PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH, Sipitang.

Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga dan memulihara perkembangan syiar serta amalan Islam khususnya di kalangan anggota Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,Kepada semua ahli PERKIPS yang dihormati,Saya ingin mengu...
21/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Kepada semua ahli PERKIPS yang dihormati,

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan dan komitmen semua dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Kehadiran dan kerjasama anda semua amat bermakna dalam mengukuhkan silaturrahim serta memajukan PERKIPS.

Saya berharap kita semua terus bersatu, aktif dan saling menyokong demi kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

13/03/2026
11/03/2026

PERKIPS - ROCHE

*MAJLIS TANDATANGAN PERJANJIAN PERSEFAHAMAN PROGRAM ZAKAT FOR HER 2.0*Kota Kinabalu, 10 Mac 2026 – *Persatuan Kebajikan ...
11/03/2026

*MAJLIS TANDATANGAN PERJANJIAN PERSEFAHAMAN PROGRAM ZAKAT FOR HER 2.0*

Kota Kinabalu, 10 Mac 2026 – *Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS)* telah mengadakan Majlis Tandatangan Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama *Roche (Malaysia) Sdn. Bhd.* bagi pelaksanaan program *Zakat For Her 2.0* yang bertujuan membantu pembiayaan kos rawatan awal kanser payudara melalui dana zakat daripada *Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).*

Majlis yang berlangsung di Hyatt Regency Kota Kinabalu itu menyaksikan perjanjian ditandatangani oleh *Yang Dipertua PERKIPS, Dr. Haji Samsul bin Tuah @ Ag. Tuah,* manakala pihak *Roche (Malaysia) Sdn. Bhd.* diwakili oleh *Cik Kim Min Jeong, Chapter Disease Area Lead.* Perjanjian tersebut turut disaksikan oleh wakil *MUIS, Tuan Safrudin.*

Melalui kerjasama strategik ini, dana zakat yang disalurkan akan dimanfaatkan bagi membantu golongan wanita yang memerlukan mendapatkan rawatan awal kanser payudara, sekali gus meningkatkan peluang pengesanan awal serta keberkesanan rawatan. Perjanjian persefahaman ini berkuat kuasa selama tempoh *satu (1) tahun.*

Tidak dilupakan juga peranan penting *Jabatan Onkologi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS)* yang diketuai oleh *Dr. Flora bersama pasukan, Jabatan Pembedahan Payudara Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) di bawah pimpinan Ms. Dr. Siti Zubaidah bersama pasukan, serta sokongan padu daripada Jabatan Radiologi dan Jabatan Patologi Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Queen Elizabeth II* dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program ini.

Majlis turut diserikan dengan sesi taklimat program, acara pertukaran dokumen perjanjian serta majlis berbuka puasa, yang secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak PERKIPS, Roche (Malaysia) Sdn. Bhd., MUIS serta rakan strategik yang hadir.

Inisiatif *Zakat For Her 2.0* diharapkan dapat memberi impak positif dalam usaha memperluaskan akses rawatan kesihatan khususnya kepada wanita muslim (B40) yang memerlukan, selaras dengan aspirasi memperkukuh kesejahteraan masyarakat melalui kerjasama pelbagai pihak.

*KUNJUNGAN HORMAT EXCO PERKIPS INDUK KEPADA PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH*KOTA KINABALU, 4 Mac 2026 – Barisan Ahli Jaw...
04/03/2026

*KUNJUNGAN HORMAT EXCO PERKIPS INDUK KEPADA PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH*

KOTA KINABALU, 4 Mac 2026 – Barisan Ahli Jawatankuasa (EXCO) Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) Induk telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. William Gotulis di Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri Sabah hari ini.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Yang Dipertua PERKIPS, Dr. Hj. Samsul bin Tuah @ Ag. Tuah, bersama barisan EXCO PERKIPS Induk yang hadir bagi mengeratkan hubungan strategik antara PERKIPS dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Pertemuan ini bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan PERKIPS Induk di samping membincangkan peranan persatuan dalam menyokong usaha pembangunan sahsiah, kebajikan serta aktiviti dakwah dalam kalangan warga kesihatan di negeri Sabah.

Dalam sesi pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama dalam pelaksanaan program kebajikan, pembangunan insan serta aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada anggota kesihatan dan masyarakat setempat.

Dr. William Gotulis menyambut baik usaha PERKIPS dalam memperkukuhkan nilai-nilai murni dan kesejahteraan warga kesihatan melalui pelbagai program berbentuk kerohanian dan kebajikan.

Kunjungan hormat ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama strategik antara PERKIPS dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dalam usaha memperkasakan pembangunan insan serta kesejahteraan warga kesihatan di Sabah.

Seminar Pengukuhan Nilai-Nilai Murni Peringkat Zon PendalamanTuan rumah: PERKIPS SipitangAnjuran: Jabatan Kesihatan Nege...
24/05/2025

Seminar Pengukuhan Nilai-Nilai Murni Peringkat Zon Pendalaman
Tuan rumah: PERKIPS Sipitang
Anjuran: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah & PERKIPS

Syabas dan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa penganjur serta semua yang terlibat menjayakan seminar ini. Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan nilai integriti, amanah dan profesionalisme dalam kalangan warga kesihatan.

Ikhlas daripada,
Yang Dipertua PERKIPS
24 Mei 2025

SPNNM @ MTQ ZON PBU 23-24 Mei 2025Tahniah Perkips Cawangan Kota Belud atas kejayaan menganjurkan program ini.Terima kasi...
23/05/2025

SPNNM @ MTQ ZON PBU
23-24 Mei 2025
Tahniah Perkips Cawangan Kota Belud atas kejayaan menganjurkan program ini.
Terima kasih juga Pusat Zakat Sabah atas sumbangannya.

Alhamdullilah…selesai program SPNNM & MTQ ZON PBS Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, 15 Mei 2025.TAHNIAH  Perkips Cawangan ...
23/05/2025

Alhamdullilah…selesai program SPNNM & MTQ ZON PBS Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, 15 Mei 2025.
TAHNIAH Perkips Cawangan Pejabat Kesihatan & Pergigian Kawasan Kota Kinabalu yg dipengerusikan oleh Dr Noraziah.
Acara dipertandingkan: Tilawah Al-Quran, Hafazan 1&2, Pidato Dan bercerita untuk anak2 kakitangan JKNS.
# Samsul Ag Tuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan menga...
26/06/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan mengadakan Seminar Pemantapan Nilai-nilai Murni 2024. Seminar ini bertujuan untuk memperkukuhkan integriti dan etika kerja di kalangan kakitangan kita. Marilah bersama-sama memupuk nilai-nilai murni demi perkhidmatan kesihatan yang cemerlang.

Tarikh: 27-29 Jun 2024
Tempat: SICC, Kota Kinabalu
Anjuran: Hospital Papar berkerjasama dengan PERKIPS SABAH.

Kehadiran anda amat dialu-alukan!

BUKU PROGRAM SPNNM PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH 2024

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1445H / 2024M,Maaf Zahir & Batin.
09/04/2024

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1445H / 2024M,

Maaf Zahir & Batin.

Address

Sipitang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to PERKIPS JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH:

Share