03/03/2022
VIRUS dikala pandemik
Hi semua, adakah anak anda sering batuk, selsema dan kurang sihat setiap kali pulang je pusat asuhan atau pra sekolah? Dikala pandemik ini kerisauan berganda, setiap kali demam yang terlintas adalah perkataan “POSITIF KE?”.
Tetapi adakah tuan dan puan tahu, selain pandemik covid, anak anda terdedah dengan pelbagai jenis virus.
Menurut pakar, pusat jagaan kanak2 adalah diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang penyakit spt selsema dan lebih teruk penyakit kuku kaki dan mulut HFMD. Anak2 kecil yg bergaul bersama mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil utk mengetahui bahaya tidak menutup
mulut semasa bersin dan batuk. Oleh itu kuman lebih tersebar. Ingat kan anda utk kerap basuh tgn sebelum dan selepas pulang dari pusat asuhan dan segera tukar baju.
Sebagai ibu bapa pastikan pusat asuhan mengamalkan kebersihan dan sentiasa melakukan SANITASI.