03/12/2025
π TAHNIAH & SYABAS TEAM BMCL & CMET! π
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Biomedical Calibration Laboratory (BMCL), CMET telah berjaya melepasi Philips Supplier Quality Audit 2025 dengan keputusan CEMERLANG (Audit Rating: GREEN) dan TIADA sebarang non-conformance atau recommendation dikeluarkan.
Audit telah dilaksanakan pada 28 Oktober 2025 oleh Mr. Siddalingaswamy KS dari Philips India bagi menilai sistem pengurusan makmal, pematuhan terhadap ISO/IEC 17025:2017, serta keupayaan BMCL memenuhi keperluan pembekal Philips.
Hasil laporan menunjukkan bahawa:
β
31 kriteria audit dinilai sebagai EFFECTIVE oleh auditor Philips
β
Semua prosedur & rekod teknikal adalah lengkap, terkawal dan boleh dikesan
β
Pengurusan risiko, kawalan dokumen & keselamatan data mematuhi keperluan
β
Tiada ketidakpatuhan direkodkan
β
Audit ditutup dengan keputusan Satisfactory dan memenuhi semua keperluan Philips
Kejayaan ini adalah hasil komitmen dan kerjasama semua staf BMCL & CMET yang sentiasa memastikan kualiti kerja berada pada tahap terbaik.
Tahniah & terima kasih kepada semua!
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus mengekalkan kecemerlangan dalam perkhidmatan kalibrasi dan sistem pengurusan kualiti di PSA!!. πͺπ