Minda Sihat Taiping

Minda Sihat Taiping Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Minda Sihat Taiping, Health & Wellness Website, Jalan Taming sari, Taiping.

Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) team, Psychiatry Department, Hospital Taiping
Badan Kebajikan Psikiatri Hospital Taiping
Pertubuhan Pendidikan Psikiatri Taiping

14/02/2026

Kerana Allah tahu engkau mampu..

14/02/2026

Tidak semua orang faham niat kita

09/02/2026

7 'JANGAN' dalam mendidik anak mengendalikan stress.

Kalau ada satu ilmu yang anda boleh wariskan kepada anak anda, salah satunya ialah kemahiran menguruskan stress, tekanan dan masalah hidup.

Jadikan setiap masalah dalam hidupnya sebagai peluang untuk anda mendidik kemahiran ini.

Dalam mendidik, ada 7 tips asas yang anda boleh aplikasikan.

1. Jangan ajar teknik burung unta.

Jangan sorokkan kepala dalam pasir bila datang masalah. Jangan ajar anak abaikan (ignore) masalah/stress. Mengelak dari masalah (avoidance) hanya akan menjadikan masalah terkumpul. Ajar anak untuk kenalpasti masalah, namakan masalah, senaraikan masalah, suarakan pandangan dan berbincang tentangnya secara telus dan terbuka. Tidak kira kecil atau besar masalah tersebut. Ajar anak bahawa ‘it’s okay not to feel okay sometimes’. Asalkan kita belajar cara mengendalikan masalah tersebut.

2. Jangan jadi Superhero kepada anak anda.

Jangan jadi penyelamat terlalu awal. Jangan jadi penyelesai masalah pada setiap ketika. Wujudkan keyakinan yang anak anda boleh menyelesaikan masalahnya sendiri. Peranan anda adalah untuk hadap mereka waktu itu dengan FACE: ‘facilitate’, ‘acknowledge’, ‘constructively support‘ dan ‘empower’ mereka. Jangan sediakan jawapan dan penyelesaian untuk setiap permasalahan. Apapun hasil akhir penyelesaian mereka, bantu mereka untuk muhasabah dan perbaiki.

3. Jangan ajar mereka one-way trip.

Jangan ‘stuck’ dengan satu versi masalah dan penyelesaian sahaja. Ajar mereka ‘the bigger picture’. Ajar mereka solusi di luar kotak. Ajar mereka melihat dari perspektif yang berbeza. Ajar mereka melihat masalah dari sudut pandang orang lain. Ajar mereka memakai kasut orang lain. Kemahiran melihat masalah dengan pelbagai perspektif ini penting untuk menghakis sikap ‘ego-centric’ anak.

4. Jangan jadi model yang salah.

Tunjukkan contoh yang baik bagaimana anda menyendalikan masalah anda. Ada dua kategori cara coping – emotional-focused coping dan problem-focused coping. Kedua-dua cara ada kaedah positif dan negative. Apa pun cara anda cope dengan masalah, jangan sampai anak mengambil teladan yang negatif dari anda.

5. Jangan rumitkan kaedah menghadapi stress.

Jangan ingat kemahiran ini perlu rumit dan komplek. Teknik mudah relaksasi seperti deep breathing, simple mindfulness, problem solving, berbual, simple hugs.

6. Jangan lupakan keperluan asas emosi.

Kasih sayang, perhatian, rasa selamat, tidur yang cukup, makanan yang sihat, riadah dan rakan yang positif. Inilah asas yang akan menjadikan emosi anak lebih stabil dan mudah diurus.

7. Jangan lari.

Be present and available. Kemahiran tidak akan datang dengan leteran atau kata-kata semata-mata. Anda perlu ada bersama anak anda pada masa sukar. Cuba mendengar dan memahami.

Petikan buku Psikologi Si Kecil oleh Dr Rozanizam Zakaria, terbitan White Coat.

✨ SEMBUH BUKAN SEKADAR LUKA PADA BADAN… TAPI PADA JIWA ✨🧠💔 SEMINAR BEYOND TRAUMA: HEALING THE MIND, MENDING THE HEARTMem...
09/02/2026

✨ SEMBUH BUKAN SEKADAR LUKA PADA BADAN… TAPI PADA JIWA ✨

🧠💔 SEMINAR BEYOND TRAUMA: HEALING THE MIND, MENDING THE HEART
Memahami dan Difahami Perjalanan Menyembuh Jiwa

Trauma tak nampak di mata…
tapi kesannya boleh bertahun-tahun menghantui hidup seseorang.

Kalau anda: ✔ Pernah melalui pengalaman traumatik
✔ Penjaga kepada pesakit mental
✔ Frontliner kesihatan
✔ Guru / kaunselor / pekerja sosial
✔ Atau sekadar ingin lebih faham tentang luka emosi manusia

👉 Seminar ini untuk ANDA.
📅 18 April 2026
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Hotel Grand Baron Taiping

🎤 Barisan Pakar Jemputan
👨‍⚕ Dr Ahmad Rostam Mat Zin
Pakar Perunding Psikiatri Konsultasi Liaison
👨‍⚕ Dr Rozanizam Zakaria
Pakar Psikiatri Kanak-kanak & Remaja
🧑‍⚕ Encik Azmi bin Mohamad @ Suleiman
Pegawai Psikologi Klinikal

💬 Forum khas bersama mental health survivor & caregiver
Real stories. Real pain. Real healing.

💰 Yuran Penyertaan: RM200
🎓 Harga Pelajar: RM180
⏳ Tarikh tutup pendaftaran: 31/3/2026

💚 Dianjurkan oleh:
Badan Kebajikan Psikiatri Hospital Taiping
dengan kerjasama Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Taiping

📲 Tempat terhad. Trauma tak memilih mangsa — tapi penyembuhan adalah pilihan.

📞 Untuk maklumat lanjut:
Dr Naemah – 016-657 5027
En Azrul – 017-535 3534
🔗 Scan QR pada poster untuk daftar sekarang!,atau di link https://tinyurl.com/seminarbeyondtraumataiping

20/01/2026
20/01/2026
SEMINAR BEYOND TRAUMA:Healing the Mind, Mending the HeartSeminar ini bertujuan membantu orang awam memahami kesan trauma...
01/01/2026

SEMINAR BEYOND TRAUMA:
Healing the Mind, Mending the Heart
Seminar ini bertujuan membantu orang awam memahami kesan trauma terhadap emosi dan kehidupan seharian, serta bagaimana proses pemulihan boleh dimulakan dengan sokongan dan kefahaman yang betul.

🗓 Tarikh: Sabtu, 18 April 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Hotel Grand Baron, Taiping
🎤 Penceramah:
Dr Ahmad Rostam Mat Zin Ahmad Rostam Md Zin
Dr Rozanizam Zakaria Dr Rozanizam Zakaria
Encik Azmi bin Mohamad @ Suleiman
💰 Yuran: RM200
🎓 Pelajar: RM180
🛑 Pendaftaran ditutup: 31 Mac 2026
⚠️ Daftar sekarang,Tempat adalah TERHAD!!
👉 Daftar sekarang melalui QR code
https://tinyurl.com/seminarbeyondtraumataiping
📞 Pertanyaan:
Dr Naemah – 016 657 5027
En Azrul – 017 535 3534

Address

Jalan Taming Sari
Taiping
34000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Minda Sihat Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Minda Sihat Taiping:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram