meen nak share dengan korang harini. Kalau ada masa, meen share lagi dengan korang okay? Ohh ya, kalau ada sesiapa nak order produk monstr, boleh tekan link dekat bio untuk order ye😃

Alhamdulillah ni laa postage TKC harini😍! tak sabar nak tengok customer dapat parcel masing2 😍.Korang dah grab pack kece...
20/11/2020

Alhamdulillah ni laa postage TKC harini😍! tak sabar nak tengok customer dapat parcel masing2 😍.
Korang dah grab pack keceriaan masing2 belum? Kalau belum, cepat2 slide gambar untuk tengok. Lepas tu, tekan link dekat bio untuk order. Stok dah tak banyak😰

19/11/2020

DAH BOLEH JADI CATALOG DAH
Ok, ni senarai harga untuk semua produk monstr. Tak mahal dan berkualiti sebab pakai chocolate premium. Sebab tu ramai yang repeat👍
Anda berminat? Boleh tekan link dekat bio untuk order ye😉

18/11/2020

TERLIUR BAK HANG😋
Sedapnya aiskrim vanilla campur dengan monstr kookies dan brownies dihiasi dengan chocolate chip. Teringin sangat, rasa nak menangis😭.
Kalau makan dengan aiskrim perisa lain pon mesti sedap. Personally, meen nk try gabung dengan aiskrim perisa mint yang warna hijau tu. Yum😋.
Ehh, korang terliur jugak ke? Haa, meh order dengan meen. Tekan link dekat bio untuk order.

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dsmonstr.meen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram