Spa Bekam Wanita Johor Bahru

  • Home
  • Spa Bekam Wanita Johor Bahru

Spa Bekam Wanita Johor Bahru Pusat Terapi Bekam Johor Bahru

TARIKH SUNNAH BERBEKAMBulan November 2025 / J' Awal 1447H17 J'Awal/08 Nov (Sabtu)19 J'Awal / 10 Nov (Isnin)21 J'Awal / 1...
08/11/2025

TARIKH SUNNAH BERBEKAM

Bulan November 2025 / J' Awal 1447H

17 J'Awal/08 Nov (Sabtu)
19 J'Awal / 10 Nov (Isnin)
21 J'Awal / 12 Nov (Rabu)

Siapa nak bekam boleh Roger sis ya
wasap.my/60197549839

Kami jurubekam yang diiktiraf KKM

Business Account

10/04/2024

Taqabbalallahu minna wa minkum!

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Salam kemaafan daripada kami sekeluarga, sebarang kesalahan sepanjang kita berkenalan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.

AMALAN NISFU SYA'BAN MALAM INIDi antara amalan yang diamalkan oleh para ulama` kita dulu ketika menghidupkan malam nisfu...
24/02/2024

AMALAN NISFU SYA'BAN MALAM INI

Di antara amalan yang diamalkan oleh para ulama` kita dulu ketika menghidupkan malam nisfu sya'bān:

1) Baca surah yāsīn (يس) 3 kali di antara waktu maghrib dgn isya dengan niat:
• bacaan pertama - dipanjangkan umur dalam ketaatan kepada Allāh Ta'āla.
• bacaan kedua - dihindari atau dijauhkan dari bala`
• dimurahkan rezeki
- niat² boleh ditambah dan dikembangkan lagi tidak terhad pada yang di atas shj. Boleh tambah, agar mati husnul khātimah, dijauhkan dari wabak, dsb. Yg penting bacaan itu lillāhi ta'āla jua.

Selepas setiap bacaan maka dibaca doa sepertimana masyhur.

2. Baca zikir/tasbih Nabi Allāh Yūnus عليه السلام mengikut jumlah hurufnya mengikut hisāb Jummal iaitu 2,375x pada malam nisfu sya'bān, pada mana² waktu mlm tersebut. Tasbihnya:

لا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Faedahnya: Mendapat keamanan dari segala bala mushibah dan kesusahan pada tahun tersebut.

3. Membaca zikir berikut, 100x setiap satunya:

• لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
(الأنبياء: 87) - 100x

• رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي، وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (طه: 25 - 26) - 100x

• نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ (الصف: 13) - 100x

• لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ (النجم: 58) - 100x

Jangan lupa niat luasa besok Nisfu Sya’ban.

Semoga bermanfaat dan diterima segala amalan. Amin.
والله أعلم

RASULULLAH BERSOLAT DI MASJID AL-AQSA KETIKA ISRAK MIKRAJSalam Israk dan Mikraj 27 Rejab 1445H Daripada Anas bin Malik R...
07/02/2024

RASULULLAH BERSOLAT DI MASJID AL-AQSA KETIKA ISRAK MIKRAJ

Salam Israk dan Mikraj 27 Rejab 1445H

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ قَالَ فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ قَالَ ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ

“Aku telah didatangi al-Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehingga perut al-Buraq tersebut mencapai hujungnya.

Baginda bersabda lagi: “Maka aku segera menungganginya sehingga sampai ke Baitulmaqdis.

Baginda bersabda lagi: “Kemudian aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan solat sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar.” (HR Muslim)


“Maha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”- (Surah Al-Isra’, 17:1)

Perjalanan Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW sangat berkait rapat dengan perjuangan pembebasan Palestin daripada kezaliman dan penindasan.

Semoga peristiwa Israk dan Mikraj menguatkan iman kita kepada Allah SWT dan risalah yang dibawa oleh Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW.

Salam Jumu'ah Mubarakah! إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّو...
26/01/2024

Salam Jumu'ah Mubarakah!

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi Muhammad. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

[Al-Ahzab:56]

Marilah kita memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat, Sayyidul Ayyam yang penuh barakah.

Ayuh kita teruskan berdoa serta buat saudara-saudara kita di bumi Palestin!

اللهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلامَ وَالمُسْلِمِين
اللَّهُمَّ انْصُرْإِخْوَاننَاَ الْمُسلِمِين
المُجَاهِدِينَ فِي فِلِسْطِين

Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin.
Ya Allah, bantulah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestin.

Sama-sama kita mengaminkan doa mujahidin.

امين يا ربال الامين
Untuk temujanji sila klik butang wasap

Hari Jumaat Banyakkan Berselawat1. Mari bersama perbanyakkan selawat pada hari jumaat. Mereka yang banyak berselawat ke ...
19/01/2024

Hari Jumaat Banyakkan Berselawat

1. Mari bersama perbanyakkan selawat pada hari jumaat. Mereka yang banyak berselawat ke atas Rasulullah ﷺ berpeluang menjadi orang yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat. Sabda Rasulullah ﷺ:

فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

Dan barangsiapa yang paling banyak mengucapkan selawat ke atas ku, maka dia akan berada di kedudukan yang paling dekat denganku (di hari akhirat kelak). (HR al-Baihaqi)

2. Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, amalan memperbanyakkan selawat berupaya menerangkan hati, mengampunkan dosa, melapangkan dada dan dipermudahkan urusan. Ini kerana selawat yang bersungguh adalah manifestasi kecintaan seseorang kepada Rasulullah ﷺ dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ membawa kepada kecintaan manusia kepada Allah.

3. Jiwa yang dilimpahi rasa kasih kepada Rasulullah ﷺ menyebabkan seseorang itu berupaya menikmati kelazatan dan kemanisan iman. Inilah yang diungkapkan oleh Rasulullah dalam hadis:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ؛ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ، أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا

"Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman, (yang pertama) menjadikan Allah dan Rasul perkara yang paling dicintai buat dirinya melebih segala-galanya... (HR al-Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah membimbing kita

REJAB MERUPAKAN SALAH SATU DARI BULAN HARAMDaripada Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ ك...
12/01/2024

REJAB MERUPAKAN SALAH SATU DARI BULAN HARAM

Daripada Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

“Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” (HR Al-Bukhari)

“Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Syaaban p**a adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadan p**a adalah bulan untuk memungut hasil.”

Subhanallah, kejap je dah masuk bulan Rejab. Beerti, lagi 2 bulan kita akan bertemu bulan Ramadan. Tak sabar rasanya 🥹

Sepanjang bulan Rejab dan Syaaban, kita digalakkan untuk membaca doa :

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَان
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan temukanlah kami ke bulan Ramadan.

Selamat beramal

Untuk dapatkan servis dari kami boleh hubungi
wasap.my/60197749839 atau
wasap.my/60197549839

09/11/2023

917.4K likes, 31.8K comments. “How many civilians Israel have to slaughter? - Deputy Richard Boyd Barrett- speech from 24 Oct Leaders' Questions”

09/11/2023

Nasi Arab Super Simple La'nina .
(portion utk 4 orang makan)

Bahan-bahan untuk rebusan :

4 potong ayam (saya guna whole leg)
4 mangkuk air bersih
1 kiub ayam
1 biji tomato (potong 4)
1 labu bawang besar (potong 4)
2 biji lada hijau (potong 4)
1 batang kulit kayu manis
1/2 camca ketumbar biji
1 /2 camca jintan manis biji
1/2 camca lada hitam biji

Bahan-bahan untuk tumis :

1 1/2 mangkuk basmathi extra panjang
1/2 camca ketumbar
1 /2 camca jintan manis
1/2 camca lada hitam biji
1 helai daun pandan

Cara-cara :

1. Rebus semua bahan untuk direbus selama 30 minit dan perasakan dengan garam , ajinamoto atau cukup rasa , terp**ang pada anda . pastikan air rebusan ada rasa yg secukupnya , sebab nasi arab ni tak banyak lauk , jadi nasi kena cukup rasa lemak masinnya . Matikan api dan keluarkan ayam .

2. Lumur ayam dengan madu dan serbuk kunyit . Biarkan seketika .

3. Sementara itu , tumis kan daun pandan , ketumbar , jintan manis dan lada hitam dengan sedikit minyak sehingga naik bau . setelah naik bau , masukkan basmathi tadi dan tumis selama 1 minit . Matikan api .

4. Ambil periuk nasi , masukkan bahan yang telah siap ditumis tadi diikuti dengan bahan rebusan p**a . Susun ayam tadi di bahagian atas .

*untuk s**at air rebusan sila ikut jenis beras yang digunakan ye .

5. Masak nasi tersebut menggunakan rice cooker dan siap untuk dihidangkan dengan lauk yang anda s**a cth dalca atau sebagainya .

Kredit Resepi : lina kasmani




💥Berita baik untuk warga JDT 🥰Anda ada MASALAH ni...😫 Urat belikat terasa tersimpul-simpul?🥱 Badan lesu walau dah cukup ...
07/09/2023

💥Berita baik untuk warga JDT 🥰

Anda ada MASALAH ni...
😫 Urat belikat terasa tersimpul-simpul?
🥱 Badan lesu walau dah cukup tidur?
💆‍♀️ Kerap pening kepala?
Sempena bulan kemerdekaan ini, kami menawarkan Pakej istimewa untuk anda Merdeka dari masalah diatas. Selepas bekam badan akan terasa auto ringan.
Merdeka...🇲🇾 Merdeka...🇲🇾 Merdeka... 🇲🇾
Cepat.. Slot terhad
Promosi sehingga 16 September 2023
Klik cepat untuk tempahan.
https://wa.link/c68vnr

https://wa.link/c68vnr

https://wa.link/c68vnr

atau layari

https://syifabilruqyah.com/pakej-bekam/

28/08/2023

💥💥MANFAAT BEKAM 💥💥
Bekam merupakan salah satu cara rawatan atau perubatan yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad Saw dan ketika Nabi Mikraj ke langit malaikat berpesan agar nabi menyuruh umatnya berbekam.
Dari sudut sains p**a memang tiada kajian khusus tapi dalam video ini diterangkan tentang kebaikan berbekam oleh Dr. Mani seorang pengamal perubatan moden. Selamat menonton.
Sekiranya anda ingin berbekam boleh terus hubungi kami

Bekam lelaki wasap.my/601118665958

Bekam wanita wasap.my/60197549839

Untuk mengetahui pakej bekam yang ditawarkan boleh klik :
https://syifabilruqyah.com/pakej-bekam/

Lokasi kami :
https://g.co/kgs/uZNn75

Address

No 5A, Jalan Seri Orkid 36, Taman Seri Orkid

81300

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

+60197549839

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Spa Bekam Wanita Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Spa Bekam Wanita Johor Bahru:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram