20/12/2022
Resepi Nasi Lemak Tumis Special
Bahan-bahan:
3 cawan beras
santan, agak-agak
3 biji bawang merah
1 sudu kecil halba
1 inci halia, hiris nipis
1 batang halia, ketuk
1 helai daun pandan, carik dan simpul
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
Basuh beras dan toskan.
Panaskan minyak di atas dapur dan tumis bawang, halia, halba, serai dan daun pandan sehingga bawang lembut dan naik bau.
Masukkan beras dan kacau seketika.
Masukkan santan anggaran sehingga air satu ruas jari.
Masukkan garam secukup rasa dan kacau sedikit supaya garam larut sekata.
Tutup penutup dan pindah ke periuk nasi elektrik. Jika tidak, anda boleh teruskan masak di atas api sehingga masak.
BAHAN SAMBAL:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
6 biji bawang kecil
Secubit udang kering
(kisar semua bahan di atas)
Segenggam ikan bilis pilihan
15 tangkai Cili kering /cili giling segera - cili kering lebih enak
Daun pandan untuk bau wangi (masukkan je masa tengah tumis sambal)
Gula melaka | hiris
Asam keping/air asam jawa
*Tips: Gunakan Minyak Kelapa Dara VCO Double Premium Biorich untuk menumis bahan nasi lemak untuk rasa lebih sedap dan berkhasiat.
Masukkan Gula O dalam tumisan sambal untuk sambal lebih manis dan sihat
Nasi lemak tumis ini lebih tahan lama berbanding resepi kebiasaan. Boleh dinikmati dari pagi hingga ke malam
Kredit: Resepi Chenom