16/04/2026
RM30,000 – RM50,000. Mampu ke kita sediakan dalam sekelip mata? 🎗️
Semalam saya berpeluang melawat Thomson Hospital Kota Damansara untuk sesi pengenalan / familiarization untuk seorang Life Planner/Ejen Takaful.
Tujuan hospital familiarization ni adalah untuk mendalami fasiliti-fasiliti yang ada di hospital, tapi hati saya rasa tersentak bila masuk ke kawasan OncoCare Access Quality Cancer Care (Pusat Rawatan Kanser).
Atas faktor privasi pesakit, saya tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar di dalam. Tapi satu perkara yang saya boleh katakan—pusat rawatan tu sangat sibuk.
The sheer number of patients waiting for treatment was a wake-up call. Cancer is no longer a "maybe," it's a "when" for so many families. Sesungguhnya kanser itu tidak mengenal usia mahupun pangkat.
Apa yang buat saya terfikir adalah tentang kosnya. Menurut mereka :
• Satu kitaran (cycle) chemotherapy di sana mencecah sekitar RM5,000.
• Kebanyakannya pesakit kanser memerlukan 6 kitaran, malah ada yang sehingga 10 kitaran bergantung kepada tahap agresif kanser tersebut.
• Maksudnya, kos rawatan sahaja boleh mencecah RM30,000 hingga RM50,000++.
Mungkin ada antara kita yang akan berkata,
“Tak apa, hospital kerajaan kan ada?"
Betul, hospital kerajaan kita sangat membantu. Namun, realiti yang ramai terlepas pandang ialah bukan semua ubat atau rawatan moden disubsidi oleh kerajaan. Ada ubat-ubat tertentu yang pesakit tetap kena beli sendiri dengan harga beribu ringgit.
Di sinilah pentingnya Pampasan Penyakit Kritikal (Critical Illness [CI] Protection):
1. Medical Card – Memang bayar bil hospital, tapi ia tak bayar komitmen harian kita.
2. Pampasan CI – Duit tunai yang terus masuk ke akaun bank anda. Duit inilah yang akan membantu kita membeli ubat yang tak ditanggung, bayar ansuran rumah masa anda tak mampu bekerja, dan beli keperluan nutrisi terbaik untuk lawan kanser.
Kita tak boleh ramal bila sakit akan datang, tapi kita boleh rancang bagaimana kita nak hadapinya. Jangan biarkan simpanan hari tua kita habis dalam masa beberapa bulan hanya kerana kos rawatan.
Dapatkan perlindungan sementara masih sihat. Kita bukan sekadar beli polisi, kita sedang beli "ketenangan fikiran" untuk diri sendiri dan keluarga. 🙏
———————————————————————
Tahukah anda bahawa AIA Public Takaful ada pelan perlindungan sakit kritikal serendah RM40/sebulan dan juga pelan yang juga melindungi stage stage awal (Early Stage) sakit kritikal?
Dan.. AIA juga mempunyai pelan perlindungan Kanser yang memberi Cash Bonus setiap tahun?
Nak tahu lebih lanjut mengenai Pelan-pelan perlindungan sakit kritikal yang ada? DM atau tekan link di bawah 👇🏾