OLIVE HOUSE Nibong Tebal

OLIVE HOUSE Nibong Tebal Jom dapatkan produk Quranic Food
Hubungi terus : 017 5042560 / 017 4603083 SIHAT CANTIQ BERSAMA PEMAKANAN SUNNAH

18/12/2025

RAHSIA GARAM

1. Mengelakkan Percikan Minyak Semasa Menggoreng
Taburkan sedikit garam ke dalam kuali yang panas. Minyak menjadi lebih terkawal dan proses menggoreng lebih selamat tanpa percikan berlebihan.

2. Membersihkan Periuk Hangus Tanpa Tenaga Berlebihan
Taburkan garam, tambahkan air dan rebus seketika. Kesan hangus akan mudah tertanggal dan senang disental.

3. Sayur Kekal Hijau dan Rangup
Rendam sayur dalam air garam ringan seketika sebelum dimasak. Daun kekal segar dan teksturnya lebih rangup.

4. Papan Pemotong Kembali Bersih dan Tidak Berbau
Gosok papan pemotong dengan garam kasar, kemudian bilas menggunakan air suam. Bau bawang dan daging akan hilang sepenuhnya.

5. Telur Rebus Lebih Mudah Dikupas
Tambahkan sedikit garam ke dalam air rebusan. Kulit telur akan mudah dikupas dengan kemas.

6. Jubin Kusam dan Licin Menjadi Bersih Berkilat
Campurkan sabun pencuci pinggan, asid sitrik, garam dan air panas. Gosok seketika, jubin kembali bersih, berkilat dan tidak licin.

7. Menghilangkan Kesan Kuning pada Pakaian
Larutkan 5 sudu besar garam ke dalam 1 liter air suam. Rendam selama 2 jam, kemudian basuh seperti biasa. Pakaian putih akan kembali cerah.

8. Tuala Kusam Kembali Lembut dan Segar
Rendam tuala selama 1 jam dengan sabun pencuci pinggan, soda bikarbonat, garam dan air panas. Serat tuala menjadi lebih lembut dan wangi.

9. Mengurangkan Rasa Gatal pada Bahagian Sulit
Rebus hirisan serai dan ambil airnya. Campurkan dengan garam serta minyak kayu putih, kemudian sapukan untuk membantu meredakan kegatalan.

10. Tandas Kotor atau Tersumbat
Tuangkan soda bikarbonat, cuka dan garam. Biarkan seketika, kemudian siram dengan air panas. Tandas menjadi lebih bersih dan aliran air kembali lancar.

Semoga bermanfaat.

15/12/2025
15/12/2025

Turun dari kereta Grab semalam, rasa nak berjurai air mata...

Mulanya niat nak fokus siapkan kerja, tapi bila pemandu Grab cakap macam ni terus saya angkat kepala dan letak handphone ke tepi.
“Saya ni tak pandai sangat tuan. Sekolah sampai SPM. Dapat pangkat 4. Itu yang rezeki saya takat bawa Grab.”
Saya p**a memang jenis yang tak boleh tahan bila orang cakap gini. Laju je saya balas, rezeki Allah ni tak kira kita belajar tinggi-tinggi ke tak.
Terus saya cerita pasal kawan saya yang belajar biasa-biasa tapi pandai melukis. Dengan izin Allah, rezeki dia melimpah ruah.
“Bang ada isteri anak-anak?” tanya saya.
.
Ada, seorang baru habis belajar universiti. Minggu depan masuk kerja. Seorang lagi baru habis SPM.
Saya pun cakap, itu pun rezeki juga. Dapat besarkan anak sampai dewasa.
“Ada orang, anak baru umur 3 tahun, dapat penyakit kemudian meninggal dunia.”
Dia mengangguk perlahan.
“Saya ni bawa Grab sebab dah lama tak solat jemaah.”
.
Eh, terkejut saya dengar.
“Dulu saya bertahun kerja buat murtabak. Memang dapat solat tapi jarang betul dapat solat jemaah. Saya rindu sangat nak solat jemaah.
Sampai 1 hari tu saya jumpa bos saya dan minta berhenti kerja.”
Saya p**a menyibuk pergi tanya isteri dia setuju ke. Dia pun tergelak sambil memegang dahi.
“Mula-mula isteri saya tak setuju la. Dia kata dah elok kerja kat kedai, tiba-tiba nak bawa teksi. Tapi saya cakap kat dia niat saya sebab nak solat jemaah.”
“Dah 3 tahun saya bawa Grab, belum pernah saya tinggal solat jemaah. Subuh sampai ke Isyak setiap hari.”
Aduh, saya diam terkedu.
“Saya sampai masjid awal, lepas habis solat saya zikir. Lepas tu sambung bawa Grab sampai pukul 10 malam.”
Saya makin khusyuk mendengar.
“Saya tak tahu rezeki datang dari mana, saya dapat beli 1 lagi rumah dan saya tukar jadi homestay.”
“Sekarang ni, orang kata duit tu sentiasa ada lah. Anak pun dah besar. Saya pun dah 50 tahun.
Kalau isteri nak ajak saya kemana-mana, saya terus je cuti. Senang. Tak ada apa nak dikejar dah,” nampak dia tersenyum.
“Yang nak dikejar cuma tinggal 1 je. Saya nak kejar solat jemaah.”
Rasa nak berjurai air mata ni. Allah, terasa kerdil betul diri ni.
Entah ada ke rezeki yang lebih besar dari mengadap Pencipta kita di awal waktu setiap hari. Rezeki dapat sujud dengan tenang.
Saya pun tak tahu. Yang saya tahu, jumpa orang yang baik baik macam semalam pun dikira rezeki besar untuk saya.
Saya belajar sesuatu. Terima kasih Ya Allah.
Sumber : Redza Zainol

11/12/2025
11/12/2025

Tikus tidak takut perangkap. Tidak takut gam. Tidak takut r∆cun.

Apa yang benar-benar mereka b3nci ialah Capsaicin – sebatian panas dalam cili yang membakar hidung, mata dan sistem deria penciuman tikus.

Formula ringkas yang terbukti membuat tikus lari:

1. Kisar 10 biji cili padi merah + 5 biji cili merah kerinting

2. Tambahkan 5 ulas bawang putih

3. Masukkan 1 liter air panas

4. Biarkan selama 1 jam kemudian tapis

5. Tambahkan 3 sudu makan cuka untuk menguatkan bau

Masukkan ke dalam botol penyembur.

Cara penggunaan yang betul:
– Sembur pada lubang tikus, belakang almari, bawah dapur gas, sudut dapur dan laluan kabel
– Sembur 2× sehari pada 3 hari pertama, kemudian 1× setiap 3 hari sebagai pencegah

Hasilnya: tikus tidak tahan sensasi pedas dan aroma yang kuat → berpindah sarang dengan sendirinya.
Tidak membunuh, tidak meninggalkan bangkai, dan tidak menghasilkan bau busuk.

07/12/2025
06/12/2025
04/12/2025

3556 likes, 91 comments. “"Kita Sangka Kita Sedang Menunggu Dajjal, Rupa-rupanya Kita Sedang Menyiapkan 'Ladang' Untuk Dituai Olehnya!" Sangat menarik untuk saya kongsikan bersama kerana "Pertarungan antara Iman dan Materialisme" karya ulama tersohor, Syeikh Abul Hasan Ali Nadwi. Apa yang membuatk...

29/11/2025

Buah delima antara buah paling underrated dalam dunia kesihatan.

Ramai tahu delima bagus, tetapi tak ramai yang gunakan kebaikannya sehabis mungkin, sedangkan Allah sendiri mengangkat buah ini dalam Al-Quran.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Ar-Rahman ayat 68:

فِيْهِمَا فَـٰكِهَةٌ وَّنَخْلٌ وَّرُمَّانٌۚ

Maksudnya: “Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.”

Ulama menyebut, penyebutan delima secara khusus dalam Al-Quran menunjukkan nilai dan manfaatnya yang tinggi untuk tubuh manusia.

Dan apabila penyelidik moden mengkajinya secara mendalam, mereka menemui sesuatu yang sangat menakjubkan. Selari dengan keistimewaan yang Allah SWT sebut sejak 1400 tahun lalu.

Penyelidik dari University of Cambridge, UCLA dan National Institutes of Health (NIH) mendapati bahawa delima mengandungi sebatian unik bernama:

PUNICALAGIN

Satu molekul yang cukup kuat untuk melindungi sel manusia daripada kerosakan dan penuaan.

Apabila Punicalagin memasuki tubuh, ia ditukar kepada Urolithin A, lalu:

• mengaktifkan mitophagy (pembersihan mitokondria lama)
• membuang sel yang rosak
• merangsang pembentukan sel baru yang lebih kuat

Inilah sebab saintis menganggap delima antara makanan anti-penuaan paling powerful di dunia.

Kajian menunjukkan Punicalagin mampu:

• mengurangkan keradangan pada tahap sel
• mengurangkan kerosakan DNA akibat radikal bebas
• menguatkan mitokondria — pusat tenaga sel
• memperlahankan proses penuaan semula jadi

Dan menariknya, bahagian paling tinggi Punicalagin bukan pada jus semata-mata, tetapi pada:

• kulit delima
• membran biji
• bahagian putih pahit

Bahagian inilah yang menyimpan antioksidan paling kuat.

Masalahnya, banyak jus delima di pasaran:

– tidak pekat
– dicampur
– bukan organik
– nutrisi hilang kerana proses tidak teliti

Sebab itu Jus Delima Pekat Olive House dihasilkan dengan lebih teliti:

✅ Diproses dengan teknik moden — pengekstrakan terkini, ultrafiltrasi & pasteurisasi untuk kekalkan kepekatan & nutrisi

✅ Pengiktirafan organik antarabangsa (USDA & EU) — bukti produk memang organik dan bebas bahan meragukan

Menariknya, hal ini seakan selari dengan sabda Rasulullah ﷺ yang menggalakkan kita mengambil delima bersama kulitnya:

“Makanlah buah delima bersama kulitnya, kerana ia baik untuk penghadaman.”

Jom sihat dengan cara Nabi SAW.

—————————

“The Qur’an Mentions It. Science Celebrates It. Your Body Needs It.”

Researchers from Cambridge, UCLA, and the National Institutes of Health (NIH) discovered a rare compound inside pomegranates called punicalagin.

Punicalagin is a strong antioxidant found mostly in:

• The peel
• The white membrane
• The seed lining

These are the parts we usually throw away, but they contain the highest medicinal value.

Inside the body, Punicalagin is converted into Urolithin A, a molecule proven to:

• Activate mitophagy — the cleansing of old, weak mitochondria
• Encourage new, stronger cells to form
• Reduce cellular inflammation
• Protect DNA from free-radical damage
• Combat early ageing

This is why scientists now call pomegranate one of the most potent anti-ageing fruits in the world.

Sunnah Alignment: A Guidance 1400 Years Ahead
Prophet Muhammad ﷺ encouraged eating pomegranate with the skin:

“Eat pomegranate along with its skin, for it is good for digestion.”

Modern research now shows that the skin and membrane are where punicalagin is highest, a beautiful alignment between Sunnah and science.

Not All Pomegranate Drinks Are Equal
Most drinks today:
• Are diluted
• Mixed with sugar
• Not organic
• Lose nutrients due to poor processing

This means you don’t get the punicalagin your body actually needs.

Why Olive House Concentrated Pomegranate Juice Stands Out

✅ Ultrafiltration & advanced pasteurisation
✅ Protects punicalagin and maintains high concentration.
✅ USDA & EU Organic Certified
✅ Free from additives, preservatives, and hidden sugars.
✅ Uses the peel & membrane extract

Where the real medicinal value lies, exactly as the Sunnah recommends.

Potent antioxidant power helps protect your cells, energy systems, digestion, and healthy ageing.

This is not just juice. It’s a daily health support rooted in the Qur’an, Sunnah and modern science.

A Small Sunnah Habit With Lifelong Impact

When you drink Olive House Concentrated Pomegranate Juice, you’re nourishing your cells with one of nature’s strongest antioxidants and practising a healthy habit inspired by the Prophet ﷺ.

Healthy cells. Healthy digestion. Healthier ageing.

A healthier you, inside and out.

27/11/2025

🌷 DOA MENGHADAPI MUSIBAH BANJIR 🌷

"Wahai bumi telanlah air banjirmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu." (Surah Hud ayat 44)
Semoga Allah pulihkan bencana banjir di negeri-negeri yang terlibat. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang ditimpa musibah ini. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Sesungguhnya Dia Maha mengetahui apa yang lebih baik.

26/11/2025

Warisan petua tok-nenek, baja semula jadi

1. Kulit pisang
Cara :
Potong kecil-kecil dan rendam dalam air selama 2–3 hari.
Kemudian gunakan air rendamannya untuk menyiram tanaman

2. Serbuk kopi
Khasiat :
Meningkatkan keasidan tanah. Sesuai untuk tanaman berasid seperti mawar dan blueberry

Cara :
Taburkan sedikit serbuk kopi yang sudah sejuk di sekeliling tanaman atau campurkan ke dalam tanah

3. Kulit telur
Khasiat :
Sumber kalsium yang baik

Cara :
Hancurkan kulit telur hingga halus dan taburkan di tanah sebagai baja

4. Abu kayu
Khasiat :
Sumber kalium dan kalsium alami

Cara :
Taburkan sedikit abu kayu di sekeliling tanaman.
Elakkan penggunaan berlebihan supaya tidak mengubah pH tanah

5. Rumpai laut
Khasiat :
Mengandungi mineral lengkap dan hormon tumbesaran alami

Cara :
Bilas dan potong kecil, kemudian rendam dalam air selama 1–2 minggu.
Gunakan air rendaman sebagai baja cair

6. Garam epsom
Khasiat :
Membekalkan magnesium dan sulfur kepada tanaman

Cara :
Larutkan 1 sudu makan garam Epsom dalam 4 liter air, kemudian siramkan pada tanaman sekali seminggu.

7. Air cucian beras
Cara :
Air cucian beras pertama dicairkan dahulu dengan air biasa dalam nisbah 1:1 supaya tidak terlalu pekat

Address

No4, Medaniaga, Jalan Besar
Sungai Bakap
14200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OLIVE HOUSE Nibong Tebal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to OLIVE HOUSE Nibong Tebal:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram