Projek ini didedikasikan untuk mendokumentasikan kanak-kanak istimewa kami dan a
21/11/2025
Kami JUARA!!!!
Alhamdulillah. segala keluh kesah, riuh
rendah hujan panas kami hadapi. Berbaloi dgn segala itu, kejayaan yg kami dapat kami genggam.
Terima kasih kpd semua yg terlibat, sri gemilang Sri Layang . Terima kasih Allah atas rezeki ini.
Gembira anak2 pelatih kami dengan segala usaha mereka dapat ditonjolkan dan membuahkan hasil.
Semoga ini menjadi lagi pemangkin utk mereka terus maju. Jumpa lagi tahun hadapan!
14/08/2025
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa PKPDK Suria Impian ada jawatan kosong (Petugas) seperti butiran di bawah.
Jom sertai kamiβ¦!!π
14/02/2025
Terima Kasih Yang Amat BerhormatMenteri Besar Johor, Hafiz atas tahun 2025 Negeri Johor yang memberi peruntukan kepada kami warga PDK Negeri Johor.Terima kasih MB.Terima kasih Kerajaan Negeri Johor.Maju Johor! Γ· Γ·Β°viral Nisa Ismail
06/08/2024
Sekitar momen temuduga kekosongan jawatan Petugas PKPDK yang telah dijalankan pada 5/8/2024 (Isnin). Tahniah kepada yang berjaya, semoga dapat memberi kerjasama dalam mendidik anak2 OKU dan dapat bekerja dalam teamwork yang mantap.
Kepada yg tidak berjaya diharapkan jangan berputus asa, teruskan usaha semoga anda lebih berjaya pada masa akan datang.
30/05/2024
π 29/05/2024
π PKPDK Suria Impian
Pelaksanaan Inspektorat PKPDK Negeri Johor 2024. Terima kasih Pegawai Auditor dari PKMD Tangkak yang telah membuat naziran ke PKPDK Suria Impian.
Segala penambahbaikan dan teguran akan diperbetulkan serta tindakan dari masa ke semasa.
Insya Allah
Semoga apa yang dimesyuaratkan dan dibincangkan mendapat keberkatan serta dapat dijalankan dengan lancar kelak demi Anak-Anak OKU.
07/03/2024
Pdk Suria Impian menganjurkan program gotong-royong Perdana bersama AJK, Ibu bapa dan Pelatih (dewasa) pihak PDK ingin merakamkan ribuan terima kasih setulus hati kepada ibu/bapa, Penjaga, semua Petugas serta barisan AJK yg dapat sama-sama meluangkan masa dan mencurahkan tenaga bergotong-royong menceriakan kawasan PDK.
Tidak lupa Pengerusi, Pn. Anidah selaku penasihat dan individu yg berusaha menjayakan segala program. Insya Allah PDK ceria, Pelatih gembira. Semoga dapat jumpa lagi di lain program. Terima kasih
Tarikh : 31 Jan 2024
Hari : Rabu
Masa : 11.30 am - 2.00 pm
Tempat : Ampang Superbowl, Kluang Mall.
Kejohanan yang julung kali diadakan bagi mencungkil bakat-bakat terpendam seluruh ahli keluarga PDK seramai hampir 40 orang dalam permainan boling ππ³
Memberi pendedahan khususnya kepada para pelatih OKU dalam menunjukkan semangat kesukanan serta daya saing dalam pertandingan. Semoga program ini dapat dijadikan acara tahunan PDK seterusnya. in sha Allah π€
30/01/2024
Terima kasih atas bimbingan dan ilmunya yang bermanfaat, Terima kasih tidak akan cukup untuk apa yang telah Cikgu lakukan selama disini. Tapi, biar kami coba sedikit. Terima kasih untuk segala tunjuk ajar, kasih sayang. keperihatinan & Setiap waktu bersama Cikgu adalah pengalaman yang tidak akan tergantikan. terima kasih Cikgu Rohana kesayangan kami selama 14 tahun berkhidmat di PDK Simpang Renggam. Selamat bersara buat Cikgu Rohana, semoga terus maju jaya dan di dalam rahmatNya selalu. kenang kami dalam doamu. Ikhlas dari PDK Suria Impian π€
Be the first to know and let us send you an email when PKPDK Suria Impian - Dun Machap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
PDK adalah singkatan dari Pemulihan Dalam Komuniti di mana menempatkan golongan OKU ( Orang Kurang Upaya ) untuk mendapatkan perkhidmatan secara terus untuk meningkatkan tahap kendiri, sosial dan sebagainya serta mendapatkan kemudahan yang ditawarkan kepada golongan ini dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
PDK Dun Machap telah ditubuhkan pada 2 Ogos 2004 yang dahulunya hanya menyewa sebuah rumah di No. 61, Jalan Melati, Kg Melayu, Simpang Renggam dengan bayaran sewa sebanyak RM400.00 sebulan. PDK ini juga telah menubuhkan Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Penyelaras Dun Daerah iaitu Tn. Hj. Ahmad Bin Hj. Ahem sebagai Pengerusi, Penghulu Mukim, Guru Pendidikan Khas, Masyarakat setempat dan Ibubapa Pelatih.
Pada 7 Mac 2005, PDK Dun Machap telah berpindah dibangunannya sendiri yang terletak di alamat Jalan Jaya 9,Taman Berjaya 86200 Simpang Renggam dan kelas untuk pertama kalinya telah dibuka dengan seramai 5 orang pelatih dan seorang petugas PDK. Kelas dibuka selama 4 hari dalam seminggu iaitu bermula hari Isnin hingga Khamis, ia juga di bawah pentadbiran PDK Kluang didalam Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang.
Bangunan PDK Suria Impian ini telah dirasmikan pada 24 November 2011 dan telah disempurnakan oleh YAB Datin Paduka Prof Dr. Hjh. Jamilah Bt Ariffin iaitu Yang Dipertua Juita Negeri Johor dimana beliau pada masa itu adalah isteri kepada Menteri Besar Johor iaitu YB Hj Ghani Othman.
PDK seterusnya melangkah ke dimensi yang lebih baik di mana telah disahkan dan berjaya didaftarkan melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM-ROS) hujung tahun 2017 dan telah menggunakan nama baru iaitu Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Suria Impian, Dun Machap dengan nombor pendaftaran PPM-001-01-20122017.
Kini di PDK Dun Machap telah mempunyai seramai lebih kurang 33 orang pelatih yang aktif bersama seorang Penyelia dan 3 orang Petugas. Pelatih di PDK ini juga bukan sahaja terdiri daripada kaum melayu, tetapi mempunyai pelatih daripada kaum India. Tiada had umur bagi pelatih di PDK dengan syarat, mereka sihat tubuh badan dan boleh menerima perkhidmatan di PDK. Walaubagaimanapun sekiranya, mereka mempunyai peningkatan minda, sebelum memasuki umur 18 tahun, mereka adalah layak dipilih untuk memasuki Sekolah Pendidikan Khas yang mana terdapat dikebanyakkan Sekolah Kebangsaan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PDK ini adalah meliputi dari segi Akademik, Jasmani, Kemahiran Motor Kasar dan Motor Halus, Latihan Mengurus Diri dan lain-lain lagi. Pelatih-pelatih ini juga adalah dibawah pengawasan Jabatan Kesihatan setempat yang mana termasuklah dari segi aspek rawatan kesihatan dan pergigian.
PDK Dun Machap telah menerima peruntukan geran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap tahun meliputi bayaran untuk Elaun pelatih, Elaun petugas, KWSP serta Socso Pekerja, Utiliti, serta Geran aktiviti bagi keperluan asas dan keceriaan untuk pelatih-pelatih melakukan aktiviti seharian sepanjang waktu kelas dijalankan di dalam mahupun di luar PDK.