05/02/2026
โจ ๐๐ง๐๐ฌ๐ญ๐ก๐๐ฌ๐ข๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ง๐ ๐๐ข๐ ๐ก๐ญ โ ๐๐ง๐๐ก๐๐ง๐ญ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐๐ง๐๐ โจ
Telah berlangsung Majlis Makan Malam Jabatan Anestesia
yang bertemakan โจ Anesthesia Lumina Night โ Enchanted Elegance โจ
Majlis diadakan di Park Avenue Hotel pada 30 Jan 2025.
Objektif utama penganjuran majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim, memperkukuh hubungan sesama rakan sekerja, serta memberi ruang kepada seluruh warga jabatan untuk berehat seketika, bergembira, dan melepaskan tekanan daripada rutin harian.
Semoga majlis seperti ini dapat menyuntik semangat baharu, mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni, serta mengukuhkan lagi rasa kebersamaan dalam Jabatan Anestesia.
Sepanjang majlis berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, termasuk permainan meja (table games) yang diselang-selikan dengan cabutan bertuah. Boleh dikatakan hampir semua tetamu yang hadir pulang dengan senyuman serta hadiah di tangan masing-masing.
Kemuncak majlis dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Best Dressed of the Night bagi kategori lelaki dan wanita.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Dr. Maslina selaku Penasihat Program, Dr. Maziah sebagai Penyelaras, serta seluruh Ahli Jawatankuasa dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada semua penaja yang telah memberikan sokongan. Semoga segala kebaikan dibalas dengan keberkatan dan rezeki yang berpanjangan.
Akhir kata, sekalung penghargaan turut diberikan kepada kumpulan live band dari ATM yang sudi membuat persembahan dan memeriahkan suasana majlis pada malam tersebut.