Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah - Page Rasmi

Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah - Page Rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah
Jalan Pasir Mas
17500 Tanah Merah, Kelantan

Luangkan masa anda paling kurang 10 minit. Cari dan musnahkan tempat - tempat Pembiakan Nyamuk Aedes
30/04/2026

Luangkan masa anda paling kurang 10 minit. Cari dan musnahkan tempat - tempat Pembiakan Nyamuk Aedes


Berlebihan Berat Badan dan Gemuk: Motivasi untuk turunkan berat badan.Berat badan yang ideal atau yang bersesuaian/ betu...
28/04/2026

Berlebihan Berat Badan dan Gemuk: Motivasi untuk turunkan berat badan.

Berat badan yang ideal atau yang bersesuaian/ betul dengan tinggi kita bukan sahaja untuk kelihatan cantik tapi lebih dari itu iaitu nikmat kesihatan yang luar biasa. Berat, bacaan gula dalam darah, tekanan darah semuanya bergerak ke arah normal seiring dengan penurunan berat tersebut. Teruskan membaca perkongsian ini. Terima kasih.

Sumber: Public Health Malaysia


Berat 100kg, terus rasa kena capai 65kg. Belum mula betul-betul, semangat sudah jatuh dulu. Padahal dalam dunia perubatan, anda tak perlu tunggu capai โ€œberat idealโ€ untuk mula nampak manfaat.

Penurunan sekitar 5-10% daripada berat badan asal pun sudah boleh memberi perubahan yang besar pada kesihatan.

Maksudnya, jika berat anda 90kg, sasaran awal mungkin cuma 81kg.

Jika 100kg, cuba kejar 90kg dahulu. Nampak macam kecil, tapi inilah jenis target yang lebih realistik, lebih mesra emosi, dan lebih mudah kekal.

Badan kita juga biasanya memberi respon yang baik walaupun penurunan itu belum terlalu banyak.

Apa manfaatnya ikut bukti?

Berat badan yang turun sekitar 5-10% boleh membantu menurunkan tekanan darah, memperbaiki bacaan gula, menurunkan trigliserida, dan mengurangkan lemak di hati.

Tidur pun boleh jadi lebih lena, lutut kurang terbeban, bergerak pun rasa lebih ringan. Bagi mereka yang ada risiko diabetes, perubahan gaya hidup dengan penurunan berat sederhana juga terbukti boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes dengan ketara.

Turun 2kg, 4kg, 6kg itu bukan โ€œbaru sikitโ€. Itu tanda badan anda sedang pulih. Kadang-kadang, kemenangan pertama yang paling penting bukanlah jadi kurus terus.

Mulakan dengan sasaran 10% dahulu. Bukan sebab itu had anda, tetapi sebab itu langkah pertama yang cukup bermakna untuk menyelamatkan kesihatan anda.

๐Ÿšญ V**E BUKAN SEKADAR TREND โ€” IA BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN ANDA!Ramai sangka v**e lebih โ€œselamatโ€ daripada rokok biasa. ...
27/04/2026

๐Ÿšญ V**E BUKAN SEKADAR TREND โ€” IA BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN ANDA!

Ramai sangka v**e lebih โ€œselamatโ€ daripada rokok biasa. Hakikatnya, v**e tetap mengandungi nikotin dan bahan kimia berbahaya yang boleh menjejaskan paru-paru, jantung dan otak.

๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ Cepat penat?
๐Ÿ˜ท Batuk berpanjangan?
๐Ÿ’” Sakit dada?
Itu antara tanda awal tubuh anda sedang memberi amaran.

โš ๏ธ Jangan tunggu hingga terlambat.
Setiap sedutan bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri, malah kepada keluarga dan orang sekeliling melalui wap berbahaya.

๐Ÿ’š Sayangi diri. Sayangi keluarga. Pilih untuk berhenti hari ini.

๐Ÿ“Œ Baca infografik ini sampai habis dan kongsikan kepada orang tersayang.
๐Ÿ“ฒ Mungkin satu perkongsian anda mampu selamatkan nyawa seseorang.

Bersempena Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2026, KKM menyeru seluruh masyarakat untuk memastikan diri dan...
27/04/2026

Bersempena Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2026, KKM menyeru seluruh masyarakat untuk memastikan diri dan anak-anak menerima vaksinasi mengikut jadual yang ditetapkan. Imunisasi bukan sahaja melindungi individu, malah membantu membina imuniti kelompok demi kesejahteraan bersama.

๐Ÿ’‰ Lindungi diri, lindungi komuniti. Imunisasi tanggungjawab bersama.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,Pesanan kepada semua jemaah haji dan petugas haji. Utamakan kesihatan, kebesihan dir...
26/04/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pesanan kepada semua jemaah haji dan petugas haji. Utamakan kesihatan, kebesihan diri dan persekitaran bagi mencegah masalah kesihatan semasa di tanah suci nanti. Semoga tuan/puan semua beroleh haji yang mabrur. Terima kasih.


Jangan lupa hujung minggu nanti  luangkan masa bersama keluarga dan jiran tetangga untuk Cari dan Musnah bekas atau temp...
23/04/2026

Jangan lupa hujung minggu nanti luangkan masa bersama keluarga dan jiran tetangga untuk Cari dan Musnah bekas atau tempat yang berisiko bagi pembiakan nyamuk aedes. Mencegah aedes tanggungjawab semua tiada yang berkecuali. Tiada aedes, tiada demam denggi. Persekitaran yang bersih dan sihat untuk semua. Jom!



APAKAH SEMBURAN KABUS (FOGGING)?Semburan kabus (fogging) adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa...
23/04/2026

APAKAH SEMBURAN KABUS (FOGGING)?

Semburan kabus (fogging) adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal daripada merebak. Biasanya semburan kabus (fogging) akan dilakukan oleh pihak berkuasa apabila terdapat kes demam denggi di sesuatu kawasan atau di mana-mana kawasan yang ada Indeks Aedes yang tinggi.

BAGAIMANA SEMBURAN KABUS (FOGGING) DILAKUKAN?

Semburan kabus (fogging) dilakukan dengan menggunakan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai. Ia akan dilakukan di dalam dan di luar rumah sekitarnya dengan meggunakan mesin "Thermal Fogger".

BILAKAH WAKTU YANG SESUAI DILAKUKAN SEMBURAN KABUS (FOGGING)?

Semburan kabus (fogging) dilakukan pada waktu awal pagi dan petang (senja) kerana nyamuk Aedes aktif menggigit pada waktu tersebut serta keadaan cuaca pada masa tersebut adalah sesuai untuk semburan kabus (fogging).

APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PENGHUNI RUMAH / PREMIS SEMASA SEMBURAN KABUS (FOGGING) DILAKUKAN?

Semasa semburan kabus (fogging) dilakukan dinasihatkan supaya:
i. Mengosongkan rumah/premis bersama binatang peliharaan
ii. Menutup semua tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu hadapan
iii. Membuka semua pintu bilik dalam rumah
iv. Menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti ais atau almari bertutup
v. Mematikan api dapur gas dan menutup baling gas atau bahan mudah terbakar.

ANDA PERLU INGAT!!!!!!!!!!
Semburan kabus (fogging) BUKAN PENYELESAIAN UTAMA bagi mengatasi masalah wabak denggi kerana semburan itu hanya membunuh nyamuk dewasa yang merupakan 10 peratus daripada kitaran hidup nyamuk.

Cara terbaik untuk mengatasi wabak demam denggi adalah dengan MEMUSHNAHKAN TEMPAT PEMBIAKAN nyamuk aedes di kawasan persekitaran setiap minggu.Lindungi Keluarga daripada denggi, Ayuh luangkan 10 minit setiap hujung minggu untuk memastikan tiada pembiakan aedes di rumah anda
TIADA AEDES TIADA DENGGI



Kemeriahan bulan Syawal kini diteruskan p**a dengan tradisi jamuan Hari Raya di sekolah-sekolah. Pastinya anak-anak kita...
22/04/2026

Kemeriahan bulan Syawal kini diteruskan p**a dengan tradisi jamuan Hari Raya di sekolah-sekolah. Pastinya anak-anak kita paling teruja mengenakan baju raya dan membawa pelbagai juadah dari rumah untuk dikongsi bersama rakan sekelas. Namun, dalam keghairahan menyambut perayaan ini, ada dua ancaman kesihatan utama yang sering menjadi 'tetamu tidak diundang' setiap kali tamatnya jamuan sekolah, iaitu wabak Influenza dan keracunan makanan berskala besar.

Dari sudut keselamatan makanan, penyediaan juadah dari rumah yang dikumpulkan bersama sangat terdedah kepada risiko keracunan. Kebanyakan makanan dimasak pada awal pagi atau malam sebelumnya, lalu dibiarkan pada suhu bilik di dalam kelas untuk tempoh berjam-jam sebelum dihidangkan. Suhu bilik ini adalah zon bahaya di mana bakteria membiak dengan sangat pantas. Bagi mengelakkan tragedi wad kecemasan dipenuhi murid yang muntah dan cirit-birit, ibu bapa dinasihatkan untuk membekalkan makanan yang kering, tahan lama, dan mengelakkan lauk berasaskan santan tebal yang mudah basi.

Selain isu makanan, ruang kelas tertutup yang dipenuhi murid menjadikan jamuan sekolah sebagai pusat penyebaran utama virus pernafasan, terutamanya Influenza. Keseronokan berkongsi juadah, tabiat bertukar-tukar sudu atau cawan minuman, serta bergaul rapat tanpa pelitup muka membolehkan titisan cecair pernafasan (droplets) yang membawa virus berpindah dengan mudah kepada puluhan murid lain dalam masa beberapa jam sahaja.

Kepada ibu bapa, tanggungjawab sosial anda amatlah ditagih. Jika anak anda sudah mula menunjukkan simptom seperti demam, batuk, selesema, atau sakit perut pada awal pagi, tolong rehatkan mereka di rumah. Tindakan menghantar anak yang sakit semata-mata kerana tidak mahu mereka melepaskan peluang bergembira adalah satu tindakan yang membahayakan kesihatan rakan-rakan yang lain. Pihak guru juga perlu mengingatkan murid agar mencuci tangan dengan sabun sebelum mula menjamah hidangan. Biarlah jamuan raya tahun ini meninggalkan memori manis, bukannya kluster penyakit di sekolah.


#

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐€๐๐“๐ˆ๐ ๐’๐Š ๐’๐‘๐ˆ ๐’๐”๐‘๐ˆ๐€ ๐Ÿ‘, ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐€๐‡๐Ÿ”ธ Tarikh : 15 April 2025๐Ÿ”ธ Lokasi : Kantin SK Sri Suria...
19/04/2026

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐€๐๐“๐ˆ๐ ๐’๐Š ๐’๐‘๐ˆ ๐’๐”๐‘๐ˆ๐€ ๐Ÿ‘, ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐€๐‡

๐Ÿ”ธ Tarikh : 15 April 2025
๐Ÿ”ธ Lokasi : Kantin SK Sri Suria 3, Tanah Merah
๐Ÿ”ธ Peserta : 1 pengusaha dan 8 pekerja kantin
๐Ÿ”ธ Pasukan : Pegawai Teknologi Makanan dan Pembantu Kesihatan Awam, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, PKD Tanah Merah
๐Ÿ”ธ Objektif : Memberi kesedaran kepada pekerja kantin tentang penyediaan makanan yang bersih dan selamat bagi mencegah berlakunya keracunan makanan dalam kalangan pelajar sekolah
๐Ÿ”ธ Nasihat Umum: Sentiasa amalkan lihat, hidu dan rasa sebelum makan untuk mengelakkan keracunan makanan







๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ž๐—— ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐Ÿญ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPengeluaran Kad Pengendal...
19/04/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ž๐—— ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐Ÿญ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Pengeluaran Kad Pengendali Makanan adalah inisiatif di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan bagi memudahkan pengenalan diri setiap pengendali makanan. Oleh yang demikian, kad tersebut bukan dokumen mandatori di bawah peruntukan Peraturan โ€“ Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah (PKDTM) akan menamatkan perkhidmatan pengeluaran Kad Pengendali Makanan bermula 1 Mei 2026. Segala urusan pengeluaran kad tersebut tidak dilaksanakan bermula pada tarikh berkenaan dan tiada dokumen pengganti.
Bagi memastikan pematuhan pengendali makanan semasa pemeriksaan premis dijalankan, pejabat ini sentiasa melaksanakan semakan melibatkan dokumen rasmi berikut:
i. Sijil Latihan Pengendali Makanan yang sah
ii. Perakuan Suntikan Vaksinasi Anti โ€“ Tifoid yang masih tempoh sah laku





๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—œ๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—”๐—™๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง (๐—•๐—ฒ๐—ฆ๐—ฆ) ๐—ž๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—š๐—”๐—๐—”๐—›Pejabat Kesihatan ...
16/04/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—œ๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—”๐—™๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง (๐—•๐—ฒ๐—ฆ๐—ฆ) ๐—ž๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—š๐—”๐—๐—”๐—›

Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kantin Sekolah Kebangsaan Batu Gajah atas pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS).

Pengiktirafan BeSS merupakan pengiktirafan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada premis makanan yang memenuhi piawaian kebersihan dan penyediaan makanan yang selamat.

Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan pengusaha makanan mengamalkan standard kebersihan dan kualiti yang tinggi dalam operasi harian termasuk di institusi pendidikan, serta meningkatkan daya saing industri makanan dan ekonomi setempat.

Diharapkan pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak premis makanan untuk mencapai piawaian BeSS, seterusnya memastikan masyarakat menikmati makanan yang bersih, selamat dan berkualiti.







๐Ÿ”ฅ CUACA PANAS TERIK SEKARANG! Macam mana nak kekal sihat & selamat? โ˜€๏ธ๐ŸฅตKebelakangan ini cuaca memang sangat panas, kan? ...
15/04/2026

๐Ÿ”ฅ CUACA PANAS TERIK SEKARANG! Macam mana nak kekal sihat & selamat? โ˜€๏ธ๐Ÿฅต

Kebelakangan ini cuaca memang sangat panas, kan? Jom kita sama-sama beringat dan amalkan langkah pencegahan ini supaya kita dan keluarga terhindar daripada komplikasi cuaca panas seperti Strok Haba!

Berikut adalah panduan penting daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rujukan kita bersama:

โœ… TIPS PENJAGAAN DIRI & HIDRASI
๐Ÿ’ง Minum Air Secukupnya: Sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Kurangkan minuman manis, berkafein, atau beralkohol kerana ia boleh memburukkan dehidrasi.
๐Ÿ‘• Pakaian Sesuai: Pakai pakaian yang nipis, ringan, longgar, dan berwarna terang.
โ›ฑ๏ธ Lindungi Diri: Sentiasa gunakan payung atau topi bila perlu keluar rumah.
โฐ Rancang Aktiviti: Elakkan aktiviti fizikal yang lasak di bawah matahari terik, terutamanya antara jam 11 pagi hingga 4 petang.
๐Ÿฅถ Kekal Sejuk: Kerap mandi, atau gunakan kipas dan penghawa dingin untuk menyejukkan badan.

โš ๏ธ PERINGATAN KESELAMATAN PENTING!
๐Ÿš— JANGAN sesekali tinggalkan anak kecil, warga emas, atau haiwan peliharaan bersendirian di dalam kenderaan yang tertutup.
๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ด Pantau Golongan Berisiko: Beri perhatian ekstra kepada bayi, kanak-kanak, warga emas, dan penghidap penyakit kronik.

๐Ÿฅ Segera ke klinik atau hospital jika anda mengalami gejala seperti pening, mual, lemah otot, kekejangan, sakit mata, atau jika penyakit sedia ada (seperti asma, selesema, batuk) bertambah teruk.

Beringat sebelum kena! Jom kongsikan (share) info penting ini dengan ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Jaga diri dan kekal hidrasi semua! ๐Ÿšฐ๐Ÿ’™




Address

Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah
Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099556333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah - Page Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share