The EO Story

The EO Story Independent Distributor of Young Living Essential Oils Young Living Essential Oils Independent Distributor

  : Adakah sistem penjagaan kulit Bloom mempunyai ramuan yang berasaskan haiwan?Gam xanthan yang digunakan dalam produk ...
11/05/2021

: Adakah sistem penjagaan kulit Bloom mempunyai ramuan yang berasaskan haiwan?

Gam xanthan yang digunakan dalam produk ini mungkin telah diproses dengan enzim yang dihasilkan daripada bahagian albumen telur.

Oleh itu, produk Bloom (pembersih, esen, dan losen) adalah sesuai digunakan oleh individu yang mengamalkan diet ovo-vegetarian tetapi bukan mesra vegan.



Tahukah anda ada empat jenis kulit yang utama. Macam mana nak kenali jenis kulit anda?Hanya dengan 3 langkah mudah ini;L...
11/05/2021

Tahukah anda ada empat jenis kulit yang utama. Macam mana nak kenali jenis kulit anda?

Hanya dengan 3 langkah mudah ini;

Langkah 1 : Ambil tisu dan lap pada muka.

Langkah 2 : Ambil 2 helai kertas minyak atau blotting paper. Helaian yang pertama dan lap pada kawasan T-zone (dahi, hidung, dagu). Helaian yang kedua dan lap pada p**i, tepi dahi dan tepi dagu.

Langkah 3 : Bandingkan kedua-dua helai kertas tersebut.

Kulit kering:
• Jika kulit muka terasa ketat sewaktu digerakkan, dan terdapat kulit yang menggelupas pada tisu, minimum atau tiada langsung minyak pada kertas minyak, maka anda mempunyai kulit kering.

Kulit berminyak:
• Jika minyak yang terperangkap pada kedua-dua kertas tersebut sama banyak, penuh atau tidak cukup sehelai, maka itulah kulit berminyak.

Kulit kombinasi:
• Jika minyak pada p**i yang terperangkap pada helaian pertama adalah minimum, dan lebih atau sangat banyak di kawasan T-zone, serta terdapat juga kulit menggelupas tertinggal pada tisu, itu adalah kulit kombinasi.

Kulit normal:
• Jika jumlah minyak yang terperangkap pada kertas minyak adalah minimum atau tiada, muka tidak terasa ketat, dan tiada kulit menggelupas tertinggal pada tisu, ini bermakna kulit anda adalah normal.

Jadi, dah tahu kulit anda dalam kategori yang mana?



Assalamualaikum dan selamat pagi semua.How’s your day today? Is everything okay? Alhamdulillah.Baju raya dah ada ke? Lan...
11/05/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

How’s your day today? Is everything okay? Alhamdulillah.

Baju raya dah ada ke? Langsir baru? Kuih-muih?

Dalam setiap keterujaan kita menyambut hari raya yang bakal tiba, ketahuilah bahawa bulan Ramadan masih berbaki sehari lagi.

Justeru, perbanyakkan doa dan kumpul pahala di bulan yang mulia ini. Semoga kita semua diberikan taufik dan hidayahNya, dipelihara dan dilindungi olehNya serta disucikan hati kita daripada sifat kebencian dan mazmumah.

Aamiin.

:
Minyak pati Clarity dapat meningkatkan ketenangan di rumah anda dengan aroma menawan daripada campuran yang menginspirasikan ini.


Assalamualaikum dan selamat pagi.Sama ada kita sedar mahupun tidak sedar, telah berbaki dua hari lagi sebelum bulan Rama...
11/05/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sama ada kita sedar mahupun tidak sedar, telah berbaki dua hari lagi sebelum bulan Ramadan meninggalkan kita.

Oleh itu, jangan sia-siakan peluang yang tersisa ini dengan menadah tangan kepadaNya dan memperbanyakkan doa.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita untuk mendapatkan keredaanNya. Aamiin.

:
Kombinasi yang menyegarkan ini mempunyai keharuman yang membangkitkan semangat apabila dibaurkan.


Malam Lailatul Qadar ialah malam turunnya ayat-ayat pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril.Se...
11/05/2021

Malam Lailatul Qadar ialah malam turunnya ayat-ayat pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril.

Sesungguhnya malam Lailatul Qadar adalah sangat istimewa kerana ia disebut sebagai malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Oleh itu, perbanyakkanlah amalan-amalan seperti beriktikaf, berdoa, membaca dan mentadabbur Al-Quran, menunaikan solat malam, memperbanyakkan taubat, bermunajat dan berzikir kepadaNya.

:
Tambahkan beberapa titis minyak pati Motivation dalam pembaur supaya seisi keluarga dapat menikmati tahap motivasi yang dicipta.


Assalamualaikum dan selamat pagi.Semoga setiap langkah usaha yang dilakukan disusuli dengan rasa syukur kepadaNya, dan s...
11/05/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Semoga setiap langkah usaha yang dilakukan disusuli dengan rasa syukur kepadaNya, dan segala dosa diampunkan olehNya.

Semoga segala amalan dan ibadah kita juga diterima serta seluruh aib kita ditutup oleh Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

:
Campuran minyak ini mempertingkatkan semangat dan memberikan anda ketenangan.


Assalamualaikum dan selamat pagi.Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang mencintai para Nabi, dan Wali Allah ...
11/05/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang mencintai para Nabi, dan Wali Allah SWT serta memusuhi musuh-musuh Allah SWT.

Aamiin Ya Rabbal Alamin.

:
Jika anda mempunyai minyak pati Abundance di rumah, anda boleh menghasilkan semburan bilik DIY dengan aroma yang lebih harum.


Assalamualaikum dan selamat pagi.Semoga segala amalan, perbuatan mahupun ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan i...
11/05/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Semoga segala amalan, perbuatan mahupun ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini diredai oleh Allah SWT.

Semoga kita juga dijauhi daripada segala perbuatan mahupun perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

:
Minyak pati Release merupakan satu campuran aroma yang menenangkan dan menggalakkan keharmonian dan keseimbangan apabila dibaurkan.


Assalamualaikum dan selamat pagi.Amalan berdoa, bermunajat, dan berzikir adalah antara amalan yang perlu diperkuatkan da...
11/05/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Amalan berdoa, bermunajat, dan berzikir adalah antara amalan yang perlu diperkuatkan dalam tempoh kemuncak sepuluh malam terakhir ini.

Allah yuftah alaina. Semoga Allah SWT membuka jalan buat kita dan memberkati hidup kita. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

:
Jika anda mahu, minyak pati Valor boleh disapukan pada pergelangan tangan, dada, tengkuk atau tapak kaki bagi menikmati pengalaman aromatik yang membangkitkan dan memperkasakan.


Assalamualaikum dan selamat pagi.Pejam celik, pejam celik dah nak raya. Hm, sedih kan dah nak habis puasa?Dengan berbeka...
11/05/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Pejam celik, pejam celik dah nak raya. Hm, sedih kan dah nak habis puasa?

Dengan berbekalkan sepuluh malam terakhir Ramadan ini, kita digalakkan untuk meningkatkan segala amalan ibadah dengan lebih kuat berbanding sebelum ini.

Digandakan segala usaha dengan menjadikan tempoh ini sebagai ruangan terbaik mengamalkan segala ilmu yang dimiliki bagi mendapatkan ganjaran sepuluh malam terakhir Ramadan dan lailatul qadar.

Jangan lupa untuk perbanyakkan berdoa!

:
Minyak pati Citrus Fresh boleh digunakan sebagai minyak wangi atau kolong bagi menikmati aroma segar dan menginspirasikan sepanjang hari.


Assalamualaikum dan selamat pagi.Apa khabar Ramadan ke 20 anda. Ayuh sama-sama doakan semoga kita bertemu malam lailatul...
11/05/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Apa khabar Ramadan ke 20 anda. Ayuh sama-sama doakan semoga kita bertemu malam lailatul qadar di 10 malam yang terakhir ini.

Daripada Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

:
Minyak pati Lime dapat meremajakan kulit apabila digunakan secara topikal bersama minyak pembawa mesra kulit.


Assalamualaikum dan hai semua! :Jadikan amalan berdoa itu sebagai amalan harian kita. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar...
11/05/2021

Assalamualaikum dan hai semua!

:
Jadikan amalan berdoa itu sebagai amalan harian kita. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar segala rintihan dan doa hamba-hambaNya.

Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat beramal!

:
Minyak pati Grapefruit mengandungi aroma menakjubkan yang membangkitkan semangat.


Address

Kota Kemuning

40460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The EO Story posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to The EO Story:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram