ez.for.you

ez.for.you Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ez.for.you, Medical and health, .

� Servis Penjagaan Pesakit Profesional TAIPING�

Kami menyediakan perkhidmatan penjagaan pesakit di rumah mahupun di hospital, mengikut kesesuaian masa & kekosongan slot.

✨ MEDICAL BED UNTUK DIJUAL (2ND HAND) ✨✅ Manual✅ 2 fungsi – dalam keadaan baik & boleh terus guna✅ Percuma tilam🚚 Pengha...
16/01/2026

✨ MEDICAL BED UNTUK DIJUAL (2ND HAND) ✨
✅ Manual
✅ 2 fungsi – dalam keadaan baik & boleh terus guna
✅ Percuma tilam
🚚 Penghantaran sekitar Taiping
Sesuai untuk penjagaan pesakit di rumah atau warga emas.
📞 Hubungi / WhatsApp: 011-1545 1078

Penjagaan pesakit lebih selesa & selamat 💙Medical Bed Auto & Manual untuk Disewa✔ Mudah laras✔ Sesuai warga emas & pesak...
23/12/2025

Penjagaan pesakit lebih selesa & selamat 💙
Medical Bed Auto & Manual untuk Disewa
✔ Mudah laras
✔ Sesuai warga emas & pesakit
✔ Penghantaran sekitar Taiping
📲 011-1545 1078

🌙 PROMO HUJUNG TAHUN 2025 🌙Menjaga orang tersayang waktu malam bukan perkara mudah.Ezcare Services hadir untuk membantu,...
23/12/2025

🌙 PROMO HUJUNG TAHUN 2025 🌙
Menjaga orang tersayang waktu malam bukan perkara mudah.
Ezcare Services hadir untuk membantu,
supaya anda boleh berehat dengan tenang 🤍
🕙 Waktu penjagaan:
10.00 malam – 6.00 pagi
👩‍⚕️ Perkhidmatan kami:
• Penjagaan pesakit di rumah atau hospital
• Pemantauan keadaan pesakit sepanjang malam
• Bantuan asas & cuci luka ringan
• Layanan penuh sabar, lembut & berhemah
💰 Harga promo hujung tahun:
✨ RM120 sahaja
📍 Kawasan liputan:
Taiping
📞 Hubungi kami:
011-1545 1078
Slot terhad.
Biar kami jaga insan tersayang anda, seperti keluarga sendiri 🤍

Slot penjagaan di Hospital untuk bulan November officially closed ya.Hanya available slot dressing bedsores,pembedahan k...
12/11/2025

Slot penjagaan di Hospital untuk bulan November officially closed ya.

Hanya available slot dressing bedsores,pembedahan kecil,tukar ryles tube,etc

🌿 EZ CARE SERVICES 🌿Perkhidmatan penjagaan pesakit dengan sentuhan penuh kasih dan profesional.💉 Penjagaan pesakit di ho...
04/11/2025

🌿 EZ CARE SERVICES 🌿
Perkhidmatan penjagaan pesakit dengan sentuhan penuh kasih dan profesional.

💉 Penjagaan pesakit di hospital
🩹 Tukar Ryles Tube
🩺 Cucian luka pembedahan, bedsore & lain-lain

Kami bantu anda menjaga yang tersayang dengan selamat & teratur 💕

📞 Hubungi sekarang: 011-15451078
EZ Care Services — Penjagaan Rapi, Hati Tenang.

SLOT AVAILABLE 26/10/20252 petang - 8 malamHospital Taiping
25/10/2025

SLOT AVAILABLE 26/10/2025

2 petang - 8 malam
Hospital Taiping

✨ EZ CARE SERVICES ✨🚑 Misi Jagaan Pesakit Musim Banjir kini dibuka!Kami sedia membantu menjaga pesakit anda dengan penuh...
24/10/2025

✨ EZ CARE SERVICES ✨
🚑 Misi Jagaan Pesakit Musim Banjir kini dibuka!

Kami sedia membantu menjaga pesakit anda dengan penuh kasih sayang dan profesional, walaupun di musim banjir. 🌧️💙

💰 Harga Promosi:
🕐 Siang (8 jam): RM100 (NP:RM150)
🌙 Malam (8 jam): RM120 (NP:RM180)

✅ Jururawat berpengalaman
✅ Servis cepat & mesra
✅ Sesuai untuk pesakit di hospital atau rumah

📞 Hubungi kami sekarang di 011-15451078
📆 Promosi sah sehingga 27/10/2025!

Slot masih available untuk bulan Oktober!!-Peneman ke hospital-Penjagaan di hospital / di rumah-Cucian luka pembedahan /...
16/10/2025

Slot masih available untuk bulan Oktober!!

-Peneman ke hospital
-Penjagaan di hospital / di rumah
-Cucian luka pembedahan / bedsores

Taiping-Ipoh-Parit Buntar-Pulau Pinang

24/09/2025

"Tapi ada satu saja permintaan saya Doktor. Apabila masa dia sampai, saya nak dia sedar dan boleh berbicara sampai ke saat terakhir dia".

Saya menunduk. Tidak mengangguk. Tidak menggeleng. Hanya terdiam seketika memikirkan cara terbaik untuk memberikan respon kepada permintaan yang diberikan oleh seorang suami yang begitu menyayangi isterinya.

Sebentar tadi semasa berbicara dengan pesakit dan keluarga macam-macam saya bertanyakan.

Q: Makan minum macam mana Puan?
A: Susahlah Doktor. Tiada selera. Sikit je saya boleh ambil.

Q: Puan apa khabar?
A: Rasa penatlah Doktor. Terlalu penat. Nak kekal berjaga pun terlalu susah.

Q: Bila kali terakhir Puan dapat berjalan ke tandas?
A: Banyak minggu dah Doktor. (Sambil anak-anak dan suami mengangguk setuju dah lama dah)

Puan sempat beritahu saya yang kematian bukan sesuatu yang dia takutkan. Dia dapat rasakan ia bakal berlaku dan dia redha dengan semua ini. Saya juga mendengar kata-katanya dan bantu terangkan usaha untuk mencapai keselesaan di peringkat ini. Dia mengangguk setuju dengan pentingnya mencapai semua ini.

Selepas perbincangan panjang itu, saya meminta izin untuk berjumpa keluarganya. Dia benarkan dan di kala itulah soalan tentang kekal berjaga ini dilontarkan.

"Encik ingat tadi macam-macam saya tanya isteri Encik tentang tenaga, makan minum dan sebagainya?"

Dia mengangguk. Anaknya turut sama. "Boleh saya terangkan kenapa saya buat macam tu?" Saya selalu merasakan yang proses meminta izin sebelum sesuatu perbincangan serius adalah sesuatu yang penting. Keizinan untuk menerangkan memberi suatu isyarat yang isi penerangan ini milik keluarga dan pesakit. Kami hanya bantu jelaskan. Mereka mengangguk lagi.

"Ramai antara kita memikirkan tentang kematian sebagai suatu peristiwa. Dalam konteks penyakit serius dan berpanjangan, kematian sebenarnya adalah suatu proses," saya berhenti sebentar. Mereka harus hadam isi paling penting perbincangan ini dan saya baru saja berikan suatu konsep yang baru.

"Apa maksud Doktor tu?" Tanya suaminya.

"Maksud saya, proses ini dah bermula. Beberapa hari ke minggu sebelum kematian, seseorang akan mula hilang tenaga. Daripada mampu berjalan, mula perlu bantuan menapak sehingga tak mampu berjalan langsung. Daripada mampu makan sehingga hanya mampu mengambil beberapa suap ke hanya mampu minum," saya berhenti seketika lagi.

Saya nampak mata mereka mula berkaca dan genangan air mata itu hanya menanti untuk menitis. "Semua ini bukan berlaku kerana ada kekurangan dalam penjagaan. Tiada apa yang sesiapa buat salah atau kurang yang sebabkan semua ini berlaku. Ini satu proses". Mereka mengangguk.

"Tapi Doktor, dia masih sedar dan ketajaman fikiran dia masih sama," kata suaminya. "Betul, saya setuju. Saya pun rasakan itu sesuatu yang bagus. Boleh saya tolong terangkan apa akan mula berlaku apabila proses ini berterusan?" Saya meminta izin lagi. Mereka mengangguk.

"Akan sampai suatu masa proses kematian ini akan berterusan ke peringkat nazak. Dalam bahasa perubatan, kita panggil terminal stage. Pada masa ini, nombor-nombor bacaan tekanan darah, paras oksigen akan mula jadi rendah dan tak teratur. Sebenarnya sekarang pun dah mula tak teratur kan?" Mereka angguk setuju.

"Pada hemat saya, kita bukan nak betulkan semua nombor tu. Satu, rawatan-rawatan yang membetulkan nombor itu takkan memberikan keselesaan, malah akan sebabkan mudarat. Oksigen tinggi-tinggi hanya akan keringkan mulut. Drip dan tiub makan hanya akan membawa bengkak dan sesak nafas. Ubat naikkan tekanan darah, walaupun sikit akan menyebabkan jari-jari jadi gangrene dan sakit".

"Kedua, apabila nombor yang kita tengokkan, kita dah tak tengok orangnya. Apabila orangnya jadi kurang sedar, mereka tak dapat berfikir elok dan mula tarik benda-benda yang kita sebenarnya tak patut mulakan, kita mula p**a ikat mereka ke katil".

"Dalam bidang saya, tujuan rawatan adalah untuk capai keselesaan dan pastikan keadaan tenang. Kami akan cuba pastikan selesa dan tenang ini berkekalan walaupun bacaan-bacaan dah jadi membimbangkan. Malah, kita tak nasihatkan bacaan yang terlalu kerap kerana itu pun jadi tak selesa untuk mereka".

"Antara beberapa hari ke jam sebelum kematian, sebilangan besar pesakit akan hilang keupayaan untuk respon dan bertutur. Ramai menyangkakan ini berlaku sebab ubat tapi sebenarnya, ini adalah sebahagian daripada proses normal yang berlaku di peringkat nazak. Sekiranya ubatan dihentikan untuk mencapai sedar yang sudah tidak ada, pesakit akan mula meronta kesakitan kerana penyakit yang membawa mereka ke peringkat ini masih menyebabkan kesakitan".

"Ada banyak kajian menunjukkan mereka masih mendengar. Utamakan kata-kata yang baik, sentuh mereka. Bacakan syahadah untuk mereka dan kita harap mereka ulang dalam hati. Semua ini adalah tugas kita di sekeliling untuk membimbing orang yang tenat dan nazak".

Suami dan anaknya setuju. Suami juga terangkan pada saya yang dia nampak semua pasukan doktor dan jururawat memang menjaga isterinya dan mengambil berat akan keadaannya. Saya juga memberikan jaminan yang kami tetap akan bantu walaupun kesembuhan itu sukar dicapai.

Berat sungguh topik itu, tetapi menjadi tugasan kita yang lebih memahami untuk menerangkan proses ini. Sebagaimana lahir datang dengan pelbagai tahap proses, kematian juga begitu. Semua Doktor dan pasukan perubatan wajib tahu menerangkan semua ini dengan sensitif sebagai sebahagian daripada tugasan sebagai seorang profesional kesihatan.

24/09/2025

Orang sangka kerja sebagai caregiver @ caretaker @ private nurse ni kerja yang mudah.

Kami hanya fokus menjaga pesakit dan tiada dalam skop kerja kami untuk melakukan lebih dari itu misalnya mengemas ,menyapu,mencuci pakaian.

Dan satu perkara yang ramai orang tak perasan,kami seringkali terlibat secara tak langsung dengan masaalah keluarga pesakit.

Nak gaduh?nak berbalah pendapat?atau nak meluahkan perasaan?silakan.asalkan tidak melibatkan kami.

23/09/2025

Apa sebenarnya tugas seorang caregiver?
Ramai yang fikir kerja caregiver ni cuma teman orang sakit. Sebenarnya, tugas mereka lebih luas dan penuh dengan tanggungjawab:

👩‍⚕️ Jaga keperluan harian pesakit – bantu mandi, makan, tukar pakaian, ubat tepat masa.
💊 Pantau kesihatan – perhatikan tanda-tanda perubahan pada pesakit, laporkan kepada doktor/keluarga.
🤲 Sokongan emosi – jadi pendengar, peneman, penyuntik semangat untuk pesakit.
🏡 Bantu kerja rumah asas – seperti memasak, mengemas, atau memastikan persekitaran pesakit bersih & selamat.
🚗 Urus janji temu – bawa pesakit ke hospital/klinik bila perlu.

Pendek kata, caregiver bukan sekadar penjaga… tapi mereka adalah tangan, mata, telinga, dan hati bagi pesakit. ❤️

Address


34000

Telephone

+60147291985

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ez.for.you posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram