Shawahida Prubsn

Shawahida Prubsn Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Shawahida Prubsn, Sungai Buloh.

12 jam bertarung nyawa, anak saudara Yuna meninggal dunia akibat COVID-19. Arisa Naura menghembuskan nafas terakhir di H...
17/05/2022

12 jam bertarung nyawa, anak saudara Yuna meninggal dunia akibat COVID-19.
Arisa Naura menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

⚠️ Waspada dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)Penyakit HFMD adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di mana ruam...
13/05/2022

⚠️ Waspada dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Penyakit HFMD adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di mana ruam lepuh muncul di tangan, kaki dan kawasan lampin serta ulser dalam mulut.

Perhatikan tanda-tanda jangkitan HFMD pada anak anda. Sekiranya ada,

👉 anak anda perlu dikuarantin supaya tidak menjangkiti kanak-kanak lain.
👉 elakkan berkongsi alatan peribadi, makanan dan permainan anak anda yang dijangkiti HFMD dari anak yang lain.
👉 jangan hantar anak ke taska / tadika / sekolah.
👉 kerap lakukan pembersihan dan disinfeksi pada alatan dan permukaan yang kerap disentuh oleh anak.

JAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN DEMI MENCEGAH HFMD DARI MENJANGKITI ANAK ANDA.

Hello & salam geng!!! Selamat Hari Pekerja, Selamat Pulang Ke Kampung, Selamat Bercuti, Selamat Tinggal My Sejahtera ehh...
01/05/2022

Hello & salam geng!!!

Selamat Hari Pekerja, Selamat Pulang Ke Kampung, Selamat Bercuti, Selamat Tinggal My Sejahtera ehhh! 🤪🤪🤪

Mask tak boleh tinggal lagi tau! Kita bersyukur dengan kelonggaran SOP yang membolehkan kita lebih dekat dengan yang tersayang supaya boleh spend quality time bersama-sama cuti panjang ni!

Tapi kita tetap kena berhati-hati supaya balik cuti nanti takde la terpaksa kuarantin 7 hari 😅

Kalau rasa susah nak bayangkan berapa dalam kedalaman 850 meter dasar laut just tengok KLCC yang berketinggian 450 meter...
27/04/2022

Kalau rasa susah nak bayangkan berapa dalam kedalaman 850 meter dasar laut just tengok KLCC yang berketinggian 450 meter. Maksudnya 2 kali ganda KLCC. Tinggi kan.

SubhanaAllah.

Ciptaan Allah Yang Maha Besar. Kita ni terapung atas tanah, tapi lautan lagi dalam. Langit tinggi lagi. MasyaAllah besarnya dunia ni. Tapi manusia masih ada yang sombong dengan harta dunia.

Kapal Titanic p**a tenggelam pada kedalaman 3840 meter dasar laut North Atlantic. Lebih kurang 9 kali ganda ketinggian Burj Khalifa di Dubai 828 meter.

Tapi lautan paling dalam adalah Lautan Pasitic pada kedalaman 11,200 meter lebih kurang 36,000 kaki.

SubhanaAllah. Allah Maha Besar. Kita kerdil sangat.

Dari sini sahaja Allah dah tunjuk betapa besarnya dunia ini dan seisinya. Umpama fadilat solat sunat sebelum subuh 2 rakaat. Bayangkan.

Hanya 2 rakaat sahaja Allah bagi ganjaraan lebih besar dari dunia yang kita nampak. SubhanaAllah. Sebab itu orang yang kaya adalah orang yang melakukan solat sunat subuh 2 rakaat.

Kredit: Ija Juhari

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua!! 🤗Jemput hadir sesi ketiga Kuliah Ramadan (*Khas Wanita*) yang akan menampilkan Us...
08/04/2022

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua!! 🤗

Jemput hadir sesi ketiga Kuliah Ramadan (*Khas Wanita*) yang akan menampilkan Ustazah Asni Mansor selaku penceramah undangan kita, yang bakal mengupas topik menarik iaitu *“Ramadan First Class”*

Tarikh: 8 April 2022 (Jumaat), 6 Ramadan 1443H
Masa: 12.30-1.15 tengahari ⏰
Tempat: Zoom meeting
https://zoom.us/j/98027673606
Passcode: Ramadhan

“Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. Sahabat bertanya,”Apakah taman syurga itu?” Baginda Nabi SAW menjawab,”Halaqoh dzikir (majlis Ilmu).” (Riwayat Al-Tirmidzi)

Share kan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda untuk bersama menyertai majlis ilmu ini, semoga bermanfaat dan diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di bulan mulia ini!!

Sempena Malam Nisfu Syaaban, usaha untuk minta pada Allah;1. Minta ampun dosa sejak akil baligh hingga kini2. Minta Alla...
17/03/2022

Sempena Malam Nisfu Syaaban, usaha untuk minta pada Allah;

1. Minta ampun dosa sejak akil baligh hingga kini
2. Minta Allah terima amalan kita drpd akil baligh hingga kini
3. Minta Allah pelihara kita daripada sekarang hingga mati
4. Minta mati husnul khatimah
5. Minta dicabut nyawa dgn mudah
6. Minta roh tak meronta ketika nyawa dicabut
7. Minta Izrail berlembut dengan kita
8. Minta jangan jenazah meronta2 ketika jenazah diusung
9. Minta tak gementar ketika jenazah masuk kubur
10. Minta lidah tak kelu bila disoal dalam kubur
11. Minta tak disoal dalam kubur
12. Minta tak dihimpit kubur
13. Minta diampun dosa mak ayah, nenek moyang, adik beradik, anak2,isteri2
14. Minta dibangkit di Mahsyar dgn selamat, tidak bermuka keldai, babi
15. Minta peluh tak banyak ketika matahari sejengkal atas kepala
16. Minta makanan, minuman dan pakaian di Mahsyar
17. Minta dalam hingar bingar di Mahsyar, kita dpt berkumpul dgn keluarga
18. Minta hisab yang mudah
19. Minta mizan yang berat
20. Minta sirat yang cepat
21. Minta dapat minum di 'huut' Nabi SAW
22. Minta Allah ampun dosa kita pada sahabat2 yg kita tak berani nak minta maaf dan Allah lembutkan hati dia utk maafkan kita
23. Minta pada Allah agar kita dpt kembalikan hak2 orang
24. Minta masuk Jannah dengan rahmat Allah

- Kuliah Subuh Syeikh Abu Zaki-
16hb Mac 2022

Kredit: Heliza Helmi

“TAK APA, SAYA DAPAT FIRST CLASS." “100% PERCUMA MASUK GOMEN”Ramai pekerja kerajaan yang masih tak faham dgn medical ben...
06/02/2022

“TAK APA, SAYA DAPAT FIRST CLASS."
“100% PERCUMA MASUK GOMEN”

Ramai pekerja kerajaan yang masih tak faham dgn medical benefit yg mereka terima. Masih ramai yang tak tahu bhwa kerajaan hanya berikan subsidi dari segi perubatan (ada jenis2 ubat shja) & consultation doctor, TETAPI tidak pada PERALATAN.

Perubatan - ada jenis ubat ubatan yang kerajaan tidak subsidikan, jika anda memerluka jenis ubat dlm kategori ini, anda perlu bayar sndri. Please take note. Lagi pun, sy dengar berita dri salah sorg doc krajaan, subsidi utk kos perubatan dah dikurangkan..ubat pun skrg bg ubat yg murah2 aje, kurang 'power'. Wallahualam..please check.

Peralatan - jika berlaku kemalangan yg memerlukan anda mnggunakan peralatan tambahan, cnthnya tongkat, besi yang gred lebih tinggi, anda perlu bayar sndri.

Masih ramai yang terlalu selesa dengan benefit kerajaan yg diterima sedangkan masih b*k kos kos lain yang perlu dipertimbangkan..

Apa beza menyimpan di takaful dan di ASB? Ini antara persoalan yang ditanya oleh orang ramai apabila  disarankan mengamb...
27/01/2022

Apa beza menyimpan di takaful dan di ASB? Ini antara persoalan yang ditanya oleh orang ramai apabila disarankan mengambil takaful. Ada juga yang masih tidak mengetahui konsep takaful.

Takaful membawa konsep “Simpanan” dan “Perlindungan”. (saling melindung, saling menjamin)

Jika anda menyimpan wang di Bank, mahupun ASB, kita hanya mempunyai simpanan (saving) sahaja.

Jika secara tiba-tiba diri kita ditimpa dengan musibah seperti kemalangan, kematian, dimasukkan ke wad untuk jangka masa yang lama, diri anda atau waris anda hanya akan mendapat jumlah wang yang tersimpan dalam akaun-akaun yang disebutkan tadi mengikut jumlah setakat yang anda simpan selama ini.

Tapi, jika anda mempunyai akaun takaful, sekiranya ditakdirkan berlakunya musibah seperti yang dinyatakan tadi, pihak takaful akan memberi anda sejumlah wang (sebagaimana ditandatangani dalam kontrak).

Biasanya jumlahnya mencapai sehingga puluhan/ratusan ribu ringgit yang akan diberi secara lump-sum kepada peserta yang mengambil polisi takaful tersebut tanpa menjejaskan simpanan mereka dalam akaun takaful tadi walaupun anda baru menyumbang sebanyak 2 – 3 kali sahaja bayar caruman takaful.

Anda boleh lihat kelebihan takaful di mana ia gabungan kedua-dua konsep iaitu menyimpan dan melindungi diri anda serta orang-orang tersayang daripada kejadian yang tidak diingini dalam hidup anda.

Anda masih boleh menyimpan di ASB / bank sebenarnya cuma simpanan di takaful disekalikan p**a dengan kad perubatan dan pada waktu kecemasan seperti perlu dibedah segera, kita dah ada dana yang boleh membiayai iaitu nilai dalam kad perubatan kita.

Hubungi kami di Ittihad Advisory sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut tentang pelan takaful PruBSN.

Sumber: https://ahmadhanizamget.wordpress.com/

Tahun baru, mestilah kena ada keazaman baru. 2022 ni, pe kata kita persiapkan diri dengan perlindungan takaful. Yelah, d...
07/01/2022

Tahun baru, mestilah kena ada keazaman baru. 2022 ni, pe kata kita persiapkan diri dengan perlindungan takaful. Yelah, dah ramai member ada takaful kan? Korang bila p**ak? Lagi pun takaful ni bukan untuk diri sendiri je, keluarga, anak dan isteri pun boleh dapat manfaat!

Dalam mencari rezeki, kita tidak boleh lari dari SABARSabar dengan usaha tanpa penatSabar dengan customerSabar dengan ha...
19/11/2021

Dalam mencari rezeki, kita tidak boleh lari dari SABAR

Sabar dengan usaha tanpa penat
Sabar dengan customer
Sabar dengan hasil yg belum pasti
Sabar dengan tenaga, masa yang dihabiskan
Sabar dengan istiqamahnya terus berdoa

Dan paling penting..
Sabar dengan DIRI SENDIRI

Salam Jumaat & teruskan Bersabar Sahabatku! 🤲🏻

30/10/2021

Address

Sungai Buloh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shawahida Prubsn posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram