05/09/2025
Surirumah bukan pilihan.
Siapa sangka ini jalan yang tertulis buatku. Selepas didiagnos menghidap penyakit kemurungan, dan melalui keguguran berulang sebanyak 4 kali berturut-turut, menjadi surirumah nampaknya satu-satunya pilihan yang ada.
Alhamdulillah, jalan yang pada mulanya daku rasa umpama penuh onak dan duri, penuh ranjau ini ternyata merupakan jalan yang cukup manis dan indah. Banyak peluang ibadah dan riadah.
10 tahun bergelar suri, masih banyak yang belum diterokai dan ditelusuri. Makin hari berlalu, makin banyak ilmu yang aku pelajari.
Kalau dulu, aku terkurung seorang diri, malu bersua dengan rakan-rakan yang berdikari, berkerjaya, tetapi bila menjadi ahli Suri Rumah Rahmah, semangat aku kembali. Banyak nasihat dan dorongan aku terima.
Aku bangga bergelar surirumah. Terima kekurangan diri ini seadanya. Depresi bukan penghalang untuk aku lebih maju. Kekurangan itu jadi kekuatan. Allah beri peluang untukku besarkan sendiri anak-anak di depan mata.
Yang pasti, aku tak sendiri.
Dalam Suri Rumah Rahmah(SRR), aku dapat kenal para suri yang super hebat, saling memberi manfaat dan nasihat. Dengan program-program yang menarik, penuh dengan pengisian rohani dan nurani, aku bangga dengan pencapaian-pencapaian ahli SRR. Surirumah bukan sekadar menteri kewangan, chef, doktor di rumah, tetapi juga boleh berbakti kepada orang lain melalui SRR.
Surirumah juga boleh 'me-time' sesama ahli dengan pengisian yang penuh ilmiah. Konvensyen Suri 2025 (KONSURI 2025) yang bakal diadakan pada 14 September 2025 di The Everly, Putrajaya merupakan acara kebangsaan untuk suri dari suri. Dengan mod secara fizikal dan dalam talian, ahli boleh terlibat dalam program secara terus.
Inilah masa untuk suri ber 'me-time' bersama suri. Satu hari untuk kita berkumpul, saling kenal mengenali dan menuntut ilmu yang bermanfaat. Semoga kita p**ang sebagai Surirumah Berkeyakinan Diri.
Biiznillah.